Salam semua, nak mencuba join contest nie. Suka-suka je.
“Contest ini dibawakan dengan jayanya oleh YoycullendotcoM”
Pamela anderson (bukan nama sebenar) merupakan rakan/kekasih saya yang dahulunya meminati sukan bola sepak , seperti arsenal dan juga manchester united.
Tetapi apa yang nak diceritakan disini ialah mengenai tingkah lakunya yang sudah berubah 300%. Mana taknya, kalau dahulu bertudung litup gitu, cara berjalan yang sangat sopan santun, lemah gemalai, (kira macam perempuan melayu terakhir la!).
Tiba-tiba haus lak zik, apa kata kita minum dulu!!. Bang, milo ais satu, kurang gula!!
Ok, sambung balik cerita. Namun, sekarang semuanya telah berubah. Sejak meneruskan pengajiannya di Universiti Oxford (sambung master) beliau telah banyak berubah. Mungkin kerana dia telah terlupa untuk meneruskan perjuangannya sebagai seorang islam. Kerna dek godaan dunia yang begitu dashyat dibumi perantauan. Mungkin kerana salah ku, aku alpa untuk mengingatinya, dikala Pamela Anderson memerlukan aku disaat genting itu.
So, nak sambung cerita lagi, si pamela anderson nie sekarang dah ada hubungan (gossip macam melodi) dengan Yoy (nama samaran) kalau tak silap. Siapa Yoy nie?? Macho sangat dia nie?
Kenapa Pamela anderson dan Yoy??
Ada sumber-sumber mengatakan, Yoy merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat kaya (dah macam warren buffed) kalah datuk K! Jadi, no wonder la si Pamela Anderson dok melekat je dengan si Yoy (jangan marah gurau je) ini.
Yela, kalau nak dibandingkan dengan zik yang apa pun takda, cuma berbekalkan sebijik motor yamaha 135 lc yang digunakan untuk pergi mencari rezeki, kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bayar motor tuh pun tak habis lagi, tak campur dengan ragamnya setiap bulan. Habis gaji zik dengan motor nie sahaja. Isk-isk.
Kesimpulan dari cerita ini.
Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka itu sendiri yang akan mengubahnya.
Semoga yoy dapat mengubah Si Pamela anderson (kekasih gelap ku, warrh), menjadi insan yang lebih baik, seperti Pamela anderson dahulu yang ku kenali.
Seperti firman Allah SWT dalam kitabNya, dalam surah ar ra3du, 11 : 13 yang membawa erti : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.
Nak tahu mengenai contest ini? sila tekan disini
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply