Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Keputusan EFL cup 26.9.2019

Zik · Sep 26, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

EFL cup

Keputusan penuh perlawanan kempen piala Carabou Cup (EFL CUP ) yang berlangsung pada awal pagi tadi 26.9.2019.  Aku tak tengok game nih. Surrender awal-awal.

 

SEPTEMBER 26 2019
FT Brighton & Hove Albion 1 – 3 Aston Villa
FT Burton Albion 2 – 0 AFC Bournemouth
FT Chelsea 7 – 1 Grimsby Town
FT Milton Keynes Dons 0 – 2 Liverpool
FT Oxford United 4 – 0 West Ham United
FT Sheffield United 0 – 1 Sunderland
AP Wolverhampton Wanderers * 1 – 1 Reading (Penalty 4-2)
AP Manchester United * 1 – 1 Rochdale (Penalty 5-3)

 

Chelsea menang besar 7-1 keatas pasukan Grimsby Town. Liverpool pun mara , 2-0 ketas MK Dons. Manakala pasukan the red devil terpaksa berhempas pulas mara dengan kemenangan melalui penentuan penalti setelah terikat 1-1 hingga masa tambahan.

Sekian dari meja sukan.

Share this on WhatsApp

PKNP tumbang di laman sendiri 1-2 keatas KEDAH 25.9.2019

Zik · Sep 26, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Penjaga gol PKNP FC, Shafiq Afifi Suhaimi (kanan) berjaya menghalang percubaan pemain Kedah, Jonathan Bauman (dua dari kiri) pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. – NSTP/Effendy Rashid
Pemain Kedah, Jonathan Bauman (tengah) cuba melepasi pemain PKNP FC pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. – NSTP/Effendy Rashid

MANJUNG: PKNP FC gagal meraih kemenangan di gelanggang sendiri apabila tewas 2-1 kepada Kedah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.

Di awal permainan, kedua-dua pasukan tampil garang mengasak benteng pertahanan lawan masing-masing dengan beberapa percubaan.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi rembatan padu Yashir Pinto selepas menerima hantaran Mukhairi Ajmal yang menewaskan penjaga gol kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Aidil Sharin Sahak memperkemaskan permainan, namun beberapa cubaan pemainnya gagal menemui penyudah apabila berjaya dinafikan penjaga gol PKNP Shafiq Afifi Suhaimi.

Bermula babak kedua, kegembiraan anak buah Abu Bakar Fadzim tidak bertahan lama apabila skuad Lang Merah menyamakan kedudukan menerusi sepakan Fernando Rodriguez hasil hantaran Jonatan Bauman pada minit ke-48.

Pasukan pelawat terus menambah derita tuan rumah menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar yang ditanduk David Rowley berjaya menerjah gawang PKNP pada minit ke-73.

Kedua-dua pasukan terus bernafsu mencari gol namun gagal diterjemahkan kepada jaringan dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan

Share this on WhatsApp

OST DRAMA RUMAH SITI KHADIJAH (Jiwa dan Raga)

Zik · Sep 25, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

siti khadijah

Jiwa dan Raga Nyanyian oleh Tiya Banks. Merupakan lagu ost Rumah Siti Khadijah yang bersiaran hari selasa hingga khamis jam 10 malam. Drama ini masih bersiaran ketika ini.

 

Tasbih rindu berkelip meredah mimpi

Ku sangka ada syurga menanti

Cinta syahdu Di situ di tunggu di nanti tiada jemu

Kau hancur punah mimpiku seperti kaca [Read more…] about OST DRAMA RUMAH SITI KHADIJAH (Jiwa dan Raga)

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 814
  • Page 815
  • Page 816
  • Page 817
  • Page 818
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.