Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Final Mentor Final 2019

Zik · Dec 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mentor millenia,

Penentuan siapakah yang akan bergelar juara dalam mentor millenia 2019 akan terjawab pada malam ini. Bukan hadiah yang dicari atau kemenangan yang dicari sebenarnya. Ia berkaitan dengan survival peserta semua ini selepasa mentor , semua peserta akan membawa haluan masing-masing. Tak semua protege yang bergelar juara akan bergelar anak seni dan terus bertahan dalam dunia seni yang semakin mencabar sekarang ini. Kalau tak kerana kontroversi , atau kerana bakat itu sendiri sahaja yang akan menaikkan mereka ke dalam dunia ini.

Konsert separuh akhir itu menyaksikan empat protoge iaitu Aedy Kama, Daus Husny, Apex Tajudin dan Rika Riana berentap di pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Mereka masing-masing protege kepada mentor Black Hanifah, Ernie Zakri, Hazama dan Stacy Anam.

Minggu terakhir, finalis perlu melakukan dua persembahan iaitu solo dan duet bersama mentor mereka.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi. Pemenang juga berpeluang menghasilkan lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama tanah air lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Selain itu, pemenang akan diberi waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah mereka sepanjang menjayakan Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Program Mentor Milenia 2019 diacarakan Shuk Sahar dan Elly Mazlein serta diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.

Juri Mentor Milenia 2019 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet tidak menyangka dengan pengumuman protege mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Empat protege yang terpilih iaitu  Aedy Kama, Daus Husny, Apex Tajudin dan Rika Riana berentap di pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Ketika sidang media, Syafinaz dan Altimet sepakat menyebut protege untuk Mentor Hazama, Arayn Malek sepatutnya menjadi salah satu peserta yang layak ke peringkat akhir.

Walaubagaimanapun, kedua-dua juri terpaksa akur formula pengiraan markah persembahan peserta iaitu 60 peratus dari juri, manakala baki 40 peratus ditentukan undian awam.

Dalam sisi lain, nampaknya ramalan penonton bahawa 5 orang protege mewakili setiap Mentor ke peringkat akhir tidak menjadi kenyataan. Akim terpaksa melepaskan protege terakhirnya iaitu Sharee Lopes.

Menurut Penerbit Eksekutif Mentor Milenia 2019, Muhamad Sufian Isa menjelaskan sejak awal lagi pihak produksi sudah menetapkan hanya empat protege layak mara ke peringkat akhir walaupun ada lima mentor.

“Konsep Mentor adalah untuk memberikan tempat kepada para protege yang terbaik untuk peringkat akhir, tidak kira siapa mentor mereka. Pemilihan empat yang terbaik dibuat melalui juri dan juga undian awam, dan memang untuk tahun ini kami mengambil keputusan untuk mengambil empat finalis disebabkan beberapa faktor seperti durasi.

“Jika kami ambil seorang protege dari setiap mentor, ia seolah-olah kami sudah rancang pertandingan ini dan akan timbul perasaan tidak puas hati,” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.

“Kami terbuka jika dua protege dari mentor yang sama dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi kami turut pemilihan pihak juri dan undian awam. Minggu terakhir, para finalis perlu melakukan dua persembahan; solo dan duet bersama mentor mereka. Tahniah kepada para finalis Mentor Milenia 2019 dan kami harap semua dapat berikan persembahan mereka yang terbaik untuk musim ini.” tambah Muhamad Sufian Isa.

Yang pastinya, pada konsert akhir nanti, para peserta akan melakukan persembahan yang lebih hebat, lagi-lagi mereka bakal melakukan berduet bersama mentor mereka iaitu Black Hanifah, Ernie Zakri, Hazama dan Stacy Anam.

https://www.youtube.com/watch?v=ed21de_y7ks

 

Share this on WhatsApp

Gegar Vaganza 6 minggu ke 10 2019

Zik · Dec 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

gegar vaganza, ggv6, gegar vaganza 2019

Separuh akhir minggu ke 10 dalam saingan gegar vaganza 6 2019. Minggu lepas tiada penyingkiran dilakukan apabila Wan berada di tempat last sekali. Namun apabila dalam segmen last, ada lagu ada lagi, namun lagu Wan ada lagi ini bermakna beliau terselamat minggu lepas.

Apakah minggu ini ada 2 lagi penyingkiran akan dilakukan untuk minggu ini sebelum ke pentas final gegar vaganza 2019?? Persaingan program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) memasuki minggu kesepuluh yang juga merupakan peringkat separuh akhir.

Tinggal 8 sama seperti suku akhir. [Read more…] about Gegar Vaganza 6 minggu ke 10 2019

Share this on WhatsApp

Keputusan liga epl 14 &15 disember 2019

Zik · Dec 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

logo epl, poster epl, bpl, english premier league

Berikut adalah keputusan liga epl yang berlangsung pada 14 dan 15 disember 2019.

 

DECEMBER 14
  • FT Liverpool 2 – 0 Watford
  • FT Burnley 1 – 0 Newcastle United
  • FT Chelsea 0 – 1 AFC Bournemouth
  • FT Leicester City 1 – 1 Norwich City
  • FT Sheffield United 2 – 0 Aston Villa

Manakala kedudukan terkini carta liga epl adalah seperti berikut. [Read more…] about Keputusan liga epl 14 &15 disember 2019

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 735
  • Page 736
  • Page 737
  • Page 738
  • Page 739
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.