Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Chelsea juara EPL musim 2009/10

Zik · May 21, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Tahniah diucapkan kepada Kelab Chelsea dan manager nya Carlo Ancelotti.

London – Chelsea muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Gol Chelsea disumbang oleh  ;

Nicoles Anelka -6, 56,

Frank Lampard (32),

Salomon Kalou (54) dan

Didier Drogba (63, 68,80),

Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata. Tak mengapalah, cuba lagi tahun depan.

Dalam pada itu juga, Didie Drogba mendapat top scorer dengan 29 jaringan, meninggalkan saingannya Wayne Rooney tiga gol. Nampakya, Kasut emas menjadi miliknya untuk musim kali ini.

Nampaknya selepas ini fokus kepada Piala Dunia di Africa.  Alamak piala thomas, lupa nak buat liputan. Malaysia menang tanpa bertanding berlawan dengan Nigeria semalam, kerana pemain mereka terkandas flight tak pasti dimana.

Share this on WhatsApp

Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Zik · May 18, 2010 · 23 Comments

Share this on WhatsApp
Masalah yang dihadapi oleh setiap negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia.

Masalah kesesakan lalu lintas bukan perkara baru. [Read more…] about Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Share this on WhatsApp

Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam?

Zik · May 18, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Belalang juta

Pengenalan mengenai belalang Juta.

Belalang juta (Shistocerca gregaria) adalah spesies subtropis yang hidup mengelompok, yang berkembang biak dengan cepat pada awal musim hujan. Satu kawanan serangga jenis ini mampu menyerang 1200 kilometer persegi dalam satu waktu dan setiap kilometer perseginya mencapai 40-80 juta belalang.

Koloni belalang Juta

Belalang juta hidup bersendirian sehingga hujan turun. Hujan mengakibatkan tumbuhan tumbuh dan menggalakkan penghasilan telur yang telah dihasilkan dalam tanah berpasir. Tumbuhan baru ini menghasilkan makanan untuk belalang yang baru menetas dan memberikan mereka perlindungan sehingga mereka membesar menjadi serangga dewasa bersayap.

Apabila tumbuhan tersebar dalam cara tertentu sehingga belalang terpaksa berkumpul untuk makan, dan terdapat hujan yang cukup untuk kebanyakan telur menetas, memaksa hubungan fizikal antara kaki belakang serangga bersentuhan sesama sendiri. Ini mengakibatkan peningkatan kadar metabolik dan perubahan tingkah-laku yang mengakibatkan perubahan serangga dari tingkah-laku bersendirian kepada tingkah-laku berkelompok (gregarious). Apabila belalang menjadi berkelompok mereka bertukar warna dari hijau kepada hitam dan kuning, badan mereka berubah menjadi pendek, dan mereka menghasilkan hormon yang menyebabkan kesemua mereka berkumpul pada satu kawasan, dan menggalakkan pembentukan kawanan.

Ketika tempoh senyap, dikenali sebagai recessions, belalang terhad kepada lengkungan 16-juta-kilometer-persegi yang melangkaui Gurun Sahara di Afrika Utara, menyeberangi Semenanjung Arab, dan ke barat laut (northwest) India. Apabila keadaan sesuai, kawanan belalang juta menyerbu negara disekeliling kawasan recession, ke utara sehingga ke Spanyol dan Russia dan ke timur sehingga ke India dan Asia baratdaya (southwest). Sebanyak 60 negara boleh terjejas.

Kawanan belalang juta menyeberangi Laut Merah antara Afrika dan Semenanjung Arab dan pernah dilapurkan menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika ke Karibbean. Satu kawanan belalang juta mampu melitupi 1,200 kilometer persegi dan mengandungi antara 40 dan 80 juta belalang setiap kilometer persegi.

Punca Belalang Juta mengamuk/ bergerak secara berkelompok. [Read more…] about Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam?

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2130
  • Page 2131
  • Page 2132
  • Page 2133
  • Page 2134
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.