Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Karangan- Hobi saya

Zik · Apr 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hobi saya

Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi saya pula hampir sama dengan ayah saya iaitu membaca buku.

Biasanya apabila ke kedai buku, saya dan ayah akan membeli buku-buku. Ayah suka membaca buku politik dan buku agama, manakala saya pula suka membawa novel kanak-kanak dan semua bacaan yang memberi pengetahuan kepada saya. Kadang-kadang apabila saya tidak ada buku lagi yang hendak dibaca, saya akan membaca buku yang ayah beli. Ini bermakna saya mendapat ilmu pengetahuan sama seperti ayah.

Selain membaca buku, saya suka melukis dan bersajak. Dalam bilik saya penuh dengan hasil saya yang ditampal pada dinding. Saya boleh melukis pelbagai benda, terutamanya lukisan pemandangan ditepi pantai.Sebelum melukis, saya gambarkan dahulu rupa pantai yang hendak dilukis berdasarkan pengamatan saya ketika pergi melancong. Lukisan saya kelihatan hidup  dan kawan-kawan yang pernah melihat lukisan saya turut memuji-muji kehebatan saya melukis, terutama dari segi mewarna.

Saya suka bersajak juga. Biasanya saya  menulis sajak pada waktu malam, ketika ahli keluarga saya  sedang tidur. Ilham datang waktu malam yang sunyi . Selepas selesai menulis sajak,  saya akan baca sajak tersebut berulang-ulang kali  sehingga saya dapat  menghayatinya. Kemudian, sajak itu saya  serahkan ke bahagian majalah sekolah. Sajak saya selalu disiarkan dalam majalah sekolah. Pihak sekolah  memberi sagu hati kepada saya  atas sumbangan saya itu.

Hobi saya  memberi manfaat kepada saya dan masa depan saya. Pada suatu hari nanti, saya akan menjadikan hobi saya ini sebagai kerjaya tetap iaitu menjadi penulis, pelukis dan penjajak yang berjaya.

Share this on WhatsApp

Karangan- sesat di hutan darjah 2.

Zik · Apr 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hutan, gambar hutan, sesat di hutan,

Soalan- Kamu dikehendaki menulis sebuah karangan tentang sesat di hutang belantara. Perlu gambarkan keadaan sekeliling yang menakutkan dan kamu terancam oleh pelbagai binatang buas. 

Sesat di Hutan.

Aku pun tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, aku mahu berjalan-jalan di hutan ini pada asalnya mahu melihat keindahan alam flora dan fauna. Namun segalanya telah berubah, apabila aku telah tersesat jauh di dalam hutan belantara ini.

Setelah sesat, aku berada dalam sebuah belanara yang tebal lagi menakutkan. Keadaan hutan itu bising dengan pelbagai jenis bunyi. Ada bunyi burung berkicauan, lorong berlompatan dan sebagainya. Di sekelilingku dipenuhi pokok -pokok kayu sebesar pemeluk, pokok-pokok berdaun renek dan bukit-bakau serta lembah yang curam.

Aku duduk di atas batang pokok yang tumbang sambil memerhati ke arah bukit bakau di situ. Dari jauh bukit-bakau itu kelihatan seperti sebuah hamparan permaidani. Namun begitu, disebalik keindahan itu, terdapat sesuatu yang mengerunkan. Aku takut tubuhku menjadi mangsa sang harimau atau sang ular. Di dalam hutan tebal ini tentu banyak binatang buas. [Read more…] about Karangan- sesat di hutan darjah 2.

Share this on WhatsApp

Live streaming jdt vs pahang 28.4.2019

Zik · Apr 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Mengklasifikasikan perlawanan yang sangat epik untuk pusingan pertama dalam saingan liga super 2019. Perlawanan yang melengkapkan perlawanan yang ke 11 hari ini diantara pasukan PAHANG VS JDT 28 april 2019. Pahang atau JDT yang akan lead liga super perlawanan malam ini.

Pahang yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah, hari ini mahu bertekad mahu menumpaskan jdt di tempat sendiri, stadium darul makmur kuantan Pahang malam ini.

BACA JUGA : KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 27.4.2019 

JDT VS PAHANG  [Read more…] about Live streaming jdt vs pahang 28.4.2019

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 962
  • Page 963
  • Page 964
  • Page 965
  • Page 966
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.