• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan hingga 25 Februari 2021

Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan hingga 25 Februari 2021

Zik · Feb 14, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

syarat kelayakkan bpr 2021,

PUTRAJAYA – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari ini. Kalau sebelum ini dibuka dari 15 januari hingga 15 februari 2021. Kalau ikut tarikh lama, esok isnin last isi borang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lanjutan tarikh itu  bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Beliau berkata, hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19.

“Dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemas kini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tengku Zafrul berkata, penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu dan kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Beliau berkata, pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung bulan ini seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari lalu.

Menurutnya, bayaran Fasa 2 BPR pula dijangka dibuat awal bulan Mei depan.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman daftar/kemaskini bpr dilanjutkan 25 oktober 2021, kemas kini BPR dilanjutkan hingga 25 Februari 2021, Pendaftaran

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: