Ditutup 4 bulan. Untuk kemudahan masa hadapan.
Hai, tak sanggup aku tengok kaunter pudu macam nie!
Salam semua. Demi untuk memastikan keselesaan yang semaksimum untuk masa hadapan, Hentian Puduraya akan ditutup mulai pada 19 mac mulai hari Jumaat.
KUALA LUMPUR 10 Mac – Hentian bas Puduraya di sini akan ditutup selama empat bulan bermula 19 Mac ini untuk kerja naik taraf.
Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, kerja menaik taraf itu diambil bagi menangani isu ketidakselesaan pengguna, kekurangan kemudahan dan kesesakan lalu lintas sekitar hentian.
“Penutupan juga terpaksa dibuat atas aspek keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jaafar berkata, penambah-baikan itu merangkumi tiga peringkat iaitu pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Katanya, keseluruhan kerja menaik taraf dan menambah baik Puduraya setakat ini adalah 22 peratus dengan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini. – Bernama
Jadi disini, orang ramai diminta memahami penutupan Hentian Puduraya adalah untuk kebaikan mereka pada masa hadapan. [Read more…] about Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini!
Target kita ialah “zon selesa”
