Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Panduan permohonan pengeluaran duit I-Citra KWSP secara (online)

Panduan permohonan pengeluaran duit I-Citra KWSP secara (online)

Zik · Jul 12, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

KWSP , ICITRA,

Ramai yang terkesan dengan PKP 3.0 kali ini. Kita sudah sebulan lebih cuti, (bagi peniaga dan yang terkesan, termasuklah penulis ini sendiri).  Pesan aku, kalau kau rasa atau tak pasti nak keluar atau tidak, untuk keperluan dan masa depan yang kita tak pasti jangan keluarkan. Tetapi bagi yang terdesak sangat, memang wajar lah keluarkan duit itu biarpun pencen kita lambat lagi ke apa. Kita tak tahu sampai bila keadaan ini akan berakhir? Mungkin ianya akan memakan masa yang sangat lama. Ramai peniaga dan taikun besar pun dah gulung tikar kerana dah takda modal nak pusing, nak bayar sewa kedai, keperluan harian, loan(hutang) dan sebagainya.

Memanglah ada bantuan dari kerajaan,tetapi berapa sangat lah dapat dan kita pun nak tunggu sebulan lagi. Dengan keadaan yang sangat memaksa.  Lebih baik kita keluarkan duit pencen kita ini. Nak tunggu pencen atau kita mati kelaparan sebab tak dapat duit sendiri yang kita simpan. Dahla aku berleter jer nih.

Berikut adalah panduan ataupun tutorial cara untuk isi borang pengeluaran -citra Kwsp (kumpulan wang simpanan pekerja). Senang jer sebenarnya tak sampai 5 minit. Tetapi ada beberapa pendekatan dan peringatan yang kita kena ambil tahu sebelum ambil duit kita tuh. Dari segi keselamatan, no telepon dan juga no akaun itu kita kena pastikannya adalah betul, kalau tak nanti ada masalah pulak dikemudian hari.

TUTORIAL KELUARKAN DUIT KWSP I CITRA (AKAUN 1/2).

1.Pergi ke laman https://icitra.kwsp.gov.my 

panduan pengeluaran icitra kwsp

2. Tekan butang permohonan. Yang sebelah kanan belum lagi, untuk semakan status permohonan. Mungkin bulan depan akan adalah.

permohonan icitra kwsp

3. Kemudian , dia akan keluar popup, nota penting ,

-Permohonan ini hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja.

-Isikan maklumat yang betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran.

-Pilih amaun yang dimohon mengikut keperluan. Pindaan amaun TIDAK DIBENARKAN selepas permohonan dikemukakan.

-Anggota perkhidmatan awam yang memohon i-Citra berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Baca dan fahamkan, kalau dah ok, tekan butang tutup. 

permohonan icitra kwsp

 

4. Masukkan no kad pengenalan ada dan no telepon sendiri. Pastikan no kad pengenalan yang korang isi itu betul dan no telepon pun sama (masih aktif) , sebab proses seterusnya akan mintak no otp ke no telepon yang kita dah letak tuh nanti.  TEKAN BUTANG TERUSKAN 

 

panduan keluarkan icitra kwsp akaun1 atau 2

5. Dia akan keluar popup macam diatas ini. NO OTP akan dihantar melalui no sms yang korang daftar masukkan 6 no OTP untuk pengesahan. Pastikan no OTP tuh sama dengan sms yang korang dapat.Dia bagi dalam masa 5 minit untuk pengesahan. Kalau lebih dari masa tuh dia akan cancel (batal) transaksi itu. TEKAN BUTANG SAHKAN NOMBOR OTP. 

Nota : Kalau korang dapat no OTP untuk i-citra dan ada orang mintak dari call atau sms, jangan bagi sebarangan. Ini adalah rahsia anda sahaja yang boleh tahu.

permohonan i citra secara online

6. Maksimum pengeluaran untuk program icitra.kwsp kali ini ialah RM 5000.00. Sebab itu kalau nak tahu korang punya jumlah simpanan duit kwsp boleh tengok di ikwsp. Login disini nak semak bagi korang tuh. Kalau nak kurangkan amaun pengeluaran tekan butang yang bawah itu. Kalau korang nak keluarkan maksimum RM5000.00 tekan butang yang atas sekali.

pengeluaran icitra kwsp akaun 1 dan 2 ,

7. Kalau korang nak keluarkan rm5000.00 tuh, dia punya jadual pengeluaran duit kwsp adalah seperti diatas ini. Setiap sebulan dia akan bagi rm1000.00 sebulan kalau dari bulan 7 julai korang apply, masuk bulan Ogos , September, Oktober, November dan Disember adalah pembayaran terakhir.  TEKAN BUTANG TERUSKAN sekiranya dah berpuas hati. 

 permohonan icitra kwsp akaun 1 atau 2

8. MAKLUMAT PERMOHONAN. Dia sudah tulis nama permohonan , no kad pengenalan , dan juga no telepon yang kita dah tulis tuh. Cuma kena kemaskini dibahagian bawah iaitu, alamat emel,

 

permohonan icitra kwsp

8.1 Alamat surat menyurat, poskod , bandar dan negeri. Kira alamat terkini kita. Kemudia ialah no bank kita sendiri yang pihak KWSP akan masukkan duit i citra tuh setiap bulan. Samalah macam sebelum ini, isinar, ilestari dan sewaktu dengannya. Pastikan no akaun betul, masih aktif, diri sendiri punya akaun, bukan akaun syarikat.

 kwsp icitra pengeluaran

8.3 Pihak kwsp ada dua column dibawah itu ada pertanyaan dia tanya kita keluarkan duit kwsp sebab apa? Mungkin ini dia nak buat survey nak tahu keadaan kewangan pencarum kwsp ini. Jawab dengan jujur sebab apa.

soalan icitra kwsp

8.4 DAH OK SEMUA, TEKAN BUTANG TERUSKAN! 

pengasahan pemohon icitra

9.1 Pengesahan pemohon, dia akan paparkan semua details data yang kita dah tulis dari awal tadi sampai habis.

semakan icitra kwsp

9.2 JADUAL BAYARAN

 

pengesahan icitra

9.3 Nama bank dan no akaun yang kita masukkan Dah semua confirm tekan butang tick ada dua, satu adalah kita dah baca syarat terma dan perakuan dan kalau anggota perkhidmatan awam skim berpencen ambil akan ada kesan dia. JANGAN LUPA TEKAN BUTANG HANTAR!! 

 

tunggu pengesahan icitra kwsp

10. TERIMA KASIH. Nama kita akan terpapar , mengatakan permohonan anda sudah diterima dan dalam proses untuk verifikasi dan juga proses semakan , tengok akaun 1 dan 2 kita juga tuh apa yang patut. Sebulan dia proses. Bulan ogos akan ketahui keputusan permohonan icitra kwsp untuk kali ini. BOLEH TEKAN BUTANG CETAK untuk print untuk rujukan akan datang kalau ada masalah.

Selamat mencuba semua.

 

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman cara nak keluar duit citra kwsp secara online, icitra kwsp, icitra kwsp keputusan permohonan, icitra kwsp login, panduan keluarkan duit citra kwsp secara online

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.