Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Pahang mara ke final bertemu Kelantan, Piala Malaysia 2013

Pahang mara ke final bertemu Kelantan, Piala Malaysia 2013

Zik · Oct 27, 2013 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia pialaPerlawanan yang bertempat di sarawak, penyokong sarawak yang membanjiri stadium kuching, sarawak yang berbaju merah. Skuad “Bujang Senang” melayan kunjungan pasukan Pahang di Stadium Negeri, Kuching dalam saingan separuh akhir ke-2 Watsons Piala Malaysia

Keputusan perlawanan malam tadi

Sarawak 1-1 Pahang

  • 32′ Bobby Gonzales
  • 74′ Fauzi Roslan

(Aggregate Sarawak 2-4 Pahang). Pahang layak ke final bertemu dengan kelantan di pentas final nanti.

Ulasan sekali imbas.

Sarawak yang banyak mengasak pada separuh masa pertama. Kapten sarawak Joseph kalang tie yang banyak bekerja keras memberi idea untuk memboloskan gawang pahang, usaha beliau harus  wajar diberikan cap jempol!! Banyak percubaan yang berjaya dibuat, hantaran lintang yang tepat dan juga sepakan kencang dari jarak jauh, luar kotak penalti, hampir-hampir menewaskan penjaga gol pahang.

Pada perlawanan hari ini, skuad Ngap Sayot nyata menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama terutamanya menerusi percubaan kapten pasukan, Joseph Kalang Tie serta dua penyerang mereka, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic.

Sarawak didepan.

Akhirnya, percubaan demi percubaan dijawab dengan satu gol bermakna buat sarawak apabila joseph membuat hantaran lintang dan disudahi oleh boby Gonzales. Sarawak 1-0 Pahang. Jurulatih pahang, Dollah salleh, muka agak serius kebimbangan melihat anak buahnya tidak bermain seperti biasa. Gol pertama itu, sekali gus menceriakan kira-kira 22,000 penyokong Ngap Sayot yang membanjiri stadium berkenaan.

Nampak tuh, jaringan yang ditanduk kemas.

Takda gol dihasilkan sehingga separuh masa pertama tamat.

Separuh masa kedua.

Pada babak kedua, Sarawak terus melancarkan serangan bertali arus bagi menggandakan jaringan namun dikecewakan oleh ketumpulan jentera serangan selain ketangkasan penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Fauzi roslan meleburkan impian sarawak ke final.

Percaturan Dollah salleh, berhasil apabila kemasukan Fauzi Roslan bagi menggantikan Matias Conti yang injured pada pertengahan separuh masa kedua nyata membawa tuah buat Pahang apabila beliau menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-74 selepas mendapat hantaran daripada rakan sepasukan.

malaysia piala, fauzi roslan pemain pahang,

Ketika itu, 1-1 sama, dan ini bermakna, aggregate  pahang 4-2 sarawak. Tiada gol dihasilkan sehingga wisel tamat dibunyikan. 4 minit sahaja masa tambahan. Huhu.

joseph kalang t
Sedih beb, kapten sarawak, Joseph Kalang T dah berusaha sebaik mungkin bermain untuk sarawak malam tadi.

Komen dari jurulatih masing-masing.

Dollah salleh.

Dollah yang ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan nyata lega dengan keputusan positif yang dicapai oleh skuad Tok Gajah selain dibantu dengan kegagalan pasukan tuan rumah menyempurnakan beberapa peluang terhidang.

“Saya agak terkejut dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Sarawak tetapi kita bernasib baik kerana pasukan Sarawak mempersia-siakan beberapa peluang yang mereka miliki,” katanya.

Beliau berkata kemasukan tiga pemain iaitu Faizol Hussain, Saiful Nizam Miswan dan Fauzi berjaya membantu skuad Tok Gajah mengimbangi aksi permainan yang dikuasai sebahagian besar oleh pemain tuan rumah.

“Kemasukan tiga pemain ini nyata membantu kita mendapat rentak permainan dan saya juga berterima kasih kepada Fauzi yang menjaringkan gol. Saya percaya beliau telah kembali menemui sentuhan gol selepas agak tenggelam dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Dollah.

Jurulatih Sarawak, Alberts.

Beliau berpuashati dengan persembahan keseluruhan anak buahnya dan memuji aksi terbaik masing-masing.

“Saya tidak ada sebarang rungutan, mereka mencuba sebaik mungkin untuk ke final tetapi akhirnya tidak menjadi,” katanya.

Jom layan video highlights gol

Tahniah buat pasukan Pahang, aka Tok Gajah juga tahniah buat Sarawak membuatkan perlawanan malam tadi sengit, dan memberikan tentangan yang hebat buat pahang dan  liga malaysia semakin meriah.

Mengenai insiden-insiden yang tidak diingini tak mahu ulaslah. Itu perkara biasalah, dalam dunia bolasepak.

pahang ke final piala malaysia 2013, pemain pahang

Yang penting, sarawak tidak tewas malam tadi. rekod kalah dituan rumah belum lebur lagi.

ngap sayop
Iron Man Ngap Sayop..
Share this on WhatsApp

Sukan keputusan perlawanan piala malaysia 2013, keputusan perlawanan separuh akhir piala malaysia pahang vs sarawak 2013, pahang 1 vs 1 sarawak piala malaysia 2013, pahang ke final bertemu kelantan piala malaysia 2013, pahang4-2 sarawak piala malaysia 2013, ulasan perlawanan pahang vs sarawak separuh akhir 2 piala malaysia 2013, video gol pahang vs sarawak piala malaysia 2013, youtube pahang vs sarawak piala malaysia 2013

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    October 27, 2013 at 2:39 pm

    1. Sarawak mmg kurang bertuah malam td. Byk juga peluang bola nak masuk, tp kena tiang palang dan keeper Pahang pun power.
    2. Sarawak mmg gagah di laman sendiri, tak pernah kalah….terbaiklah
    3. This is Pantai Timur….Pahang vs Kelantan…hoho

    Reply
  2. suri says

    October 27, 2013 at 8:26 pm

    saya tengok bola macam biasa ja zik tak fokus tapi saya harap game akan datang lebih meriah dan terkawal

    Reply
    • Zik says

      October 28, 2013 at 12:07 am

      takda dalam tv… dekat fan page ada…

      Reply
  3. zool says

    October 27, 2013 at 10:16 pm

    tahniah le pahang.. kemasukan pojie berkesan bila score gol yg mematikan terus semangat sarawak

    Reply
  4. kakiblog says

    October 28, 2013 at 2:44 am

    bukan rezeki Sarawak untuk tahun ini..tak pe cuba lagi dan kepada pasukan Pahang tahniah anda bermain dengan semangat bersukan yang tulen..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.