Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Pengguna ada hak dan tanggungjawab! Part2

Pengguna ada hak dan tanggungjawab! Part2

Zik · Oct 8, 2011 · 6 Comments

Share this on WhatsApp

hak pengguna, pengguna dan tanggungjawab, hak yang perlu ada pada pengguna, peranan pengguna dalam kepenggunaan

Sambungan dari part1, yang mana lebih kepada pengenalan dalam mengenal hak dan tanggungwab sebagai pengguna. Pada tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:

  • (a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
  • (b) Hak Untuk Mendapat Maklumat;
  • (c) Hak Untuk Membuat Pilihan;
  • (d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

Kemudiannya, badan Consumers International, di samping telah mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna iaitu:

  • (e) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
  • (f) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
  • (g) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
  • (h) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.

(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan.

Hak kepada keselamatan bererti hak untuk daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.

Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.

Dalam pasaran dunia yang semakin kompleks pada masa ini, kebimbangan dan perhatian pengguna mengenai keselamatan barangan dan perkhidmatan barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan semakin ketara dan menonjol. Penggunaan racun serangga, ubat-ubatan, dan sebagainya perlulah mengikut peraturan demi memelihara kesihatan dan keselamatan.

(b)Hak Untuk Mendapat Maklumat.

Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat. Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan, yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

(c)Hak Untuk Membuat Pilihan.

Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga Yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

(d)Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang Yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti Yang dinyatakan oleh penjual.

(e) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas

Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air Yang bersih dan perkhidmatan kesihatan Yang sempurna.

(f) Hak Untuk Mendapat Gantirugi

Pengguna adalah berhak mendapat gantirugi disebabkan berang yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

(g) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Penqquna

Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

(h) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat

Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.

Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan.

Stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.

Bersambung untuk part yang ketiga.

Hak kepada keselamatan bererti hak untuk daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.

Dalam pasaran dunia yang semakin kompleks pada masa ini, kebimbangan dan perhatian pengguna mengenai keselamatan barangan dan perkhidmatan barangan dan perkhidmatan yang mereka guanakan semakin ketara dan menonjol. Penggunaan racun serangga, ubat-ubatan, dan sebagainya perlulah mengikut peraturan demi memelihara kesihatan dan keselamatan.

Share this on WhatsApp

Ekonomi hak pengguna, hak yang perlu ada pada pengguna, Pengguna ada hak dan tanggungjawab!, pengguna dan isu semasa, pengguna dan tanggungjawab, pengguna perlu jadi bijak, peranan pengguna dalam kepenggunaan, tanggungjawab sebagai pengguna

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Nadri says

    October 8, 2011 at 10:07 am

    rasanya di malaysia perlindungan hak pengguna masih ditahap rendah..brp sgt kes hak pengguna yg dpt diselesaikan jika dirujuk ke Tribunal Pengguna?? tu blm masuk masalah birokrasi lg…

    Reply
  2. zulkbo says

    October 8, 2011 at 10:45 am

    salam Zikr..
    itu di US ..bagaimana
    la agaknya di negara kita?

    Reply
  3. akubiomed says

    October 8, 2011 at 6:48 pm

    Kesedaran hak pengguna di Malaysia masih rendah. Contoh mudah pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan pengantian barang yang dibeli jika rosak atau pemulangan tetapi di hujung resit masih ada lagi tercetak barang yang dibeli tidak boleh dikembalikan

    Reply
  4. laila malam says

    October 8, 2011 at 11:10 pm

    Pendidikan kpenggunaan @kelab pengguna da spatutny ad dsekolah2 cthny. pdidikn awl kpd klangn plajr2/mhsiswa/wi & ksedarn ttang kpenggunaan ni sgt penting..subjk ini hendklh dikupas scara myeluruh bkn sj ddlm ngara mlh isu2 kpenggunaan dipringkt antbgsa. trutamany bg kalangn wanita y xsangkal mmang ‘gila shopping’ cthny. agar scara tdak langsung mlahirkn individu strusny msyarakt y bijak ttnag ‘kpenggunaan’ ini. Salam 1 Malysia 🙂

    Reply
  5. wazy says

    October 9, 2011 at 4:58 pm

    Hak Untuk Mendapat Gantirugi paling pening aku rasa,kadang-kadang banyak kekeliruan kat sini.

    Reply
  6. muhammad fakhruddin says

    October 10, 2011 at 4:21 am

    Jauh lagi kita mahu mendidik masyarakat mengenai hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna.

    Reply

Leave a Reply to laila malam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.