Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Harga minyak ron 95 turun 4sen seliter, 8 hingga 14 februari 2020

Zik · Feb 7, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Berita baik, barang baik kali inilah untuk pakatan harapan setelah Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.  Tetapi itulah nitizen kita macam biasa, kalau turun pun orang komplen, naik lagilah komplen. Kalau turun nak cakap Rm1.50 seliter mana janji lu? itu lapiji kena jawablah.

  • Rm 95 minggu lepas Rm 2.08- Turun kepada RM 2.04 sen seliter. ( 4 sen turun)
  • Ron 97 minggu lepas Rm 2.41  -turun kepada rm 2.34 sen seliter.  (7 sen turun).
  • Diesel minggu lepas Rm RM 2.18- turun kepada RM 2.08 sen seliter (10 sen turun).

Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON97 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kadar baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.

“Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroluem juga diturunkan.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel),” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Harga runcit petrol dan diesel negara ditentukan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), bagaimanapun subsidi diberikan apabila harga RON95 dan diesel melebihi had yang ditetapkan.

Tiada had ditetapkan untuk harga RON97.

Lim turut memaklumkan, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM6 bilion pada tahun lalu untuk produk petroleum.

“Kerajaan komitd dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroluem selaras dengan janji manifesto PH,” katanya lagi.

Share this on WhatsApp

Ujian

Zik · Feb 6, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ujian hidup, apa itu ujian,

Ujian..

Apa kena dengan ujian? Ujian peperiksaan?ujian hidup??

Banyak.

Apa maksudnya? Apa yang kau inginkan dari dunia fana ini? Apa yang kau akan hadapi di dalam dunia ini yang penuh dengan segala pancaroba yang akan kau dan kau tempuhi. Boleh kah aku? Kuat kah aku? Berani kah aku ? mampu kah aku? Segala persoalan ini sering berlegar – legar di dalam kepala diri kau kan. Kau tanya pada kau yang sedang duduk, berdiri, baring barangkali, pernah kau dapat ujian hidup? Tak perlu angguk disana, cukup kau katakan ye dan tipulah kalau kau kata, kau hidup dalam keadaan aman macam tiada apa yang berlaku.

Sahabat,

Ujian yang kau tempuh sekarang tidaklah sama seperti orang lain. Setiap orang ujian berlainan rasa. Ada rasa manis. Ada rasa masam. Ada rasa kelat. Itu yang aku kata wahai sahabat aku sayang kerana Allah, ujian yang kita dapat berlainan rasa. Sebab apa? Ada kau pernah terfikir tak? Tidak. Sebab hidup kau penuh dengan rungutan semata – mata. Andai kau dapat lihat Syaitan yang direjam itu, sedang berjoget lambak disebakan rungutan yang kau beri di atas ujian yang kau hadapi selama ini. Tapi ada tak kau terfikir pada akhirnya kau dapat tempuh segala kesusahan kepayahan kau yang kau rungut selama ini? Tidak juga?

Sahabat, [Read more…] about Ujian

Share this on WhatsApp

Live streaming Selangor fa vs UKM FC 5.2.2020

Zik · Feb 5, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

selangor, selangor fa,

Perlawanan persahabatan diteruskan lagi sebelum bermula liga super malaysia 2020. UKM vs Selangor fa hari ini jam 8:45malam. Perlawanan diadakan di stadium UKM. Selangor tahun ini permulaan agak tak berapa memberangsangkan , asia challenge tempat kedua, nak ke china tak jadi sebab sekarang tengah ada wabak koronavirus. Jangan ambil risiko sebab pemain semua tuh asset pasukan. Takpalah kena denda 300k tuh kita tolak ketepi (adoi sakit). [Read more…] about Live streaming Selangor fa vs UKM FC 5.2.2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 704
  • Page 705
  • Page 706
  • Page 707
  • Page 708
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.