Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Sinopsis drama Pia tv3, Aliff Satar, Zara Zya Naim Daniel

Zik · May 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Drama pia, pia,

JUDUL : PIA
Jumlah Episod : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat 9 malam.
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Azman Yahya (Jenggo).
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd.
PELAKON : Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Fathil Dani
WATAK PELAKON
  • Zara Zya sebagai Pia
  • Alif Satar sebagai Zafran
  • Naim Daniel sebagai Budi
  • Azira Shafinaz sebagai Qis
  • Sheila Rusly sebagai Mak Ngah
  • Izzat Mushtaq sebagai Dr Karl
  • Annie Mosha sebagai Zeti
  • Zalfa Zin sebagai Ninie

LAGU OST PIA.

Sumpah, Naim Daniel.

Sinopsis drama PIA. 

Drama ini mengisahkan tentang Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua ibu bapanya terbunuh angkara dadah, Pia djaga oleh Pak Long Mat. Pia mempunyai seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi (Naim Daniel). Zafran, (Alif Satar) rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa.

Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia.

Ila cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara namun masih meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, mereka berkahwin walaupun tidak direstui Ila.

drama pia,

Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran membuat keputusan untuk menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Lama-kelamaan sifat Zafran mula berubah dan menambahkan lagi kesengsaraan di hati Pia. Apakah nasib Budi di pusat penjagaan disana? Kenapa Zafran jadi macam tuh?

drama pia

Drama Pia yang memaparkan watak Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi antara produk baharu yang bakal disajikan artis serba boleh, Alif Satar, Naim Daniel sempena 2019.

Bertekad memberi lebih tumpuan kepada bidang lakonan pada tahun baharu, Alif yang digandingkan bersama artis senior, Sheila Rusly dalam drama terbitan JS Pictures itu, mencabar diri menghayati karakter jejaka yang perlu berinteraksi dengan insan OKU.

Alif mengaku sengaja keluar dari zon selesa dan ‘lari’ daripada watak romantik yang sudah dianggap sinonim dengan dirinya.

“Jika dilihat, sepanjang 2018, saya kurang terima tawaran berlakon kerana terikat dengan komitmen lain. Selama ini juga, saya terikat dengan watak adaptasi novel bercorak romantis.

“Namun, sebaik tawaran JS Pictures diterima, saya lihat plot dramanya cukup menyentuh hati.

“Malah, saya perlu buat kajian mengenai bahasa isyarat. Namun, saya beruntung kerana ibu bapa pernah mengajar cara berkomunikasi dengan golongan OKU,” katanya kepada BH Online.

Alif mengaku berdepan kesukaran menghidupkan watak dalam Pia apatah lagi dia perlu menghafal dialog Sheila bagi memudahkan komunikasi.

“Saya perlu tahu dialog yang dilontarkan Sheila melalui bahasa isyarat dan beri jawapan dalam bentuk dialog lisan,” katanya.

Selain Alif, drama yang bakal disiarkan TV3, Ramadan depan turut menampilkan Naim Daniel, Zara Zya dan ramai lagi.

Alif memuji Zara yang disifatkan pelakon yang cukup komited di set drama.

“Sebelum ini, saya hanya berkenalan dengan Zara di majlis-majlis dan tidak tahu sifat sebenar dirinya di set penggambaran.

“Biarpun sering berjenaka, namun Zara komited dan menghayati watak dengan baik. Saya banyak belajar dengan Zara, Naim, Sheila dan seluruh kru produksi.

“Kami memulakan penggambaran sejak November lalu dan dijangka selesai, bulan depan,” katanya.

Behind the scene PIa

 

View this post on Instagram

 

Budi. #pia #tv3

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on Dec 19, 2018 at 4:58am PST

 

Share this on WhatsApp

Live streaming malaysia vs Austria FIH series 3.5.2019

Zik · May 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Hari ini perlawanan hoki FIH series sudah sampai ke separuh akhir. Pasukan malaysia melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan pasukan Wales 2-1 . Ini penting untuk pasukan malaysia mara ke pusingan kelayakkan olimpik tokyo 2020.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS AUSTRIA 3.5.2019 [Read more…] about Live streaming malaysia vs Austria FIH series 3.5.2019

Share this on WhatsApp

Live streaming PKNS vs Perak liga super 3.5.2019

Zik · May 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Perlawanan liga super diteruskan hari ini perlawanan yang ke 12 , PKNS vs Perak di stadium shah Alam. PKNS tangga ke 5 dengan 15 mata dan Perak tangga ke 8 dengan 13 mata.

Last matches: PKNS FC
30.04.19FACPKNS FCKedah1 : 3
27.04.19SLPKNS FCKuala Lumpur3 : 2
20.04.19SLJohor DTPKNS FC3 : 1
17.04.19FACJohor DTPKNS FC0 : 1
14.04.19SLPKNS FCPahang1 : 2

PKNS menang dua kali, tewas 3 kali. [Read more…] about Live streaming PKNS vs Perak liga super 3.5.2019

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 958
  • Page 959
  • Page 960
  • Page 961
  • Page 962
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.