
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Zik · · Leave a Comment

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) menggesa anggota masyarakat supaya tidak membenci pelarian termasuk warga Rohingya yang berada di negara ini. Benda ini semua boleh bincang dengan baik, tetapi kalau boleh mana yang kita rasa boleh bantu. Bantulah mereka ini. Yang lain aku tak berapa nak bagi lebih. Sebab media yang memainkan peranan dilihat keadaan menjadi kacau bilau.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan sendiri mempunyai pendirian yang jelas bersimpati dengan nasib pelarian.
“Berhenti mencetuskan rasa khuatir dan bersikap negatif kepada pelarian yang ada di Malaysia, terutama dalam keadaan negara berdepan dengan wabak Covid-19.
“Pendirian kerajaan dan umumnya rakyat Malaysia selama ini sangat bersimpati kepada pelarian yang mahu mendapat perlindungan di negara ini. Pelbagai NGO turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian.
[Read more…] about Desak pelarian dihantar pulang, ibarat serah nyawa kepada penzalim, Mapim
Zik · · Leave a Comment

Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini. Apepun kita kena fikir positif benda ini sementara vaksin pun masih belum ditemui selain negara lain pun masih bergelut dengan covid 19 ini.
“Saya ingin mengumumkan PKP yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei,” katanya.
Jelas Muhyiddin, dalam tempoh itu, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan langkah seterusnya.
[Read more…] about PKP dilanjutkan 2 minggu sehingga 12 mei 2020