Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pelakon Veteran Abu bakar Omar meninggal Dunia, Alfatihah

Pelakon Veteran Abu bakar Omar meninggal Dunia, Alfatihah

Zik · Apr 16, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
abu bakar omar,
KUALA LUMPUR: Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia pada jam 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung.
Siapa tak kenal pelakon veteren yang telah merwarnai hidup kita di televisyen. Suka duka beliau dalam dunia seni ini bakatnya memang kita akui memang tiada nilainya. Selalu menjadi watak ayah, abah, pakcik.
Allahyarham berusia 72 tahun.
Menurut anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar, 46 tahun, bapanya dibawa ke KMC selepas waktu berbuka puasa semalam, berikutan keadaannya jelas keletihan dan lemah sejak dua hari lepas.

“Arwah sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit, tetapi dalam dua hari ini dia letih, jadi ahli keluarga bawa dia ke hospital.
“Masa itu, walaupun kelihatan letih dia masih boleh bersembang seperti biasa,” beliau dipetik Bernama berkata.
Katanya, pemeriksaan doktor mendapati jantung bapanya itu bengkak dan arwah kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dimaklumkan keadaannya bertambah kritikal pada lewat malam.
Mohd Zainuddin berkata, jenazah akan dimandi dan dikafankan di rumahnya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang. Solat jenazah akan didirikan di Masjid Al Ghufran, Alor Setar, disusuli pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar selepas solat Asar petang ini Insyallah. Semoga dipermudahkan urusan arwah.
ALFATIHAH
“Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya, ditempatkan bersama para solihin.
“Bagi pihak keluarga, kami memohon maaf atas segala salah silap almarhum ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini,” katanya dalam satu status yang dimuat naik di Facebook.
Sumber Facebook mohdzainuddin.abubakar
Abu Bakar terkenal dengan lakonan drama dan filem sejak tahun 1980-an.
Antara drama dan filem lakonannya ialah Opah, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa, Duyung Pak Keoi, Anak Jantan Pak Dee dan Mana Mau Lari.
Allahyarham juga pernah membintangi filem Leftenan Adnan, bersama pelakon, Hairie Othman.
Abu Bakar pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Sri Angkasa 1983 – Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) pada 1983, Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) (1990), dan Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin pada 2012.
Antara yang awal memaklumkan berita sedih itu ialah rakan artis Fauziah Ahmad Daud.
Sumber Facebook
Share this on WhatsApp

Pengumuman abu bakar omar, Alfatihah, pelakon abu bakar omar meninggal sakit apa, Pelakon Veteran Abu bakar Omar meninggal Dunia

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.