
Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata yang ada menyimpan duit didalam pelaburan asb. (Amanah Saham Bumiputera). Nampaknya tahun ini gigit jarilah jawabnya. Lebih baik ada return, dari rugi takda untung langsung betul tak? Setiap tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.
Dalam pelaburan, risiko tetap ada, cuma untung dia tuh kita kena consider lagi. Namun oleh kerana jaminan dari badan kerajaan yang menguruskannya, untung sudah tentu, cuma banyak ke sikit itulah yang jadi persoalannya.
ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini (23 disember 2020) dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.
Persoalannya dalam persekitaran hari ini yang mana keadaan politik, ekonomi (covid19) yang sangat mencabar dan perdagangan di dalam dan luar negara amat berbeza berbanding 20 tahun lalu, adakah ASB yang melabur kira-kira 70 peratus dananya dalam pasaran ekuiti masih mampu memberi pulangan yang sama seperti dahulu?
Sepanjang lima tahun yang lalu, dalam keadaan di mana KLCI memberi pulangan negatif pada 2014, 2015, 2016 dan 2018, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun. (Untuk rekod tahun lepas 2019, bagi 5.5 bonus 0.5). [Read more…] about Dividen ASB 2020, 4.25+0.75
