Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Live streaming Big Stage3 minggu 2 2020

Zik · Aug 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

big stage, live streaming big stage

Big Stage kembali lagi menceriakan hujung minggu anda sekali lagi. Adakah akan trending semula atau bagaimana? Minggu lepas ajai trending setelah memberi markah 2% sahaja dari 100% kepada Dr Hafiz yang menyanyikan Fly ME to The Moon yang dikatakan nyanyiannya sumbang dari awal sampai habis. Biarpun mempunyai rupa paras yang menarik, tetapi ternyata ajai sangat tegas dan tetap dengan pendirian dia untuk memberi kritikan yang pedas biarpun sudah diberi guideline dari pihak astro sendiri mengenai cara memberi kritikan kepada semua peserta big stage kali ini.

Juri tetap big stage terdiri dari, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, dan Ajai. Bersama juri jemputan kita belum tahu minggu ini, minggu lepas Hael Husaini dan juri presiden nitezen ialah Neelofa. Minggu ini Michael Ang atau Caprice yang akan bergilir-gilir setiap minggu.   Mungkin sekadar memeriahkan bigstage musim ketiga kali ini untuk tahun 2020 kita masih lagi dengan Norma baru, penonton pun kena jarakkan dengan jumlah penonton pun tak boleh nak ramai sangat , huhu. [Read more…] about Live streaming Big Stage3 minggu 2 2020

Share this on WhatsApp

Keputusan terkini Petaling Jaya fc vs Terengganu 22.8.2020

Zik · Aug 22, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan liga super kembali setelah beberapa bulan berehat kerana pkp kita berperang dengan covid19. Biarpun wabak ini sudah surut , tetapi kita masih kena ikut sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perlawanan yang ke 4 setelah sekian lama. Last game pada bulan 3, sebelum kerajaan putuskan PKP . Terengganu di tangga ke 8 dan petaling jaya pula 10, masing-masing berkongsi 4 mata.  Dibezakan dengan jaringan dan bolos.  [Read more…] about Keputusan terkini Petaling Jaya fc vs Terengganu 22.8.2020

Share this on WhatsApp

Tema Maal Hijrah 1442H, Ummah Rabbani Negara Harmoni 2020.

Zik · Aug 19, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Ummah Rabbani Negara Harmoni.

KUALA LUMPUR: ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ menjadi tema majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur petang esok.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama dengan mengambil contoh di zaman Nabi Muhamad SAW.

“Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Apa yang penting ialah kita semua harus bersatu padu dalam mengembling tenaga dalam menghadapi covid19 yang kita sedang berusaha nyahkan rangkaian covid19 ini walaupun nampak sangat mustahil, tetapi ianya tidak mustahil dan kita pun dah tahu negara russia pun dah menjumpai vaksin yang sesuai untuk membasmi virus covid19 ini.

“Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis yang dijadual akan diadakan pada jam 5 petang bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berkenan berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain itu juga dijadual hadir ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebolehnya kita kekalkan keharmonian negara kita ini dan juga pastikan semua rakyat malaysia terhindar dari unsur-unsur yang tidak baik buat negara kita ini. Musuh dalam selimut , musuh yang nyata ternyata kita harus perangi dengan cara bijaksana.

Kemuncak bagi sambutan majlis itu ialah penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M yang disampaikan kepada seorang tokoh ilmuan profesional tersohor di tanah air pada masa kini serta kepada seorang tokoh antarabangsa yang terkenal.

Penganugerahan gelaran itu berdasarkan kriteria pengetahuan dan pengalaman yang luas yang ada pada calon, selain mempunyai sifat dan peribadi yang unggul.

Tokoh yang dipilih juga seorang yang pakar dalam bidang yang diceburi serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan disiarkan secara Iangsung menerusi saluran TV1 dan TV AI-Hijrah. – BERNAMA

[Read more…] about Tema Maal Hijrah 1442H, Ummah Rabbani Negara Harmoni 2020.

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 602
  • Page 603
  • Page 604
  • Page 605
  • Page 606
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.