Sekadar gambar hiasan.
Peringatan. (Tips ini hanya berdasarkan petua-petua orang lama). Anda disarankan mendapatkan rawatan dari mereka yang pakar dalam bidang ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ingin berkongsi sekali lagi bagaimana nak melebatkan rambut yang gugur.
Pengenalan.
Semua orang inginkan rambut yang sihat lagi menawan. Tak salah bagi yang sudah berusia untuk mengekalkan keremajaan, namun ia bergantung kepada niat dan matlamat asal mungkin untuk menyatukan keluarga ataupun (tambah cawangan, bagi lelaki) hehe, bagi perempuan pula mungkin untuk kekal cantiklah kan! (macam biasa) . Rambut yang sihat, lebat dan bersinar pastinya akan menambah keyakinan diri dan penampilan dalam meneruskan perjuangan sehari-harian kita.
Punca Rambut gugur.
Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.
- Genetik.
- Tekanan kerj.a yang teruk.
- Diet yang teruk.
- Faktor hormon
- Masalah tempurung rambut.
- Putus haid
- Selepas bersalin (bagi wanita).
- Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
- Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
- Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.
Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar, bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.
Cara-cara lebatkan rambut. [Read more…] about Cara nak lebatkan rambut.
Apple Ipad
Beza dari segi saiz.