Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / PANDUAN UNTUK MENUBUHKAN PERTUBUHAN SENDIRI (ROS)secara online

PANDUAN UNTUK MENUBUHKAN PERTUBUHAN SENDIRI (ROS)secara online

Zik · Jul 23, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pertubuhan ros

Semua orang selalu dengar dan faham apa yang dimaksudkan dengan pertubuhan atau persatuan. Menurut wikipedia, ia bermaksud satu penyusunan sosial yang mengejar matlamat kolektif, mengawal prestasinya sendiri, dan mempunyai satu sempadan yang memisahkannya daripada persekitaran.

Kita di sini bukan nak bercerita tentang definisi pertubuhan tapi cara cara untuk anda menubuhkan pertubuhan sendiri.  Perkara ini penting jika pihak pihak seperti pekerja, masyarakat setempat, veteran atau golongan remaja ingin menyuarakan aduan dan membincangkan masalah yang dihadapi.

Inilah langkah langkah untuk menubuhkan pertubuhan;

Bukan senang nak buat perubuhan ini ada banyak benda yang korang kena pastikan dari segi ahli dan juga minit mesyuarat ini ok. Adakan satu mesyuarat kecil yang dihadiri sekurang kurangnya tujuh orang dan nama setiap ahli perlu ditulis dalam satu minit mesyuarat. Jika ingin menubuhkan pertubuhan peringkat kebangsaan, wakil wakil yang hadir mestilah datang dari negeri yang berlainan. Ahli tersebut dikira sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan.

Ketetapan untuk membentuk suatu pertubuhan adalah seperti berikut;

  1. Bersepakat bersama menubuhkan pertubuhan
  2. Meluluskan nama pertubuhan
  3. Menetapkan lokasi urusan yang bakal didaftarkan
  4. Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan urusan pendaftaran
  5. Senarai AJK Penaja

Untuk makluman semua, senarai AJK Penaja kenalah disertakan dengan;

  • Nama penuh di kad pengenalan
  • Jawatan dalam pertubuhan
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Alamat majikan
  • Alamat kediaman setiap Ahli Jawatankuasa

Bukan itu sahaja, mesyuarat penaja pun kenalah meluluskan undang undang pertubuhan yang hendak didaftarkan seperti logo, bendera dan keterangan pada pertubuhan tersebut.

Bila sudah selesai, tibalah masanya untuk memohon pada Pendaftar Pertubuhan atau ROS. Setiausaha Penaja perlulah mendaftarkan diri sebagai pengguna eROSES di laman sesawang rasmi ROS. Setiausaha juga perlu menyediakan bayaran fi sebanyak RM30.00 dan membayar di kaunter di cawangan masing masing ataupun secara online.

https://www.ros.gov.my/ 

Panduan untuk dftar pertubuhan from PERAJA NEGERI JOHOR
Share this on WhatsApp

Politik Cara daftar Pertubuhan / NGO dengan ROS / JPPM, cara nak tubuhkan pertubuhan secara online, laman web ros online, PANDUAN UNTUK MENUBUHKAN PERTUBUHAN SENDIRI (ROS)secara online, ros online

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.