Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC CUP / Perak mara ke peringkat seterusnya, tewaskan kitchee 6-5 penentuan penalti

Perak mara ke peringkat seterusnya, tewaskan kitchee 6-5 penentuan penalti

Zik · Feb 13, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PERAK, perak logo, TBG, the bos gaurus,

 

Tahniah kepada Perak atas kemenangan terhadap Kitchee. Perak menewaskan pasukan dari kelab china, iaitu Kitchee melalui sepakan penalti 6-5 selepas terikat dengan jaringan 1-1.

La Jwan Perak seterusnya ialah wakil daripada Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai. Cabaran berliku menanti Perak, namun jika kejayaan berpihak kepada Perak, Perak akan mengiringi Johor DT ke Liga Juara-Juara Asia 2019 sebahai wakil kedua negara ke saingan tertinggi kelab Asia.

Sang juara piala malaysia 2018, mara ke peringkat seterusnya!! 

Juara Piala Malaysia 2018, Perak berjaya membuktikan kewibawaan mereka apabila berjaya melangkah ke pusingan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee SC dalam perlawanan yang diheret sehingga ke penentuan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dramatik yang berlangsung di Stadium Perak sebentar tadi.

Penjaga gol Perak Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy muncul wira apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pasukan pelawat sekali gus membolehkan Perak memenangi penentuan penalti 6-5.

pemain perak happy

Pemain Perak meraikan kemenangan selepas menewaskan Kitchee SC dengan sepakan penalti 6-5 selepas seri 1-1 pada pusingan kelayakan kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Perak.

Skuad bimbingan Mehmet Durakovic membuka jaringan pada minit ke-13 apabila hantaran lintang Mohd Nor Hakim Hassan ditanduk Gilmar Jose Da Silva Filho sebelum Wander Luiz Bitencourt Junior yang tidak dikawal berjaya menolak bola ke gawang lawan.

Di babak kedua, anak buah Alex Chu Chi Kwong cuba memperkemaskan permainan namun tersentak apabila pemain pertahanan mereka, Matthew Smith dilayangkan kad merah pada minit ke-49 selepas menerima dua kad kuning.

Kurang seorang , tetapi tidak mudah mengalah! 

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, Kitchee SC bangkit mengasak gawang Perak, namun Hafizul bertindak cemerlang menafikan setiap percubaan.

Bagaimanapun pemain gantian Kitchee SC, Li Ngai Hoi membuat kejutan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan yang menyaksikan tiada jaringan dihasilkan.

Hafizul akhirnya memastikan Perak layak ke pusingan ketiga ACL dan akan bertandang ke Korea Selatan bertemu Ulsan Hyundai 19 Februari ini.

Statistik perlawanan :

 

perak vs kitchee2
perak vs kitchee2
Mengheret ke penentuan penalti, memang satu keputusan yang sangat mendebarkan. Kita yang melihat live dari rakan media pun dah berdebar nih. Apepun , tahniah sekali lagi pasukan perak. Ke korea lah kome semua ke?? haha.
Share this on WhatsApp

AFC CUP keputusan perak vs kitchee fc 12.2.2019, perak mara ke peringkat seterusnya piala afc champions league 2019, perak menang keatas pasukan kitchee

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.