Kepada mereka yang LULUS exam ptd, aku ucapkan tahniah buat korang. Apepun, selepas nih korang kena standby banyak persediaan, dalam temuduga PTD. So ni nak cerita pasal pengalaman temuduga PTD yang lepas. So apa yang korang sedia ialah seperti berikut. Bila tengah interview nanti.
Sesi perkenalkan diri.
(Panel tanya dalam BM jadi kita kena jawab pun dalam BM juga lah.) So boleh cerita pasal dulu belajar dekat mana, ambil bidang apa, sekarang kerja apa, tugas-tugas tambahan di tempat kerja, berasal dari mana, adik beradik berapa macam-maca dia tanya, korang cakap dengan jujurla. Huhu…
Penglibatan kokurikulum masa sekolah kolej/universiti.
(Dipahamkan soalan yang ini pun ada markah tau). Siapa yang tak aktif masa sekolah/universiti memang payah la nak bagitahu apa yang korang buat masa belajar kan, kalau yang aktif sangat tu, cukup la setakat cerita pencapaian tertinggi je, peringkat negeri ke, daerah ke.) jangan kelentong sudah la yer. Janji ada terlibat apa-apa aktiviti kolej jadilah.
Kenapa nak jadi PTD?
Panel tanya soalan ni dalam Bahasa Inggeris. Ada juga panel tanya dalam bahasa melayu. Nasib korangla, yer nak jawab apa. Jawab dengan confident.
Diantara jawapan yang mungkin korang boleh utarakan masa interview nanti:
PTD adalah merupakan satu platform yang amat meluas pergerakannya. Saya pernah bekerja di dalam sektor swasta sebagai seorang jurutera tetapi kerjaya sebagai seorang ‘multiskill’ ini tidak terlalu terdedah dengan dunia korperat dan elit. Dalam pada itu saya mendapati PTD adalah satu profesion yang amat tinggi kreadibilitinya di mana ke mana sahaja kita pergi, orang akan memandang tinggi kepada kita. Lebih-lebih lagi saya bekerja di peringkat negeri yang kerjaya saya lebih mencabar. Kehadiran pihak kami sebagai penjawat awam ke rumah-rumah panjang sering disambut meriah. Ini membuktikan bahawa betapa kaum-kaum bumiputera di Sarawak ini mengharapkan anggota kerajaan untuk melakukan perubahan di kawasan mereka.
Sebab saya nak memajukan diri lebih dalam bidang kerjaya saya. Saya sukakan cabaran dan sangat mementingkan kesempurnaan dalam tugas ptd ini.
Secara peribadi saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profession yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih adalah yang terbaik dalam yang pterbaik.
Mereka inilah yang akan menyusun dasar dasar kerajaan dan melaksanakan secara jayanya bersama sama pegawai pegawai kerajaan yang lain. Untuk ini mereka akan dibekalkan dengan berbagai bagai ilmu skills dan juga latihan yang secukupnya untuk melaksanakan tugas berat yang akan dihadapi.
Untuk mereka yang mementingkan kewangan semata mata, PTD adalah bukan jawapannya, tetapi untuk jangka masa yang panjang saya percaya PTD boleh memberikan kelegaan dalam hal ini.
Oleh itu saya simpulkan kenapa PTD ?
1. Satu jawatan yang disegani dan dihormati
2. Kewangan bukanlah satu satunya perkara tetapi ilmu, network dan kepuasan adalah lebih penting.
Nota lain:
Kenapa saya berminat menjadi PTD ini adalah pertamanya adalah untuk membantu keluarga saya dan buat masa sekarang belum ada saudara-mara saya yang dapat berkhidmat dengan kerajaan walaupun telah berusaha & menghadiri temuduga.
Keduanya saya mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa walaupun saya anak orang susah tetapi masih boleh berjaya dan berkhidmat di dalam sektor awam sebagai PTD. Ini kerana kedua Ibubapa saya terlalu dipandang rendah di atas kemiskinan dahulu dan tiada juga bantuan yang diberikan kepada keluarga saya pada semasa itu. Hanya cemuhan dan hinaan saja yang diterima membuatkan saya berusaha besungguh-sungguh untuk membalas jasa kedua Ibubapa saya ini dan membuktikan anak orang susah dan miskin juga mampu dan boleh berjaya.
Ketiganya saya adalah seorang yang sukakan cabaran dan mempunyai iltizam yang tinngi, maka saya merasakan PTD adalah kerjaya yang saya burui dan idamkan walaupun saya boleh dikatakan bekerja agak selesa dan ok di dalam sektor swasta sekarang. Demi memenuhi cita-cita dan impian saya, maka saya tetap akan berusaha untuk PTD ini.
Ini adalah cadangan jawapan je. Jangan skema sangat ikut jawapan atas nih. Gunakan ayat sendiri, berdasarkan pengalaman yang sedia ada dan topup apa yang patut. Buat point untuk kasi ingat masa interview nanti.
Bidang tugas PTD
Soalan ini pun dalam Bahasa Inggeris. Rujuk nota bidang tugas PTD kat sini.
Nota lain:
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Tugas mencabar ptd;
Menjaga hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, pertahanan negara, serta pengurusan teknologi maklumat. Selain itu, ptd juga diberi peluang. Untuk berkhidmat sebagai pegawai dikedutaan dan pesuruh jaya tinggi diluar negara.
8 Bidang tugas utama ptd.
Credit tipsptd.com
Government Transformation Programme (GTP)
Soalan ni memang mesti ada punya pasal GTP, NKRA dan MKRA, tapi time interview tu cuma boleh jawab secara am je pasal GTP, apa contoh program GTP pun kena tahu bro!
Nota gtp. Copy paste je nih.
Bagi meletakkan negara pada landasan lebih kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, Perdana Menteri, YAB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pelaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
PTK menggariskan secara terperinci objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bagi meghasilkan perubahan yang diharapkan melalui pelaksanaan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Bagi menjayakan PTK, kerajaan dan perkhidmatan awam saling bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain, khususnya dalam pelaksanaan NKRA dan MKRA. Justeru, YAB Perdana Menteri sendiri mengetuai pelaksanaan PTK dengan dibantu anggota Kabinet serta didokong oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam. Strategi pelaksanaan pelan ini dirangka oleh Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Sehubungan itu, lapan pasukan yang dianggotai agensi kerajaan dan dikenali sebagai Makmal, telah ditubuhkan, dengan setiap makmal bertanggungjawab bagi setiap enam NKRA, satu untuk 1Malaysia dan satu lagi untuk meneliti pengurusan keseluruhannya.
PTK akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
• Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012)
Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.
• Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015)
Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.
• Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020)
Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan politik.
Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
• Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah.
Mengurangkan kadar jenayah
• Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010.
• Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.
Memerangi Rasuah
• Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad.
• Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International.
Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
• Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan
• Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM menjelang 2012.
Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
• Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditambah.
• Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012.
Menambahbaik pengangkutan awam
• Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang.
• Menjelang 2012 – 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan Kelana Jaya.
Mempertingkatkan Kebertanggungjawaban Menteri Dan Penjawat Awam
• Bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan lancar, semua menteri memberi lebih banyak penekanan terhadap aspek kebertanggungjawaban masing-masing. YAB Perdana Menteri akan menilai pencapaian setiap menteri pada setiap enam bulan bagi memastikan mereka mencapai tahap prestasi yang telah ditetapkan. Beliau membuat penilaian pertama bagi tempoh meliputi November 2009 dan Januari 2010.
• Bagi menjamin prinsip “Pencapaian Diutamakan” benar-benar terlaksana, semua menteri dan pegawai kerajaan yang menguruskan keberhasilan diminta memastikan bahawa keputusan atau tindakan mereka mematuhi “Prinsip-prinsip Penyampaian” . Prinsip-prinsip ini termasuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam program yang dirancang, dengan mendapatkan input daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan, meningkatkan produktiviti sebanyak mungkin daripada sumber sedia ada, mengurangi ketirisan, mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif. Kerajaan yakin persefahaman yang wujud antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat dalam melaksanakan NKRA akan menjadikan Malaysia lebih maju, aman dan makmur.
Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) di bawah GTP telah dikenalpasti untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi rakyat Malaysia.
Bidang Keberhasilan Negara.
Jika GTP adalah sebuah jentera perubahan keseluruhan, Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) adalah omboh dalaman. Dan seperti omboh, setiap NKRA menjalankan tugasnya sendiri, tetapi menerusi usaha yang lengkap, mereka telah menjana sebuah perubahan yang lebih baik daripada semua bahagiannya. Setiap omboh berhubung kait dengan bidang keutamaan yang disifatkan memberi impak yang sangat besar kepada rakyat.
NKRA tidak disifatkan sebagai bidang keutamaan dengan mudah, tetapi ianya adalah hasil daripada pelbagai kajian, tinjauan pendapat dan dialog yang dijalankan bersama rakyat. Setiap NKRA diterajui oleh seorang Menteri Kabinet yang akan melaporkan kejayaan dan kekurangan penunjuk prestasi utama NKRA.
Keutamaan NKRA terdiri daripada inisiatif jangka pendek dan jangka panjang yang memenuhi keperluan rakyat. GTP juga menangani tuntutan segera daripada rakyat, seperti mengurangkan kos sara hidup, dan juga isu-isu yang menghalang perkhidmatan awam daripada menjadi lebih cekap seperti yang sepatutnya.
Gambarajah:
Bidang-bidang yang tidak dirangkumi dalam NKRA tetapi dianggap penting akan diletakkan di bawah pemerhatian kerajaan di peringkat kementerian. Bidang tersebut – Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA)- termasuk matlamat yang disasarkan agar rakyat dapat melihat dan merasainya.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menjadi lebih telus dan bertanggungjawab, pencapaian NKRA dalam GTP 1.0 dan perancangan bagi GTP 2.0
Tema Hari Merdeka ke 57
Manalah tahu dia tanya ke. Tema tahun ini ialah disini lahirnya sebuah cinta. So kemungkinan besar, dia akan tanya apa maksud tema kemerdekaan ini. Cakaplah kita sebagai rakyat malaysia mestilah menanamkan rasa cinta kepada negara. Jadinya disinilah menjadi titik tolak kepada warga malaysia tidak mengira apa kaum, bangsa , agama sekalipun harus kita tanamkan dalam diri kita perasaan cintakan kepada negara malaysia.
Situasi
Soalan situasi ni kira senang la, sebab berdasarkan logik akal je. Soalan pun agak kelakar, panel tanya katakanlah awak dah plan nak pergi honeymoon, memang dah ada kat airport, tiba-tiba bos panggil datang kerja yang penting sangat-sangat la. Apa yang awak nak buat?
Jawapan:
Itu diantara jawapan memang takda yang betul. Tapi yang penting penerangan yang padat beserta punyai alasan yang kukuhla. Soalan tuh kira dia masih open. Ia berkaitan perkiraan kos kerugian sebab keadaan tuh, kita dah plan awal. So, untuk keadaan ini aku mencadangkan untuk teruskan percutiaan. Sebabnya, kita dah merancang percutian dari awal. Pastinya ada orang lain yang boleh ganti kerja kita. Perlu terangkan kepada bos yang kita sudah beli tiket, dan masa itu sahaja ahli keluarga masa cuti yang ada, lagipun semua penginapan sudah ditempah, so siapa yang mahu tanggung kerugian saya? Lainlah kalau saya kerja askar, itu mungkin saya terpaksa cancel. Demi tugas negara.
Kalau jawapan nak lain pun boleh, yang penting mesti ada sebab musabab yang kukuh serta penerangan yang jelas dan tersusun. Jangan takut-takut, confident je bro. Huhu.
Sesi menanya soalan
Masa ni panel bagi peluang kita pulak tanya soalan kat dia pasal PTD. Masa ni jangan cakap tak ada soalan, nanti nampak macam korang tak ada rasa ingin tahu pun pasal PTD ni. Kalau yang berkait isu-isu semasa pasal PTD lagi bagus. Plan soalan awal-awal, takpe tanya je, sebab bukan korang yang kena jawab soalan, hehe. Tapi time ni kena hati-hati gak lagi-lagi kalau isu sensitif. Jangan tanya berapa gaji bakal dapat. Tak patut tuh.
Contoh soalan:
Sekiranya saya terpilih dalam temuduga ini, umur pencen perkhidmatan dalam jawatan ini sampai berapa ya?
Apakah cabaran/pengalaman yang paling manis/pahit encik/tuan/puan sepanjang menjadi penjawat awam ptd yang tidak boleh lupakan?
Ada peluang pergi ke luar negara tak? Kalau sudah confirm jawatan ptd nanti.
Tanya pasal isu semasa ke?
Isu datuk lee chong wei pasal dopping ke?
Atas tuh contoh je, bukan betul pun. Yang penting kalau dia open ada soalan tak, korang mesti tanya soalan. Sebab ini markah beb. Ini nak tunjukkan kita nih bukan seorang yang pendiam. Perlu ada respons yang positif.
Berdasarkan pemerhatian aku la kan, ada ramai juga yang datang temuduga tak mengambil berat soal penampilan. Sebenarnya itu kan perkara asas nak temuduga kerajaan, lagi-lagi PTD. Masih ada yang pakai sandal raya, pakai blazer dengan seluar (perempuan). Rujuk Etika pakaian temuduga SPA. Seeloknya pakai court shoes dan blazer dengan kain.
Tudung pun tak payah bersilang-silang sangat la, pakai tudung bawal je pun ok. Mekap sikit pun ok dah tapi jangan berlebihan sangat macam artis tuh. Bawa handbag yang nampak professional.
Tips seterusnya:
Pastikan korang fotostat semua dokumen yang diperlukan, tak cukup memang tak interview la korang. susun sijil-sijil tu mula dari IC, surat beranak, pencapaian akademik bermula dari yang rendah kepada yang tinggi. contoh: SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Master, Dr. Sijil kegiatan luar tak payah fotostat, dia nak tengok yang asal je.
Harap-harap berguna untuk korang masa interview nanti. Ada orang cakap temuduga ptd ini nak tengok kemahiran komunikasi kita, kemahiran berhujah, kemahiran Bahasa Inggeris, jadi sama-sama lah kita pertingkatkan skill kita ye. Kalau ada rezeki InsyaAllah dapat, kalau tak ada rezeki kena lah cuba lagi tahun depan nampaknya.Usaha lagi bro!!
Soalan lain mungkin??
Lepas tu dia tanya apa kah tugas-tugas sebagai seorang PTD yang saya berminat untuk berkhidmat? Jawab jer , selari dengan kelulusan saya sebagai pemegang Ijazah sarjana muda perakaunan (atau ijazah korang sendiri tuh nyatakan je), saya boleh bekerja dalam bidang pengurusan kewangan ataupun ekonomi, tetapi merujuk kepada pekerjaan saya sekarang yang lebih banyak berkecimpung dalam statistik, saya nyatakan saya boleh bekerja dalam pengurusan teknologi maklumat.
Soalan cepu mas, apa kelebihan anda yang boleh menyokong kami untuk melantik anda kedalam jawatan PTD. Why i should hire me?
Jawab je macam ini cakap saya adalah jenis seseorang yang proaktif, mudah mendapat maklumat dari pelbagai sumber, dan saya rasa berdasarkan kepada pengalaman saya yang berkecimpung dalam bidang statistik menjadikan saya seorang berfikiran lebih terbuka. Saya belajar bahawa maklumat itu sangat penting untuk kita merancang dan melaksanakan sesuatu dasar. Tanpa sebarang maklumat, keputusan yang kita buat mungkin kurang berkualiti. Saya lebih suka membuat sebarang keputusan dengan mengambil kira pro dan kontra, positif dan negatif kesan semasa perancangan, kesan yang berlaku untuk jangka masa pendek dan pada masa hadapan.
Penemuduga ada juga tanya pasal adakah anda rasa maklumat itu lebih kepada angka atau bagaimana?
Jawapannya : Dengan penuh confident, jawablah, iaitu maklumat tidak terhad kepada angka sahaja, maklumat boleh dalam bentuk kuantitatif dan juga dalam bentuk kualitatif. Tidak dinafikan maklumat dalam bentuk kuantitatif berguna dalam menguatkan fakta, tetapi maklumat dari mana-mana sumber juga amat penting untuk menjadikan sesuatu keputusan itu lebih tepat.
Kadang-kadang dia ada tanya lagi mengenai general knowledge. So korang memang kena banyak membaca pasal isu semasa, kementerian, tugas-tugas kementerian yang lain tuh.
Ada juga dia tanya mengenai Siapa Menteri Pelancongan di Negeri Sabah? Datuk Masidi Manjun.
Dan akhir sekali:
Untuk calon yang dah kahwin.
Untuk lantikan PTD kali ini, kamu akan dihantar berkursus di INTAN selama setahun, adakah kamu sanggup berjauhan dengan anak-anak suami/isteri??
Dan panel tu tanya balik saya sanggup ke tak? Saya jawab insyaAllah saya sanggup.
Jika ini tertulis sebagai rezeki kita, insyaAllah pasti akan dipermudahkan. Tetapi jika keputusan sebaliknya.Allah pasti ada rencana yang lebih baik daripada jawatan ini. Wallahualam. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Rasa tak cukup lagi?
Untuk dapatkan lagi lanjut macam mana persediaan dalam temuduga kerajaan mungkin korang boleh dapatkan panduan temuduga kerja kerajaan. Ini sedikit sebanyak kita dapat input macam mana gambaran ataupun bagaimana keadaan interview dalam keadaan sebenar. Betul teori dan praktikal memang jauh beza. Yang penting persediaan kita memang betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Jangan kedekut duit untuk melabur sedikit wang masa depan korang jugak. Nanti dah lulus interview, pulangannya, berapa kali ganda?? Dapatkan segera disini.
Rumusan.
Ada teknik yang baik untuk korang jawab.
Kalau tak tau, sokong pendapat panel 100%. Kalau tahu, sokong dan tambah fakta sendiri.Kalau tak setuju, bagi hujah kenapa tak setuju. Kalau tak tahu jawab xtau secara ikhlas and say sorry.Panel akan tukar soalan lain. Jgn KELENTONG ok.
Ada dua panduan temuduga dalam Sedikit preview ebook panduan kerajaan. Download .
Rumusan.
Persediaan penting. Banyakkan membaca suratkhabar, peka dengan isu semasa. Jadikan perbualan interview satu perbincangan yang menarik. Jangan jadi kaku jer.
All the best.
Leave a Reply