Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Video gol highlights Terengganu 3-3 Selangor liga super 11.3.2020

Zik · Mar 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Terengganu nyaris gigit jari , namun gol penalti pada masa kecederaan buat terengganu disempurnakan oleh Lee Tuck menghampakan penyokong selangor dan menenangkan penyokong terengganu. Ini bermakna ada 2 pasukan yang masih memegang rekod tanpa kalah buat setakat ini iaitu pasukan jdt dan selangor.

Keputusan penuh :

TERENGGANU 3-3 SELANGOR

  • .39′ Ifedayo,
  • 43’Rahmat Makasuf,
  • 52’Khyril Muhymeen,
  • 64’Sanjar Shaakmedov,
  • 70’Brendan Gan,
  • 90+4′ Lee Tuck (p)

Skuad Penyu terlebih dahulu menguji kubu The Red Giants pada minit pertama menerusi tandukan penyerang berbisanya, Dominique Da Sylva yang hanya sedikit tersasar.

Lapan minit berselang, skuad kendalian Nafuzi Zain sekali lagi mencemaskan benteng pelawat apabila rembatan Da Sylva dari sebelah kanan pintu gol hasil larian solonya berjaya dihalang penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Pelawat yang kerap diasak mula menunjukkan belangnya apabila tandukan pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin pada minit ke-14 hasil hantaran Sandro Da Silva nyaris memerangkap penjaga gol, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Pada minit ke-18, Da Sylva harus menyalahkan diri sendiri apabila peluang terbuka yang dimilikinya di dalam kotak penalti dipersiakan.

Ketika Selangor dilihat kerap diasak, penyerang berbisanya, Ifedayo Olusegun ‘mengunci mulut’ 17,200 peminat setia TFC apabila bijak menyambar bola menggunakan kepala yang sebelum itu ditanduk Safuwan hasil sepakan sudut Sandro untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-38.

Tersentak jaringan pendahuluan itu, tuan rumah memperkemaskan asakan dan hasilnya pada minit ke-42, pemain yang baharu dimasukkan lima minit sebelum itu, Rahmat Makasuf melepasi perangkap ofsaid sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menerima hantaran Faris Ramli.

Selangor yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah tidak menunggu lama apabila sekali lagi mendahului pada minit ke-51 menerusi tolakan mudah bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri selepas menerima hantaran Sandro. [Read more…] about Video gol highlights Terengganu 3-3 Selangor liga super 11.3.2020

Share this on WhatsApp

Keputusan TERKINI liga super 11.3.2020

Zik · Mar 11, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan diteruskan lagi biarpun keadaan wabak covid 19 semakin merebak dengan teruk dalam negara kita. Sehingga kini sudah mencapai ratus lebih yang positif dengan virus wabak covid 19 ini. Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini dapat diatasi dengan baik sekali. Insyallah. Hari ini kita ada 4 perlawanan yang berlangsung secara serentak.

Keputusan penuh liga super :

Felda united vs Melaka united : [Read more…] about Keputusan TERKINI liga super 11.3.2020

Share this on WhatsApp

Live streaming Perak vs Petaling jaya fc 11.3.2020

Zik · Mar 11, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan yang ketiga hari ini diantara pasukan perak vs Petaling jaya fc pada 11 mac 2020 . Perak pada perlawanan pertama menang 3-1 keatas pasukan terengganu. Kemudian terpaksa berpuas hati pada perlawanan kedua seri dengan pasukan selangor.

Masing dengan 4 mata belum mencatat kekalahan dalam saingan ini dengan 2 perlawanan , satu seri dan satu menang. Kira hebat jugaklah. Agak tough perlawanan dua ini. Pasukan yang konsisten sahaja yang akan mara ke hadapan. Ayuh mari tonton siaran langsung disini.

Live streaming perak vs petaling jaya fc 11 mac 2020. [Read more…] about Live streaming Perak vs Petaling jaya fc 11.3.2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 670
  • Page 671
  • Page 672
  • Page 673
  • Page 674
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.