Macam bohong kan ceritanya. Ikut pengalaman penulis sendiri memang pernah jual burger bukan seorang lah. Tapi dengan kawan-kawan. So keuntungan terpaksalah dikongsi bersama-sama. Yerla jual burger masa tuh part-time jer bukan full time.Tahap untuk menjual burger secara besar-besaran tidak dilakukan, sebab sibuk dengan belajar lagi. so ,kitaorang takut pelajaran terabai. Plan yang dibuat pada ketika itu ialah untuk survive hidup di kotaraya. Masa tuh belum zaman gst lagi. Tapi kita dah fikir panjang jugakla.
Tapi bukan nak cerita cara-cara nak jalankan business jual burger.
Pengalaman dan ilmu .
Nak berjaya kena ada ilmu dan pengalaman yang berharga. Sebagai orang ada pengalaman cetek jer nih. Kalau korang betul-betul minat dalam bisner burger nih, kalau kena cara dan tekniknya boleh meletop dan survive punya. Bagi yang lepasan spm nih , better cari duit untuk kumpul modal dalam menjalankan business burger. Nak dengan kawan-kawan yang support. Plan sangat penting.
Memang penting , sebab sebelum kita nak jalankan business underground. Kita memang kena ada plan dengan meeting betul-betul dengan rakan partner. Bukan sembang kosong, tapi kalau boleh biarlah bertulis.
Kitaorang guna apa yang ada jer.
Masa zaman universiti, aku memang ada dapat elaun sara hidup dari mara (haha), masa tuh rm 700 sebulan. Aku memang orang businesslah senang cerita. Bukan setiap bulan habiskan duit elaun mara tuh semata-mata, bila dapat elaun, joli sana sini. Aku banyak buat benda, jual handhpone dekat mudah.my. Update blog, sehingga sekarang masih lagi menulis. Dan macam-macam lagilah. ?Nak dijadikan cerita, semua budak rumah macam bual-bual kosong nak cari duit lebih , memandangkan yuran pengajian tak cukup nak bayar, sebab duit loan belum masuk lagi. So, aku sebagai master mind guna modal 50% share, adalah simpan duit simpanan dan juga hasil business online, offline, hasil kerja part time ,dan kawan-kawan share berapa yang ada jerla. Kita serius nak jual burger.
Beli siap2 gerai yang sudah siap semua. Lebih kurang rm800.00 (masa tuh belum zaman gst). Tak campur gas. Kerusi, meja, untuk lepak-lepak ker. Dan barang-barang asas itu lain. Dalam sehari kita dah tetapkan , berapa bajet yang kita akan keluarkan , barang asas yang wajib kita beli contohnya sebagai anggaran kasar untuk korang wajib tahu nih ialah, bawang , telur dalam satu papan ker, sos cili, tomato, timun, mayinis, serbuk kari , marjerin, serbuk lada sulah, hitam, serbuk kari daging, air bawang putih, kicap perasa, garam gula (amboi) dan macam-macam lagilah.Dalam seratus sehari kita punya bajet untuk belanja barang. Kadang-kadang, ada barang tuh tak cukup, tisu dah habis ke. So pagi sebelum mula, kita akan buat listing dulu, tengok apa barang yang dah habis, barang yang ada banyak lagi, kita tak beli. Ikut keselesaan korang, dan jangan malu untuk bertanya kepada yang sudah lama dalam bisnes burger nih.
Peluang untuk pergi jauh.
Kita sudah hampir ke penghujung belajar, ingatkan nak teruskan . Tapi oleh kerana semua ada kotmitmen masing-masing. Kita berpakat untuk buat haluan masing-masing. Kita jual semua barang-barang yang ada tuh dekat mudah.my. Habis cerita, hua hua. Tiada yang tinggal, yang tinggal pun kerja tetap, kerja lain lah. Aku pulak, memilih untuk balik kampung meneruskan legasi di ledang , Johor. Amboi macam bertapa di gunung ledang pulak.
Apa yang aku ingin tekankan disini ialah, disebalik penulis sendiri tidak mahu jalankan perniagaan bisnes burger bukan sebab tak untung atau untung sikit. Tetapi disebabkan kita masing-masing ada haluan lain. Untuk masa depan, kalau ada kesempatan, aku ingin juga menjalankan bisnes burger lagi tapi lebih hype dia punya perancangan. Untuk masa ini, lebih kepada fokus survive mode. Huhu
Untuk tingkatkan keuntungan. Perlu tahu mengenai :
Cari pembekal
Anda perlu rajin sedikit untuk mencari di mana nak dapatkan pembekal bahan mentah dengan harga yang murah. Sebagai contoh bahan mentah dalam bisnes burger adalah daging burger, roti, marjerin dan sebagainya. Caranya anda beli borong terus dari kilang/pembekal. Ini anda perlu memainkan peranan yang penting supaya dalam sebiji burger anda mendapat lebih banyak untung. Cuma masalah disini ialah kita kena ada tempat untuk simpan stok yang kita beli dengan banyak ini. Kira store simpan barang yang sesuai. Kitaorang beli peti ais baru, fokus untuk simpan barang-barang seperti ini. Huhu.
Tahu Lokasi Membuka Gerai Burger
Anda perlu memikirkan lokasi yang strategik dalam membuka gerai burger anda. Barulah burger yang korang jual tuh, terlajak laris. Burger dah sedap, tapi takda pelanggan tak guna jugak. Mungkin untuk akan datang, boleh korang buat konsep bisnes burger online ker macam mana. Area-area yang terdekat jerla. Mungkin perlu ada tambah servis cas , upah duit minyak. Kalau order banyak , baru ada murah sikit ker macam mana, atau sekali jalan COD. Ikutlah strategi masing-masing. Lokasi Strategik kena tahu untuk membuka gerai burger. Contoh dekat dengan kedai makan, dekat stesen lrt/mrt, dekat pasar malam nak kena bayar sewa tapaklah kan.
Macam mana nak berjaya?
Aku baru cerita separuh jalan, pengalaman berniaga jual burger secara sambilan jer. Kadang-kadang bila tengok kawan jual burger, teringat masa zaman muda-muda (mudalah sangat) , so kunci utamanya ialah kesungguhan, strategi, ilmu, dan perlu melabur sedikit untuk dapatkan result yang terbaik. Bukan kita nak memaksa, tapi kalau kita nih serius dan semua sudah ada, tapi macam rasa nak tambah ilmu, baik kita cari panduan yang sesuai untuk berniaga burger. Takkan kita jual burger, setakat itu jer. Mestilah mahu meningkat naik dari semasa- ke semasa.
Untuk itu, aku ada offer ebook bisnes burger yang lengkap panduannya dari A sampai Z. Selok belok dalam perniagaan burger nih. Apa asas yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Itu semua kena tahu. Dapatkan disini
Apa yang ada dalam panduan bisnes burger ini yang korang perlu tahu.
- Ebook Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger ini dikarang oleh beliau sendiri , berdasarkan pengalaman dia khusus untuk mereka yang baru ingin memulakan atau sudah sedia ada bisnes ini di tepi jalan, lagi mahu tingkatkan jualan.
- Satu ‘case study yang unik’ cara bagaimana anda mampu mencapai matlamat dan sasaran menjana pendapatan sekurang-kuranganya (5) angka dengan bisnes ini.
- Antara isikandung eBook ini adalah segala aspek tentang bisnes burger bermula dari produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan untuk kembang dan naikkan lagi bisnes burger anda.
- eBook ini amat sesuai untuk mereka yang mengusahakan bisnes makanan sepenuh masa. Malah untuk mereka yang tercari-cari peluang menjana pendapatan tambahan disamping itu bekerja. Jom dapatakan segera dibawah ini.
Bersambung…
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ira says
berfikiran lebih jauh memang membantu dalam memantapkan sesuatu bisnes. kita bukan berbisnes nak duk takat tu je kan nak juga ada pembaharuan dan kemajuan. erti kata lain bisnes kita jalankan tu dikenali ramai.
titan says
ya. jual beger aje.
tapi ramai yang anggap remeh aje bisnes nih.
depa tak nampak lagi kelebihannya lagi.
mrhanafi says
best la cerita ini…
bro tak pun kongsikan apa pekerjaan sekarang…
mana tahu menjadi inspirasi kepada kami..
seorang blogger yang menjadi CEO jual burger online
sabree hussin says
Syok jugak jual berger ni. Aku pun pernah terlibat jugak dalam line bisnes ni hehe cari pengalaman berniaga.
Bagi aku, saat paling syok bila pelanggan nampak tekun tengok cara aku masak dan secara automatik aku pun berlagak macam seorang yang pakar masak burger ha3
dedauncomel.com says
Bisnes burger ni kena konsisten dan sentiasa ada peningkatan dalam servis kita. Kena buat survey part mana yang kurang perlu tambahkan lagi semula.
masyuk jugak sebenarnya berniaga burger ni 😉
Naimah Wahab says
Nampak sempoi tapi sangat berbaloi-baloi.
Kesungguhan dan ilmu adalah resipi terbaik untuk berjaya
Wan Zawawi says
Memang ramai yang tak salah pilih untuk jual burger ni , pendapatan hariannya pun sudah amat membanggakan . itu apa yang aku lihat di kawasan sini la
HIDAYAH AZMAN says
Bisnes burger nampak mudah. Tetapi still memerlukan perancangan & strategi yang betul jika ingin menjana pendapatan yang lumayan