Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Live streaming UITM vs KEDAH liga super 11.3.2020

Zik · Mar 11, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Masing-masing dengan rekod 2 kali kalah. Takkanlah nak kalah lagi kan? Tercungap-cungap juga jdt nak tewaskan kedua pasukan ini. Namun 6 mata dah diperoleh dengan dua pasukan ini. So pasukan uitm akan melayan kunjungan dari pasukan kedah pada malam ini jam 9 malam nanti.

Shahril sedia mulakan cabaran Liga Super 2020. 

ALOR SETAR: Penjaga gol Kedah, Shahril Saa’ri sudah sedia menggalas tugas apabila dikhabarkan boleh kembali beraksi selepas menjalani penggantungan akibat kad merah pada dua perlawanan awal Liga Super musim 2020. Menggantikan Ifwat yang direhatkan dan juga tekanan perasaan pun ada juga tuh. Instagram dia pun dia dah delete sebab teruk kena kecam dengan warga kedah. Sabar lah na!!

Berita ini pastinya menyuntik suasana lebih bersemangat dalam kalangan penyokong Kedah yang mahu melihat Shahril kembali beraksi selepas kali terakhir berbuat demikian pada saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang FC Seoul Januari lalu. [Read more…] about Live streaming UITM vs KEDAH liga super 11.3.2020

Share this on WhatsApp

Keputusan TERKINI Liga super 10.3.2020

Zik · Mar 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Berikut adalah keputusan terkini dalam saingan liga super pada 10 mac 2020. Kita sudah sampai perlawanan yang ketiga untuk minggu ini. Hari sabtu nanti ada lagi game.Sama-sama kita doakan semoga wabak covid 19 ini dapat diatasi dengan secepat mungkin, amin.

Jadinya hari ini kita ada dua perlawanan yang berlangsung pada hari ini, pdrm vs jdt dan pahang vs sabah. Perlawanan tumpuan pastinya pasukan pdrm menentang pasukan jdt.

KEPUTUSAN TERKINI PDRM VS JDT 9 MAC 2020.  [Read more…] about Keputusan TERKINI Liga super 10.3.2020

Share this on WhatsApp

Live streaming Pahang vs Sabah liga super 10.3.2020

Zik · Mar 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Liga super kembali untuk perlawanan yang ketiga dalam saingan liga super 2020. Jadinya pertemuan di Stadium Darul Makmur bukan tugas mudah bagi Sabah. Perlawanan ini lebih kepada misi tebus kemenangan ke atas Pahang. Dalam enam pertemuan Sabah hanya menang sekali dan seri dua kali menentang Pahang. Satu rekod yang kurang baik. Kalau ikut rekod, memanglah pasukan Tok Gajah ( Pahang) punya kelebihan dan skuad yang seimbang dan berpengalaman di pentas Liga Super.

Pahang juga mahukan kemenangan, sebab 2 perlawanan semua kempunan. Perlawanan pertama dengan pasukan Selangor tewas 1-2. Dan perlawanan kedua kecewa lagi apabila tewas 2-3 dengan pasukan Petaling jaya fc . Last minit pulak tuh kena gol freekick dari bekas pemain pahang sendiri, Kogileswaran.


Perlawanan ini berlangsung pada 10 Mac 2020 pada jam 9 malam. Hari selasa.

Perlawanan sebelum ini Sabah menang ke atas Felda United (3-1) dan seri kepada PDRM FA (0-0) pada aksi pembukaan.

Mungkin dijangka tidak ada perubahan besar pemain yang akan dilakukan oleh Kurniawan Dwi Yulianto. Kemungkinan akan mengekalkan barisan pemain yang beraksi menentang Felda United di Stadium Likas.

Diharapkan penyerang import baru Guy Kassa Gnabouyou akan memberikan aksi terbaik dan seterusnya menjaringkan gol.

Kudrat pemain terbaik ketika menang di Stadium Likas, Petrus Shitembi akan terus ditagih oleh pasukan. Berganding dengan Azizan Nordin di bahagian tengah diharap beraksi pada tahap terbaiik mereka.

Di bahagian pertahanan Rawilson Batuil, Park Taeso, Zubir Azmi dan Ummareng Bacok mungkin juga akan dikekalkan.

Manakala penjaga gol yang kian mencuri tumpuan Wan Azraie akan menjaga benteng akhir Sabah.

Rodoljub Paunovic hampir pasti akan diturunkan bersama dengan Guy Kassa Gnabouyou di serangan Sabah.

Kedudukan Dennis Buschening di left winger (LW) Sabah masih samar setelah belum lagi beraksi di tahap sepatutnya. Sama ada akan di ganti oleh Hamran Peter atau Alto Linus.

Maxsius Musa yang masuk sebagai pemàin gantian dan terus menjaringkan gol menentang Felda United boleh diharapkan di posisi Right Winger (RW). Tetapi kecederaan bahu yang belum ke tahap 100% fit juga menjadi pertimbangan untuk memulakan aksi kesebelasan utama.

 

Keputusan terkini perlawanan liga super :

PAHANG VS SABAH 10 MAC 2020,

Live streaming pahang vs sabah liga super 10.3.2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 672
  • Page 673
  • Page 674
  • Page 675
  • Page 676
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.