Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Copy & Menang

Zik · Jul 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Kemudia menang!!

Salam semua, ada berita baik untuk anda semua. Contest ini sangat mudah dan senang, just copy and paste. Hehe.

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player!

Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com
Maklumat Hadiah:

  • MP3 Player ini sangat funky
  • Berkapasiti 2 GB
  • Amat ringan
  • Comel

Tarikh tutup penyertaan:

  • 31 Julai 2010

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Jom sertai sekarang!!

Share this on WhatsApp

100 Universiti Terbaik di Asia.

Zik · Jul 1, 2010 · 2 Comments

Share this on WhatsApp


Untuk lihat senarai 100 univerisiti penuh, sila rujuk website rasminya disini

Yang menarik perhatian.

4 University di Malaysia tersenarai 100, terbaik!

Siapa yang membuat penilaian. [Read more…] about 100 Universiti Terbaik di Asia.

Share this on WhatsApp

Budaya melatah!

Zik · Jun 25, 2010 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

Opocot !

Eh mak kau beli kain!

Budaya melatah adalah satu sindrom (pandai-pandai je zik nie)

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.

Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Justeru, Keluarga di 9 (KD9) bersama hos, Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit’. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun’ kepadanya.

Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.

“Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!” akui Roslan.

Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat’ hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.

Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.

“Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya,” kata Roslan mengimbau kisah lalu.

Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.

“Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik, sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!” katanya.

Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut, ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi. [Read more…] about Budaya melatah!

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2121
  • Page 2122
  • Page 2123
  • Page 2124
  • Page 2125
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.