Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Cara nak bayar zakat fitrah secara online selangor 2020

Zik · May 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

Berikut adalah cara untuk bayar zakat fitrah bagi negeri selangor darul ehsan. Menunaikan zakat merupakan rukun islam yang ke 4 bagi mereka yang mampu.  Ada banyak link website untuk selangor bagi membayar zakat fitrah bagi tahun ini 2020. Boleh bayar melalui apps boost pun boleh.

LZS (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR) telah menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian bagi memudahkan umat Islam membayar zakat terutama semasa PKP. Menjimatkan masa, kos, dan terhindar dari tularnya wabak covid19. Mufti pun sudah membuat muzakarah, dibolehkan untuk membayar zakat fitrah tahun ini secara online.

Tetapi ada juga buka kaunter secara tertutup bagi mereka yang tak pandai nak bayar secara online ini. Cuma nak kena jaga dari segi social distanding, tangan mungkin kena pakai sarung , pakai facemask. Cuma agak terbatas, tak macam sebelum ini. Ikut garis panduan yang telah ditetapkan. 

[Read more…] about Cara nak bayar zakat fitrah secara online selangor 2020

Share this on WhatsApp

Ninja Van Tracking cepat dan Mudah

Zik · May 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ninja van,

Ninja van boleh dikatakan pesaing terdekat pos laju, j&t , nationwide, abx express dan sewaktu dengannya. Kita sudah melalui fasa perkhidmatan hantar barang secara online. Jadinya semua barang yang kita dapat ada sistem yang sitematik oleh setiap syarikat logistik hantar barang ini. Sekarang cerita kita mengenai ninja van.

Ninja Van, Grab wujud rangkaian logistik yang sitematik.

SYARIKAT e-hailing yang berpangkalan di Singapura, Grab bekerjasama dengan Ninja Van bagi mengintegrasikan perkhidmatan logistik Ninja Van ke aplikasi mudah alih melalui GrabExpress.

Dengan menyatukan dua penyedia penyelesaian logistik terkemuka di Asia Tenggara menerusi aplikasi Grab, kerjasama itu akan dapat memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana, penjual perdagangan sosial serta pengguna.

Dalam satu kenyataan semalam, Grab berkata, perkhidmatan logistik Ninja Van akan tersedia di aplikasi Grab melalui GrabExpress pada suku kedua tahun ini.

“Perkhidmatan yang akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh rantau ini akan diperluaskan dengan memasukkan lebih banyak pilihan seperti penghantaran berjadual di seluruh negara serta penghantaran antara bandar,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van, Lai Chang Wen berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian itu dan berharap ia akan mengubah perniagaan yang lebih kecil dan komuniti jualan sosial di Asia Tenggara.

“Malah, ia membolehkan pengguna menghantar bungkusan dari masa ke masa dengan menggunakan pangkalan pengguna yang luas kami dapat menawarkan pengguna cara yang paling mudah untuk mengakses perkhidmatan logistik lengkap kami dan menyediakan perkhidmatan penyampaian percuma yang boleh dipercayai,” katanya.

Cara nak semak Ninja Van tracking no.

Masukkan no tracking di bawah ini. Kalau nak masukkan banyak tracking no sekali 10 pun boleh, jangan lupa masukkan tanda , (koma). [Read more…] about Ninja Van Tracking cepat dan Mudah

Share this on WhatsApp

Teks Khutbah aidilfitri 2020 pdf file format

Zik · May 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

khutbah sembahyang raya 2020

Ok Dr maza atau mufti perlis ada menyediakan khutbah aidilfitri bagi tahun ini 2020. Ya kita masih dalam pkpb lagi sampai 6 jun 2020. So ada yang tempat sudah boleh sembahyang raya di tempat qariah masing-masing tetapi ianya bersyarat.  Cuma 12 orang termasuk imam, bilal, ajk masjid.

LELAKI yang berhasrat mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di rumah dinasihatkan supaya tidak takut seandainya melakukan kesilapan bukan disengajakan ketika menunaikannya menjelang 1 Syawal nanti.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, ia kerana kesilapan kali pertama itu perkara biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Menurutnya, solat sunat Aidilfitri juga memadai diadakan mengikut rukun asasnya iaitu lafaz niat, takbir sebanyak tujuh kali, bacaan Al-Fatihah diikuti surah ringkas, rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud ,sujud kali kedua dan bangkit dengan takbir untuk rakaat pertama.

Manakala, katanya, rakaat kedua diteruskan dengan takbir sebanyak lima kali, tasbih, bacaan al-Fatihah dan surah ringkas serta disudahi dengan memberi salam selepas membaca tahiyat akhir.

“Solat sunat Aidilfitri hukumnya sunat, buat boleh dan bukan berdosa jika tidak menunaikannya.

“Cuma, rasa tidak lengkap sambutan Syawal tanpa menunaikannya dan situasi berbeza kali ini apabila orang ramai perlu melakukannya di rumah dalam suasana normal baharu kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”

Mohamed Hanafiah, 46, mengakui, perasaan gementar tentunya ada bagi mereka yang pertama kali menjadi imam, tetapi beliau mengingatkan supaya tidak takut sebaliknya niat di hati untuk belajar.

“Jika silap, mohon ampun dari Allah dan Insya-Allah, Allah ampunkan,” katanya

Mengenai khutbah selesai solat, beliau berkata, ia satu pilihan untuk dilakukan atau sebaliknya.

Namun, beliau mengesyorkan khutbah ringkas diberikan dengan mengambil tajuk berkait rapat dengan keadaan semasa.

Katanya, khutbah selepas solat Aidilfitri berbeza dengan khutbah Jumaat, ia tidak wajib dan ada baiknya seseorang itu menyampaikan khutbah biarpun ringkas.

“Memandangkan kita masih berada dalam ancaman Covid-19, khutbah dengan inti pati mengajak makmum mengingati hari kiamat adalah disyorkan.

“Ia supaya cenderung untuk bertaubat, membaiki diri untuk tidak mengulangi kesilapan lepas dan hijrah kembali kepada fitrah bersesuaian dengan makna Aidilfitri,” katanya.

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 – VERSI SATU KHUTBAH E

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID 19 – VERSI DUA KHUTBAH -2e

Teks khutbah Hari raya aidilfitri negeri Terengganu.

khutbah hari raya 2020

Panduan Mudah khutbah hari raya Aidilfitri 2020.

 

credit to muftiperlis.gov.my

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 629
  • Page 630
  • Page 631
  • Page 632
  • Page 633
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.