Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Live streaming jdt vs Terengganu liga super 19 julai 2019.

Zik · Jul 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan terakhir dalam kejohanan liga super hari ini 19 julai 2019. Hari ini barangkali ada main bunga api. Tidak kira apa keputusan perlawanan liga super jdt vs terengganu, jdt tetap menjulang piala liga super untuk kali ke 6 berturut-turut.

Perlawanan yang lepas, jdt tersentak apabila tewas mengejut dengan pasukan Petaling Jaya fc 0-1 di stadium tempat yang sama , Larkin. Lebih memilukan apabila ini pertama kali tewas di tempat sendiri sepanjang 75 perlawanan rekod tanpa kalah akhirnya lebur.  Selain itu juga, kekalahan yang pertama dalam liga super musim ini. Musim lepas pun ada tewas juga dengan kuala lumpur city boys.

JDT yang menduduki tangga pertama dilihat tiada cabaran yang harus dihadapi buat pasukan jdt bertemu dengan Terengganu malam ini.

Beberapa laluan di Johor tutup sementara.

LALUAN PERARAKAN BAS DARI STADIUM LARKIN KE DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Bagi meraikan kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut yang diadakan pada 19hb Julai 2019 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, para pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan JDT akan diarak dengan menaiki bas khas dan akan melalui laluan berikut iaitu;

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos – Bomba Larkin – JPJ Lama – Jalan Tun Abdul Razak – City Square/JBCC – U-turn ke Jalan Wong Ah Fook – Tropical Inn – Jalan Trus – U-turn Jalan Ibrahim – Lebuhraya Sultan Iskandar – Hospital Sultanah Aminah – U turn berhadapan Gerbang Mahkota – Terus ke Dataran Bandaraya (melalui tepi laut) – KFC – Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Para penyokong dipersilakan hadir beramai-ramai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan bersama-sama majlis sambutan ini.

MENGAPA STADIUM LARKIN DAN DATARAN BANDARAYA JB ADALAH TEMPAT YANG PERLU ANDA BERADA PADA 19 JULAI

1. Ini merupakan perlawanan Liga Super TERAKHIR SEKALI di Larkin kerana selepas ini JDT akan bermain di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim.

2. JDT akan menjulang piala Liga Super Malaysia untuk kali keenam di Larkin, rekod ‘double hat-trick‘ yang luar biasa.

3. Persembahan KEJUTAN ISTIMEWA elektronik serba canggih yang akan mengagumkan mereka yang hadir.

4. Pertunjukan BUNGA API, persembahan LAMPU dan pertunjukan LASER memukau yang akan menerangi ruang angkasa Johor Bahru yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

5. Persembahan istimewa oleh selebriti antarabangsa BOW WOW dan selebriti tempatan kelas-A seperti Joe Flizzow, Amy Search, K-Clique dan Amelia Henderson.

6. JDT akan menerima anugerah ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ untuk kejuaraan Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut.

7. Karnival yang meriah dengan persembahan ‘buskers’, ‘football freestylers’ dan pelbagai hadiah CABUTAN BERTUAH yang boleh dimenangi bermula petang.

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim akan menentang Terengganu FC pada jam 9.00 malam dan kemudian menerima trofi Liga Super Malaysia keenam dalam sejarah di Larkin.

ENAM PERKARA YANG MENYEBABKAN PENYOKONG WAJIB HADIR PADA 19 JULAI 2019

Akhirnya, Liga Super Malaysia 2019 bakal melabuhkan tirai. Kesemua pasukan dan kelab yang bertanding telah melalui 21 perlawanan sebelum menamatkan perlawanan terakhir pada minggu ini.

Umum mengetahui, pada tahun ini Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi berjaya mencatat sejarah yang tersendiri apabila merangkul kejuaraan kali keenam berturut-turut. Paling membanggakan, kejayaan ini telah tercatat dalam sejarah bola sepak tanah air secara visual apabila menerima pengiktirafan melalui anugerah ‘Malaysia Book Of Records’.

Berikut enam perkara menarik bakal berlaku pada detik ketika dan selepas perlawanan terakhir Harimau Selatan yang akan berlangsung kelak.

1. PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER MALAYSIA DI STADIUM LARKIN

Pada tarikh 19 Julai 2019, bakal tersemat sebuah kenangan manis, apabila Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin akan melalui perlawanan terakhir sebagai gelanggang rasmi JDT di persaingan Liga Super Malaysia. Pada musim hadapan, Harimau Selatan akan bermigrasi ke stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti dianggarkan sebanyak 40,000 tempat duduk.

Stadium yang berkeluasan 14 hektar tersebut memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran yang berkelas dunia.

2. LARKIN SAKSI JDT MENJULANG PIALA LIGA SUPER MALAYSIA BUAT KALI KEENAM

Kali pertama JDT menjulang piala berprestij ini adalah pada tahun 2014. Imbas kembali, persaingan sengit telah berlaku di antara JDT dan Selangor. Ketika itu penentuan siapa juara hanya diketahui pada perlawanan terakhir Liga Super Malaysia.

Setelah sah dinobatkan sebagai juara Liga Super Malaysia 2014 buat julung kalinya, satu sambutan telah diadakan di Stadium Larkin. Selepas itu, Stadium keramat ini telah menjadi saksi kejuaraan demi kejuaraan yang berjaya digapai oleh skuad Harimau Selatan.

3. PERARAKAN MENJULANG PIALA LIGA

Sebagai menghargai sokongan tanpa berpenghujung penyokong Harimau Selatan, penyokong akan diraikan secara berganda. JDT akan menerima piala idaman serta igauan semua pasukan dan kelab dalam Malaysia selepas perlawanan menentang Terengganu FC.

Setelah itu keseluruhan barisan jurulatih dan pemain Harimau Selatan akan dibawa berarak mengelilingi Bandaraya sebelum meraikan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

4. PERTUNJUKAN BUNGA API TERBESAR

Satu pertunjukan bunga api telah diaturkan khas untuk meraikan sambutan keunggulan Harimau Selatan dalam sejarah bola sepak negeri Johor dan tanah air secara amnya.

Pertunjukan bunga api secara besar-besaran ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta pengurusan JDT kepada kesemua penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kelab kebanggaan Bangsa Johor ini.

5. PERSEMBAHAN ARTIS ANTARABANGSA DAN TANAH AIR

Barisan kejurulatihan, pemain serta penyokong akan dihidangkan dengan persembahan artis-artis yang diundang khas untuk bersama meraikan kejayaan JDT. Antara artis yang diundang antaranya kumpulan ‘Hip Hop’ berpengkalan di Kota Kinabalu yang sedang meningkat naik iaitu K-Clique yang dibarisi oleh Noki, Somean, Gnello, Tuju, Fareedpf dan MK.

American rapper Lil’ Bow Wow juga dijadualkan akan tampil untuk membuat persembahan pada malam tersebut disamping beberapa lagi artis popular tanah air.

6. KEJUTAN BUAT PENYOKONG HARIMAU SELATAN

Pada malam tersebut juga, satu kejutan juga akan diberikan untuk penyokong-penyokong yang hadir ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Satu gimik kejutan istimewa yang dinamik akan dipersembahkan. Satu kejutan yang julung-julung kalinya dikurniakan kepada semua ranting Keluarga JDT.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. Kita raikan bersama kerana piala Liga Super Malaysia masih lagi milik hakiki Harimau Selatan.

Akhir kata, rasionalnya tanda aras dan kejayaan JDT dapat dicapai pada musim ini kerana wujudnya barisan kejurulatihan dan para pemain yang sentiasa bekerja keras, sentiasa mahu belajar dari kegagalan, penyokong yang sentiasa berdiri di waktu susah atau senang dan tidak lupa juga ‘The One and Only’ DYAM Tunku Mahkota Johor.

Pasukan Harimau Selatan kemudiannya akan berarak bersama trofi di sekitar Johor Bahru dan akan mengadakan majlis sambutan kejuaraan Liga Super 2019 di Dataran Bandaraya JB. Sambutan ini akan menjadi sambutan yang terbaik pernah ditampilkan dari Harimau Selatan dengan pelbagai acara sudah dirancang bermula jam 3.00 petang nanti  tunggu.

Share this on WhatsApp

Keputusan undian Kelayakkan piala dunia 2022 pusingan 2 , Malaysia kumpulan G

Zik · Jul 18, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau malaya, harimau,

Semalam 17 julai, baru sahaja selesai majlis undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 bertempat di AFC House, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

POT G4 iaitu terdiri dari pasukan dari negara Malaysia,Turkmenistan, Myanmar, Hong Kong, Yemen, Afghanistan, Maldives dan Kuwait.

Setelah undian, malaysia berada di KUMPULAN:

MALAYSIA KUMPULAN G, (KUMPULAN MAUT!). 

Malaysia yang berjaya memecah masuk ke balang undian ke-4 selepas berjaya mengutip mata FIFA Ranking yang baik sebelum ini telah diundi berada dalam kumpulan G bersama-sama UAE, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ibarat berada dalam Piala AFF Suzuki berani aku katakan pertemuan dalam kumpulan G ini, kecuali pasukan UAE yang dilihat mungkin malaysia boleh memberi cabaran.

keputusan undian piala dunia pusingan 2 2022, malaysia kumpulan g pusingan kedua piala dunia 2022, malaysia di kumpulan mana pusingan kedua piala dunia 2022,

Keputusan penuh undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 adalah seperti berikut:

Kumpulan A

  1. China
  2. Syria
  3. Filipina
  4. Maldives
  5. Guam

Kumpulan B

  • Australia
  • Jordan
  • Chinese Taipei
  • Kuwait
  • Nepal

Kumpulan C

  • Iran
  • Iraq
  • Bahrain
  • Hong Kong
  • Kemboja

Kumpulan D

  • Arab Saudi
  • Uzbekistan
  • Palestin
  • Yemen
  • Singapura

Kumpulan E

  • Bangladesh
  • Oman
  • India
  • Afganistan
  • Qatar

Kumpulan F

  • Japan
  • Kyrgyzstan
  • Tajikistan
  • Myanmar
  • Mongolia

Kumpulan G

  • UAE
  • Vietnam
  • Thailand
  • Malaysia
  • Indonesia

Kumpulan H

  • Korea Selatan
  • Lebanon
  • DPR Korea
  • Turkmenistan
  • Sri Lanka

Yang mungkin pasukan malaysia agak sukar untuk atasi barangkali ialah dari pasukan Vietnam, Thailand, UAE. Tiga pasukan ini boleh dikatakan terkuat asia tenggara.

Dalam kumpulan G, Malaysia berada diposisi G4, dan perlawanan pertama bagi pusingan ke-2 akan bermula pada 5 September 2019. Berikut adalah jadual perlawanan untuk pasukan malaysia. Save jadual ini ok!!

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKKAN PIALA DUNIA , MALAYSIA.

Perlawanan 1 [ INDONESIA VS MALAYSIA]5 September 2019
Perlawanan 2 [MALAYSIA VS UAE]10 September 2019
Perlawanan 3 [VIETNAM VS MALAYSIA]10 October 2019
Perlawanan 4 [ MALAYSIA TAKDA LAWAN]15 October 2019
Perlawanan 5 [ MALAYSIA VS THAILAND]14 November 2019
Perlawanan 6 [MALAYSIA VS INDONESIA]19 November 2019
Perlawanan 7 [ UAE VS MALAYSIA]26 March 2020
Perlawanan 8 [MALAYSIA VS VIETNAM ]31 March 2020
Perlawanan 9 [MALAYSIA TAKDA LAWAN]4 June 2020
Perlawanan 10 [THAILAND VS MALAYSIA]9 June 2020

jadual piala dunia peringkat  2 2022.

 

 

Apa kata jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe?

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui tiada jalan mudah buat skuad Harimau Malaya pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, bermula September ini.

Diundi bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam Kumpulan G, Cheng Hoe menegaskan Malaysia sekurang-kurangnya perlu muncul antara empat pasukan naib juara terbaik untuk mara ke pusingan ketiga, sekali gus layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Cheng Hoe berkata persediaan rapi serta fokus yang tinggi daripada pemain adalah dua elemen yang berupaya merealisasikan impian tersebut.

“Kita tidak boleh hanya bercakap nak terus layak ke pusingan ketiga, dan menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua. Kita perlu faham jika mahu muncul naib juara, pasukan perlu dapatkan keputusan yang terbaik. Jadi kita kena buat persediaan terbaik dan fokus setiap perlawanan.

“Ia (kumpulan) bukan mudah…kemungkinan besar negara-negara itu turut gembira dengan keputusan undian ini. Kita tahu UAE pasukan terbaik serta terkuat dan bila bercakap pasal Piala Dunia, semua jurulatih ingin dapatkan setiap keputusan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas tamat Majlis Undian Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, Cheng Hoe mengakui tidak menjangka keputusan undian tersebut dan menyifatkan perlawanan sulung Kumpulan G, berhadapan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 Sept depan adalah aksi yang mustahak.

“Memang satu kejutan kerana tidak jangka empat negara ASEAN berada dalam kumpulan sama. Ia seakan kejohanan mini Piala AFF, dan apa yang penting saya mahukan pemain bersedia menghadapi perlawanan pertama menentang Indonesia.

“Semua maklum bukan senang bermain di sana terutama di Stadium Gelora Bung Karno…mungkin sejarah dan situasi (provakasi penyokong tuan rumah) akan berulang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata skuad kebangsaan perlu menggunakan peluang keemasan ini untuk layak ke Piala Asia 2023, namun mengakui setiap pasukan mempunyai peluang seimbang.

“Saya rasa kita ada peluang…tuah undian memihak kepada kita dan sekarang hanya mengharapkan persembahan atas padang sahaja. Semua pasukan ingin menang dan peluang itu seimbang,” katanya.

– Bernama

Share this on WhatsApp

Live streaming pahang vs felda united 17.7.2019

Zik · Jul 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan liga super hari ini 17 julai di stadium darul makmur kuantan pahang. Pahang vs Felda united. Pasukan pahang ditempat kedua , agak sukar untuk pasukan kedah dan selangor merampas keududkan ini . Namun sekiranya tewas perlawanan ini mungkin boleh jatuh , namun pasukan Pahang sudah bersedia untuk menghadapi pasukan felda united malam ini. Semalam kita dikejutkan dengan kekalahan pasukan jdt 0-1 di tempat sendiri.

Bagaimana pula pasukan pahang malam ini bertemu dengan pasukan kedua tercorot liga super, felda united. Biarpun agak tertekan kerana mahu keluar dari zon penyingkiran , felda united mahu menewaskan pasukan pahang malam ini untuk keluar dari zon ini. Mampukah??

LIVE STREAMING PAHANG VS FELDA UNITED 17.7.2019.  [Read more…] about Live streaming pahang vs felda united 17.7.2019

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 885
  • Page 886
  • Page 887
  • Page 888
  • Page 889
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.