Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Facebook, instagram dan Whattsap Down 14.4.2019

Zik · Apr 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

facebook down,

Nampaknya hari Ahad hari ini dah dekat petang sampai malam-malam nih, Facebook, dimana pelbagai masalah serves barangkali untuk media sosial yang satu company iaitu, Whatssap, Instagram dan Facebook.com. Masalah perkhidmatan mereka kini tergendala dan mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia, termasuklah, negara kita Malaysia.

Kita pun tak tahu apa pengumuman rasmi dari , pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen lagi berkaitan dengannya buat masa ini.

Bulan yang lepas pun ada down. [Read more…] about Facebook, instagram dan Whattsap Down 14.4.2019

Share this on WhatsApp

Live streaming pkns vs pahang liga super 14.4.2019

Zik · Apr 14, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Setelah sekian lama tidak di sajikan perlawanan secara langsung di kaca TV , akhirnya TV9 buat onar menayangkan perlawanan secara live melibatkan pasukan Pahang & PKNS. Di saat pasukan lain mengejar sejarah tak nak kalah dalam liga sampai akhir musim, berbeza pula dengan Pahang, kalau boleh kome nak kejor rekod 0 live di dalam kaca TV. Tapi apakan daya, pasukan macam Pahang ni ramai nak saksikan cara permainan mereka di kaca TV. Bagi kita penyokong pasukan bakal juara, menonton Pahang main di dalam telefon melalui Iflix Hang, lebih inzal bebanding di kaca TV kerana screen tepon hak kecik buat kita tak bebulu dengan permainan Kecik.

Pertemuan diantara bekas jurulatih kebangsaan buat kedua-dua pasukan , datuk k raja gopal dan dollah salleh. Yang lebih kelebihan mestilah datuk k raja gopal sebab dia pernah menjulang piala aff suzuki 2012 dan merangkul emas sukan sea 2009. [Read more…] about Live streaming pkns vs pahang liga super 14.4.2019

Share this on WhatsApp

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Zik · Apr 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Keris Sakti Siamang Tunggal

5-year-old twins Upin and Ipin and their fellow friends: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei and Susanti live in Kampung Durian Runtuh. One day, they come across a mystical kris/keris (Malay dagger). The kris is magical and opens a portal that transports the whole gang to the Kingdom of Inderaloka. As they tries to find their way back home, they meet several classic characters from the Malaysian and Malay folklore. Together they have to help restore the kingdom back to its past glory and fights back the evil king, Raja Bersiong who is hatching an evil plan to destroy the kingdom.

Tonton preview 10 minit. Keris Siamang Tunggal – Upin-ipin.

SELEPAS tiga minggu ditayangkan, filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini mencatat kutipan RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah dua juta.

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya menerima lebih 1,000 komen positif daripada warganet dan kritikan positif pelbagai sudut. Kalau korang nak tahu, kos pembikinan lebih kurang 20 juta. Bukan sikit punya duit beb. Huhu

“Alhamdulillah, untuk sebuah filem animasi, jumlah kutipan sebanyak RM25 juta adalah satu kejayaan besar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada warganet yang menulis komen positif mengenai filem terbaru Upin & Ipin ini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pengkritik filem dari dalam dan luar negara yang memberikan kritikan positif serta membina,” katanya kepada sidang media.

Jumlah kutipan itu juga sekali gus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod berkenaan, sebelum ini.

Burhanuddin berkata, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan ditayangkan di beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

“Di Vietnam, ia akan mula ditayangkan pada 26 April ini manakala di Indonesia, pada 9 Mei. Selain itu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan dibawa ke China dan India.

“Lebih menarik, kita juga ada mendapat permintaan untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan di Uzbekistan dan ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Aplikasi Games pun ada andriod version.

Tidak hanya filem, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga kini hadir dalam bentuk aplikasi permainan video yang dilancarkan untuk pengguna Android pada 15 Mac lalu, manakala untuk pengguna iOS pada 4 April lalu.

Seorang daripada pengarah filem itu, Adam Amiruddin berkata, aplikasi permainan video itu kini sudah dikeluarkan untuk bab pertama, permulaan kepada kisah pengembaraan Upin & Ipin, dinamakan sebagai Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal the Game.

“Sekarang, kami sudah lancarkan bab pertama dan selepas ini, akan ada enam bab lain daripada kisah pengembaraan mereka dalam bentuk aplikasi permainan video.

“Sepanjang pengembaraan mereka, Upin dan Ipin akan mengumpul beberapa barangan yang berkaitan dengan kisah dongeng dan karakter Opah akan menjadi tukang cerita,” katanya.

Selain Adam, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga diarahkan dua pengarah lain iaitu Ahmad Razuri Roseli dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.

Filem itu mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu serta masih lagi ditayangkan.

Komen dari nitizen.

Baru lps tengok td UPIN & ipin Keris Siamang Tunggal !! Aku bg 10/10!! Animasi buat semua peringkat usia xkira tua muda mesti enjoy tengok!! Storyline yg terbaik!!! Penuh pengajaran buat anak2 muda!! Animasi yg mngangkat semula martabat cerita2 lagenda, adat & bahasa Melayu !! Plot twist,kejutan,effect aku bg 10/10!! Mmg taraf international animasi kita sekarang ni!! Bangga dgn hasil anak2 melayu kita !!! Bangga mnjadi Anak Malaysia!! MAJU LAH NEGARA KU!! ….btw kpd peminat animasi PUTERI !! anda Kna tunggu&tengok Post credit Upin & ipin siamang tunggal ni tau..????? btw aku umor 22 tahun okey hahah
best do citer ni .? dalam wayang tu aq dah pening dah nak nangis ke nak ketawa ?. GOODJOB ah korang yg buat cerita . Banyak pengajaran dan kisah2 rakyat yang lama dulu pun banyak .
Ok cite ni mmg awesome…aq tgk pun sbb adik aq nak…dh lama x layan upin ipin ni… Serius x menyesal tgk skali dgn adik2 aq tu?? lagu yg ade dlm filem ni pun dasyat dan gempak…meremang bulu roma aq??? tapi plot twist dia…. Sungguh tidak aku tersangka… Les Copaque dh kluarkan filem rakyat yg sgt bagus dan berkualiti dan tahniah
Pandai les copaque buat filem .aku tengok dah best giler , aku dah kaji mengenai maksud siamang rupa rupanya siamang adalah binatang ukiran di keris dan dapat menjelma haiwan tersebut. Aku tak tahu pula ada bianatng yang nama siamang .bijak harap cerita puteri pun best
Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 978
  • Page 979
  • Page 980
  • Page 981
  • Page 982
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.