Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

live streaming Sambutan Kemenangan JDT Menjulang piala liga super 2019

Zik · Jul 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Ikuti siaran langsung, sambutan kemenangan jdt menjadi juara liga super kali ke 6 berturut-turut. Ada konsert sekali tuh. Kita nantikannya nanti bersama artis yang ada seperti Amy Search, Joe flizzow dan ramai lagi.

Kita tengah tunggu piala liga super diarak bawa dari stadium larkin ke dataran ini. Mungkin naik bas dari sana ke sinilah nanti ok. Sekarang masih lagi di stadium Larkin.

Layan dulu… [Read more…] about live streaming Sambutan Kemenangan JDT Menjulang piala liga super 2019

Share this on WhatsApp

Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu 2019 !!

Zik · Jul 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Semua Calon Sedang KALUT!
Serius ramai yang mencari rujukan untuk exam sesi 2019 ini. Anda bertuah sebab dipanggil oleh pihak NEGERI TERENGGANU untuk exam ini. Exam PEGAWAI TADBIR N41 dan sesi ini adalah untuk ambilan khas Negeri TERENGGANU.

Biasanya kerajaan negeri melakukan panggilan terus temuduga. Tetapi untuk kali ini (jarang berlaku), pihak negeri memanggil calon-calon untuk peperiksaan. Untuk sesi 2018 yang lalu peperiksaan melalui ONLINE, tetapi untuk sesi 2019, terus dipanggil ke sesi peperiksaan di dewan (OFFLINE).

Untuk rekod exam OFFLINE terakhir untuk jawatan ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Untuk Sesi 2019 ini kami jangkakan formatnya sama seperti negeri Pulau Pinang. Jika berbeza pun, penilaian ambilan masih dalam skop yang sama.

Mengikut rekod, diifahamkan ada beberapa sesi yang akan berlangsung 2018/19 ini ambilan terus oleh kerajaan negeri. Sebelum ini yang dah lepas adalah negeri Sarawak dan Pulau Pinang. Peperiksaan yang sama diuruskan oleh pihak SPA Pusat untuk ambilan kerajaan negeri.

Tapisan akan dilakukan dalam pelbagai peringkat sebelum anda boleh menjawat jawatan yang ditawarkan iaitu Pegawai Tadbir N41 sesi ambilan 2019. Anda kena LULUS ujian ini. Mungkin kali ini rezeki anda. Di sebalik ramai calon yang memohon, anda terpilih untuk dipanggil ke sesi exam 2019 ini.

FAKTA !!

Hampir 90 peratus yang ambil exam ini tidak lulus, sebabnya takda ambil inisiatif untuk lulus. Study last minit. Semua pergi google, tak pasti semua yang diceduk adalah betul ke salah?? tak tahu format peperiksaan macam mana? masa exam tak cukup masa sebab blur.

Tapi jangan gembira dulu, sebab sebenarnya anda baru melalui FASA #1. Tapisan peperiksaan. Masih ada 2 FASA lagi sebelum anda boleh menjawat jawatan kerajaan di Terengganu ini.

TIM INFOKERJAYA, ada Rekod bantu lebih 80,000 orang calon sejak tahun 2009/10. Sejak tahun 2008, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 86,000 orang graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda.
Satu perkara yang anda kena sedar, anda bakal bersaing dengan ramai calon lain untuk merebut jawatan PEGAWAI TADBIR N41 ini. Apa yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapi PEPERIKSAAN ini. Anda sampai ke sini pastinya kerana anda sedang melakukan persediaan untuk berjaya nantikan?.

[Read more…] about Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu 2019 !!

Share this on WhatsApp

Live streaming jdt vs Terengganu liga super 19 julai 2019.

Zik · Jul 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan terakhir dalam kejohanan liga super hari ini 19 julai 2019. Hari ini barangkali ada main bunga api. Tidak kira apa keputusan perlawanan liga super jdt vs terengganu, jdt tetap menjulang piala liga super untuk kali ke 6 berturut-turut.

Perlawanan yang lepas, jdt tersentak apabila tewas mengejut dengan pasukan Petaling Jaya fc 0-1 di stadium tempat yang sama , Larkin. Lebih memilukan apabila ini pertama kali tewas di tempat sendiri sepanjang 75 perlawanan rekod tanpa kalah akhirnya lebur.  Selain itu juga, kekalahan yang pertama dalam liga super musim ini. Musim lepas pun ada tewas juga dengan kuala lumpur city boys.

JDT yang menduduki tangga pertama dilihat tiada cabaran yang harus dihadapi buat pasukan jdt bertemu dengan Terengganu malam ini.

Beberapa laluan di Johor tutup sementara.

LALUAN PERARAKAN BAS DARI STADIUM LARKIN KE DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Bagi meraikan kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut yang diadakan pada 19hb Julai 2019 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, para pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan JDT akan diarak dengan menaiki bas khas dan akan melalui laluan berikut iaitu;

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos – Bomba Larkin – JPJ Lama – Jalan Tun Abdul Razak – City Square/JBCC – U-turn ke Jalan Wong Ah Fook – Tropical Inn – Jalan Trus – U-turn Jalan Ibrahim – Lebuhraya Sultan Iskandar – Hospital Sultanah Aminah – U turn berhadapan Gerbang Mahkota – Terus ke Dataran Bandaraya (melalui tepi laut) – KFC – Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Para penyokong dipersilakan hadir beramai-ramai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan bersama-sama majlis sambutan ini.

MENGAPA STADIUM LARKIN DAN DATARAN BANDARAYA JB ADALAH TEMPAT YANG PERLU ANDA BERADA PADA 19 JULAI

1. Ini merupakan perlawanan Liga Super TERAKHIR SEKALI di Larkin kerana selepas ini JDT akan bermain di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim.

2. JDT akan menjulang piala Liga Super Malaysia untuk kali keenam di Larkin, rekod ‘double hat-trick‘ yang luar biasa.

3. Persembahan KEJUTAN ISTIMEWA elektronik serba canggih yang akan mengagumkan mereka yang hadir.

4. Pertunjukan BUNGA API, persembahan LAMPU dan pertunjukan LASER memukau yang akan menerangi ruang angkasa Johor Bahru yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

5. Persembahan istimewa oleh selebriti antarabangsa BOW WOW dan selebriti tempatan kelas-A seperti Joe Flizzow, Amy Search, K-Clique dan Amelia Henderson.

6. JDT akan menerima anugerah ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ untuk kejuaraan Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut.

7. Karnival yang meriah dengan persembahan ‘buskers’, ‘football freestylers’ dan pelbagai hadiah CABUTAN BERTUAH yang boleh dimenangi bermula petang.

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim akan menentang Terengganu FC pada jam 9.00 malam dan kemudian menerima trofi Liga Super Malaysia keenam dalam sejarah di Larkin.

ENAM PERKARA YANG MENYEBABKAN PENYOKONG WAJIB HADIR PADA 19 JULAI 2019

Akhirnya, Liga Super Malaysia 2019 bakal melabuhkan tirai. Kesemua pasukan dan kelab yang bertanding telah melalui 21 perlawanan sebelum menamatkan perlawanan terakhir pada minggu ini.

Umum mengetahui, pada tahun ini Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi berjaya mencatat sejarah yang tersendiri apabila merangkul kejuaraan kali keenam berturut-turut. Paling membanggakan, kejayaan ini telah tercatat dalam sejarah bola sepak tanah air secara visual apabila menerima pengiktirafan melalui anugerah ‘Malaysia Book Of Records’.

Berikut enam perkara menarik bakal berlaku pada detik ketika dan selepas perlawanan terakhir Harimau Selatan yang akan berlangsung kelak.

1. PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER MALAYSIA DI STADIUM LARKIN

Pada tarikh 19 Julai 2019, bakal tersemat sebuah kenangan manis, apabila Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin akan melalui perlawanan terakhir sebagai gelanggang rasmi JDT di persaingan Liga Super Malaysia. Pada musim hadapan, Harimau Selatan akan bermigrasi ke stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti dianggarkan sebanyak 40,000 tempat duduk.

Stadium yang berkeluasan 14 hektar tersebut memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran yang berkelas dunia.

2. LARKIN SAKSI JDT MENJULANG PIALA LIGA SUPER MALAYSIA BUAT KALI KEENAM

Kali pertama JDT menjulang piala berprestij ini adalah pada tahun 2014. Imbas kembali, persaingan sengit telah berlaku di antara JDT dan Selangor. Ketika itu penentuan siapa juara hanya diketahui pada perlawanan terakhir Liga Super Malaysia.

Setelah sah dinobatkan sebagai juara Liga Super Malaysia 2014 buat julung kalinya, satu sambutan telah diadakan di Stadium Larkin. Selepas itu, Stadium keramat ini telah menjadi saksi kejuaraan demi kejuaraan yang berjaya digapai oleh skuad Harimau Selatan.

3. PERARAKAN MENJULANG PIALA LIGA

Sebagai menghargai sokongan tanpa berpenghujung penyokong Harimau Selatan, penyokong akan diraikan secara berganda. JDT akan menerima piala idaman serta igauan semua pasukan dan kelab dalam Malaysia selepas perlawanan menentang Terengganu FC.

Setelah itu keseluruhan barisan jurulatih dan pemain Harimau Selatan akan dibawa berarak mengelilingi Bandaraya sebelum meraikan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

4. PERTUNJUKAN BUNGA API TERBESAR

Satu pertunjukan bunga api telah diaturkan khas untuk meraikan sambutan keunggulan Harimau Selatan dalam sejarah bola sepak negeri Johor dan tanah air secara amnya.

Pertunjukan bunga api secara besar-besaran ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta pengurusan JDT kepada kesemua penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kelab kebanggaan Bangsa Johor ini.

5. PERSEMBAHAN ARTIS ANTARABANGSA DAN TANAH AIR

Barisan kejurulatihan, pemain serta penyokong akan dihidangkan dengan persembahan artis-artis yang diundang khas untuk bersama meraikan kejayaan JDT. Antara artis yang diundang antaranya kumpulan ‘Hip Hop’ berpengkalan di Kota Kinabalu yang sedang meningkat naik iaitu K-Clique yang dibarisi oleh Noki, Somean, Gnello, Tuju, Fareedpf dan MK.

American rapper Lil’ Bow Wow juga dijadualkan akan tampil untuk membuat persembahan pada malam tersebut disamping beberapa lagi artis popular tanah air.

6. KEJUTAN BUAT PENYOKONG HARIMAU SELATAN

Pada malam tersebut juga, satu kejutan juga akan diberikan untuk penyokong-penyokong yang hadir ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Satu gimik kejutan istimewa yang dinamik akan dipersembahkan. Satu kejutan yang julung-julung kalinya dikurniakan kepada semua ranting Keluarga JDT.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. Kita raikan bersama kerana piala Liga Super Malaysia masih lagi milik hakiki Harimau Selatan.

Akhir kata, rasionalnya tanda aras dan kejayaan JDT dapat dicapai pada musim ini kerana wujudnya barisan kejurulatihan dan para pemain yang sentiasa bekerja keras, sentiasa mahu belajar dari kegagalan, penyokong yang sentiasa berdiri di waktu susah atau senang dan tidak lupa juga ‘The One and Only’ DYAM Tunku Mahkota Johor.

Pasukan Harimau Selatan kemudiannya akan berarak bersama trofi di sekitar Johor Bahru dan akan mengadakan majlis sambutan kejuaraan Liga Super 2019 di Dataran Bandaraya JB. Sambutan ini akan menjadi sambutan yang terbaik pernah ditampilkan dari Harimau Selatan dengan pelbagai acara sudah dirancang bermula jam 3.00 petang nanti  tunggu.

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 887
  • Page 888
  • Page 889
  • Page 890
  • Page 891
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.