Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Info tiket Malaysia vs Jordan 30.8.2019 (persahabatan)

Zik · Aug 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia vs jordan,

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan tiket membabitkan pertemuan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia dan Jordan akan dijual secara online keseluruhannya.

Nampaknya, FAM tidak menunggu lama untuk merealisasikan penjualan tiket 100% secara online selepasbadan induk bola sepak dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah menandatangani satu perjanjian bersama pada pertengahan ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang berita mengenai satu lagi perlaksanaan yang mereka mahu lakukan iaitu berkenaan penjualan tiket mengikut nombor tempat duduk menjelang pertemuan persahabatan yang akan berlangsung pada jumaat ini. Itu mungkin masih ambil masa untuk buat sistem no tuh. Kerjasama dengan tony fernandes katanya tak berapa pasti lagi tuh ha.

Beli terus ke tickethotline.com.my 

Untuk makluman, kesemua tiket-tiket tersebut telah mula dijual di laman sesawang, Ticket Hotline bermula semalam sehingga hari khamis, jam 11.59 malam. Sehubungan dengan itu, pihak FAM turut menetapkan harga tiket kepada tiga kategori, iaitu; [Read more…] about Info tiket Malaysia vs Jordan 30.8.2019 (persahabatan)

Share this on WhatsApp

Live streaming kelantan vs sarawak challenge cup 27.8.2019

Zik · Aug 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala cabaran, challenge cup 2018,

Perlawanan piala cabaran hari ini diantara pasukan kelantan vs sarawak 27 ogos 2019.

Kelantan vs SARAWAK Live Streaming, Saksikan siarang langsung saingan peringkat kumpulan Challenge Cup ( Piala Cabaran ) 2019 diantara kelantan fa menentang sarawak fa pada malam ini. [Read more…] about Live streaming kelantan vs sarawak challenge cup 27.8.2019

Share this on WhatsApp

Live streaming Malaysia vs Jordan Persahabatan 30 ogos 2019

Zik · Aug 27, 2019 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs jordan,

Perlawanan persahabatan sebelum kita akan berlepas ke indonesia pada bulan september (6 haribulan) nanti bukan mudah untuk bertemu dengan pasukan Jordan ranking yang lebih baik. Pasukan arab timur ini pastinya membuat persiapan piala dunia 2022 qatar nanti mahu berada dalam keadaan yang baik.

Perlawanan kali ini bertempat di stadium bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Harimau Malaya akan melayan kunjungan Jordan pada aksi persahabatan yang dijangka berlangsung di ibu negara pada 30 Ogos ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sepatutnya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan, tetapi ia terpaksa dibatalkan susulan kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan sama pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebagai ganti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapatkan Jordan untuk dijadikan sebagai pemain pemanas badan sebelum Harimau Malaya membuka tirai kempen kelayakan berdepan Indonesia di gelanggang lawan, 5 September ini.

Mampukah skuad Tan Cheng Ho melakar sesuatu dalam perlawanan penting ini bertemu dengan pasukan jordan? Persediaan ini penting dari mental dan fizikal kita pun tak pasti bagaimana perlawanan di indonesia lagi seminggu dua sahaja lagi.

Selain mahukan point untuk perbaiki ranking perlawanan dalam perlawanan persahabatan ini. Kita pun nak tahu sejauh mana senarai pemain yang telah dipanggil oleh Tan Cheng ho kali ini.

27 pemain yang dipanggil untuk kebangsaan skuad kali ini.

SENARAI 27 PEMAIN DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA

Penjaga gol
1. Farizal Marlias (JDT)
2. Hafizul Hakim (Perak)
3. Ifwat Akmal (Kedah)

Pertahanan
1. Adam nor (JDT)
2. Corbin Ong (JDT)
3. Shahrul Saad (Perak)
4. Nazirul Naim (Perak)
5. Matt Davies (Pahang)
6. Syahmi Safari (Selangor)
7. Irfan Zakaria (K. Lumpur)
8. Dominic Toretto (Police)

Tengah
1. Syamer Kutty (JDT)
2. Brendan Gan (Perak)
3. Azam Azih (Pahang)
4. Faiz Nasir (Selangor)
5. Akram Mahinan (PKNS FC)
6. Daniel Amier (FELDA Utd)

Sayap
1. Safawi Rasid (JDT)
2. Akhyar Rashid (JDT)
3. J. Partiban (Perak)
4. Mohamadou Sumareh (Pahang)
5. Hadin Azman (FELDA Utd)

Penyerang
1. Syafiq Ahmad (JDT)
2. Hazwan Bakri (JDT)
3. Shahrel Fikri (Perak)
4. Norshahrul Idlan (Pahang)
5. Jafri Firdaus Chew (PKNS FC)

Skuad Harimau Malaya akan kembali turun dalam perlawanan antarabangsa menentang pasukan Jordan yang kini berada di ranking 99 dunia pada Jumaat 30 Ogos nanti. Kedua-dua pasukan dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia selepas perlawanan persahabatan ini.

REKOD perlawanan harimau malaysia dan jordan. 

Skuad Malaysia berjaya mencatatkan 3 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir, manakala Jordan hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir mereka pada tahun 2019.

Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan 27 pemain terbaik yang bakal menerajui permainan Harimau Malaya untuk turun menentang Jordan nanti. Safawi Rashid, Norshahrul Idlan dan Mohamadou Sumareh dijangka menjadi tulang belakang serangan Malaysia untuk menghadapi Jordan.

Jordan pula bakal turun dengan penyerang prolifik mereka Hamza Al-Dardour yang telah menjaringkan 27 gol sepanjang penampilan bersama pasukan kebangsaan Jordan. 17 pemain daripada pasukan Jordan bermain di Piala Asia 2019.

Ujian terbaik untuk skuad Harimau Malaya.

Mampukah Malaysia mencatatkan keputusan yang baik dalam perlawanan ini sebagai pelonjak semangat menghadapi Indonesia pula pada 5 September nanti? Bersama kita nantikan.

Ayuh semarakkan sokongan kepada pasukan Malaysia!

ekor harimau malaya pun sudah bersedia untuk menggempur sempena perlawanan kali ini dan juga harapnya ini hadiah sempena hari kemerdekaan kita yang ke 62 kalau tak silap.

Satu Penyokong, Satu Bendera!

Bagi memeriahkan lagi perlawanan dalam aksi persahabatan Malaysia vs Jordan, mari kita warnakan rumah kita dengan bendera Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

Kita pakat ramai-ramai bawak sorang satu! Demi dan untuk negaraku. Bersama selamanya!

p/s : Dah boleh pi cari bendera Jalur Gemilang kat Tong Hup sana.

JANGAN LUPA :
MALAYSIA VS JORDAN
MASA : 8:45 PM
TARIKH 30 OGOS 2019
LOKASI : STADIUM BUKIT JALIL.
Info tiket perlawanan :

Harga tiket: RM20 (terbuka), RM40 (grandstand) & RM5 (kanak-kanak).

Tiket boleh dibeli secara online:

tickethotline.com.my

Jualan Online Tutup:
KHAMIS, 29.08.2019 I 11.59pm

*Pembeli akan menerima dua emel dari Tickethotline;
1. Emel pertama ialah resit pembelian mengesahkan pembelian berjaya.
2. Emel kedua ialah E-ticket yang mengandungi butiran tiket, pintu masuk dan tempat duduk. E-Ticket akan dihantar ke emel pembeli dalam masa satu hari bekerja.

*Tidak perlu tebus tiket. Imbas E-Ticket anda di pintu masuk yang telah ditetapkan pada E-Ticket anda.

* Sekiranya anda tidak mendapat E-Ticket, sila hantarkan butiran berikut ke sales@tickethotline.com.my untuk semakan lanjut.
Nama:
No. I.C:
Email:
Telefon:

Nantikannya live streaming kita akan update pada hari jumaat nanti ok tunggu!!!

 

 

Live lain

https://www.youtube.com/watch?v=uoWVDc-WR24

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 843
  • Page 844
  • Page 845
  • Page 846
  • Page 847
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.