Haters memainkan peranan yang besar dalam dunia media social terutamanya di facebook. Mereka ini digelar “tentera bawang” ataupun makcik bawang yang akan mengecam secara berjemaah di sesuatu post yang mereka tidak berkenan atau rasa ianya keterlaluan.
Tidak perlu memberikan contoh atau screen shot mana-mana media sosial yang ada sekarang ini. Bahasa yang mereka lontarkan, memang cukup kasar, keras dan juga pedih untuk kita baca. Sakit hati dan juga boleh rasa down dengan lontaran yang mereka katakan.
Macam-macam lah bukan satu dua isu.
Namun mereka ini sebenarnya yang menjadikan sesuatu isu itu berbangkit semula atau menjadikan cerita itu sensasi, luar biasa. Lebih kurang tularlah di media sosial.
Diaorang lebih suka membawang cerita-cerita pasal artis , benda-benda merepek ini. Cerita pasal, Aaron Aziz sapu sampah depan rumah, contohnya. Berbanding posting yang lebih baik contoh pasal ekonomi, pembangunan sahsiah, islamik ke. Itu diaorang memang zip mulut.
Yang sekarang tengah trending, contohnya. Sufian suhaimi lagu dimata mu yang tengah viral, isu emma maembong buka tudung semula. Dan sebagainya. Ini memang trending habis.
Melonjakkan populariti, dan menjatuhkan populariti.
Haters, atau dikenali Makcik Bawanglah sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam menaikkan dan pada masa yang sama boleh menjatuhkan reputasi sesuatu organisasi tetapi lebih sesuai personaliti artis seperti pelakon, penyanyi atau , aktivitis politik pun boleh juga. Contoh DSN punya tentera online ramai juga tuh.
Perlu atau tidak haters ini.
Bagi aku perlu, namun provokasi yang terlalu melampau sehingga boleh jadikan kita down, kita tak perlu layan mereka. Kita kadang-kadang tak tahu dimana benchmark kita kena ikut? Namun, jika tengok ada yang segelintir tidak suka juga, tetapi memberi sedikit teguran membina, itu kita kena take note. Kita tidak boleh nak buat semua orang suka atau tak suka dengan kita. Pastinya semua orang ada pendapat masing-masing. Benda ini bukan paksaan.
Nama-nama besar di media sosial yang orang selalu komen, neelofa, penmerah, siakapkelisa, rotikaya dan sewaktu dengannya. Laman mereka ini mempunyai ramai fans lebih kurang ratus ribu, juta-juta semua tuh. So engagement memang banyak bila satu post yang mempunyai potensi dikecam akan mempunyai ratusan ribu komen-komen dari mereka ini. Adakah korang mampu untuk mengawal komen mereka ini? nak delete, block mereka ini?? Yang sempat screenshot tuh nasibla. Bilamana komen yang boleh mengundang kecaman, atau boleh didakwa kerana tidak sensitif itu individu kena bertanggungjawabb sendirilah ok.
Haters tidak berbayar.
Organik. Bersifat berani dan kadang-kadang sangat merbahaya orang seperti ini. Datang menyerbu tanpa dipaksa. Aggresive. Silap haribulan boleh down dibuatnya kalau haters nih komen di media sosial. Kebanyakkannya orang tekan butang share dan membuat komen tanpa membaca isi kandungannya dan terus menghukum mereka yang dikecam itu tanpa belas kasihan.
Haters Upahan. (berbayar).
Memang ada, diaorang memang “dibayar”ditugaskan untuk membuat onar dimedia sosial dengan membalas semua komen-komen di media sosial menjadi isu yang dibangkitkan “tular” di media sosial. Dung-dang punya dungdang, sampailah jadi headline di blog-blog, media massa, masuk televisyen, melodi ke apa.
Kebanyakkan yang berbayar ini, tak berapa nak boom berbanding tidak berbayar. Ia dilihat tidak natural. Kadang-kadang nampak sangat post itu fake sangat.
Ada segelintir artis/politician memang sukakan perhatian, so diaorang memang suka buat nitizen marah dan ditularkan. Ada juga yang pandai, berdiam diri sahaja. Tidak melenting apa orang kata. Buat kerja masing-masing. Ambil apa juga teguran dari nitizen, tetapi tidak melatah apa orang cakap. Fikir positif sahaja.
Haters sebagai sumber inspirasi.
Ada juga mereka yang menganggap haters inilah yang menjadikkan dia berapa di tempat yang dia inginkan tanpa mereka, dia tidak akan berubah atau mahu jadi lebih bagus. Dengan adanya kritikan yang lebih membina, mereka ini terus membuktikan bahawa kritikan mereka itu adalah salah. Dan dibuktikan dengan kejayaan, atau sebuah troffi.
Kesimpulannya.
Mereka inilah yang mewarnakan media sosial kita. Kadang-kadang ianya boleh jadi benda positif, tetapi kalau kita lihat hari ini, sudah menjadi satu barah, yang tidak boleh dibendung lagi. Perlu dikawal. Biarlah berpada-pada. Adab kat mana?
Soseh-soseh. Nasib baik blog ini tak pernah tular atau dikecam sebab kritik sapa-sapa ker. Biarlah jadi suam-suam kuku sudahlah ok.
Leave a Reply