Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Merdeka merdeka merdeka!

Zik · Nov 16, 2010 · 63 Comments

Share this on WhatsApp

merdeka, erti kemerdekaan, datuk tun razak laung merdeka, laungan merdeka, merdeka di padang merdeka, Nie kenapa dengan aku nie?? Sambutan 31 ogos sudah pun berakhir. Apa kes?

Tamat minggu peperiksaan.

Yehaa.. akhirnya tamat sudah semester kali ini dan juga merupakan semester akhir aku menjadi student.  Bermacam -macam dugaan dari awal semester hingga ke hari ini. Pernah juga ku berputus asa dengan perjuangan jihad dunia ini. Namun, berkat kesabaran, keimanan dan juga sokongan dari rakan seperjuangan dapat juga aku habiskan untuk tahun ini.

Usaha dah, tawakal.

Ada subject yang masih aku tak pasti untuk lulus , subject mengira lah tuh. Aku harap lulus cukupla. Doa-doa semoga lulus dan mintak lecturer lembut hati dan bagi markah lebih. Hehe.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha, buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya.

Share this on WhatsApp

Sukan Guanzhao (bola sepak) Malaysia hadapi laluan sukar menentang Iran!!

Zik · Nov 15, 2010 · 26 Comments

Share this on WhatsApp

http://img837.imageshack.us/img837/9979/rajagopal.png

Salam semua. Setelah malaysia di baham oleh tembok besar China, dek kerana pengadil yang mengalami masalah mental barangkali, menghadapi laluan yang sukar untuk meneruskan perjuangan pada petang, hari ini.

Skuad kebangsaan bola sepak kebangsaan kita hanya punyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini.

Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama, sejak 8 November lalu.

Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli digantung perlawanan setelah mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika skuad negara tewas 0-3 kepada China baru-baru ini. Yang tinggal hanyalah kesebelasan utama dengan empat pemain simpanan termasuk penjaga gol kedua, Zamir Selamat.

Tugas sukar atau tugas MISSION IMPOSSIBLE??

Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, pertemuan dengan Iran bakal menjadi satu lagi tugas sukar berdasarkan masalah yang tidak henti-henti melanda skuad bimbingannya itu.

“Kita bukan saja mempunyai dua pemain yang cedera tetapi tiga lagi pemain digantung gara-gara kad merah. Saya sudah tiada pilihan.“Jika penganjur membenarkan jurulatih untuk berada dalam senarai pemain, saya sendiri rela turun beraksi,” kata Rajagobal semalam.

Percaturan Raja Gopal petang ini!! [Read more…] about Sukan Guanzhao (bola sepak) Malaysia hadapi laluan sukar menentang Iran!!

Share this on WhatsApp

Hanya 2.5 % lepasan IPTS/A jadi usahawan, apa kes??

Zik · Nov 15, 2010 · 30 Comments

Share this on WhatsApp

mind of entrepreneur, minda usahawan, usahawan internet , usahawan dikalangan mahasiswa, mahasiswa yang berfikiran jauh, mahasiswa berniaga,

Salam sejahtera.

Masih lagi di mood ,exam.

Peratusan yang terlalu sedikit!!

Jumlah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menceburi bidang keusahawanan di negara ini masih rendah apabila hanya 2.5 peratus daripada golongan itu menjadi usahawan.

Perkara ini berbeza dengan situasi di negara barat yang maju, kerana antara 10 hingga 15 peratus graduannya memilih menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Walaupun mata pelajaran keusahawanan merupakan subjek wajib di IPT, namun negara kita sebenarnya masih lagi gagal untuk melahirkan ramai usahawan,” katanya oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah., setelah merasmikan  Minggu Keusahawanan Global dan Klinik Usahawan Global.

Jurang antara Malaysia dan negara maju dalam bidang itu sangat luas walaupun kemudahan serta program berkaitan keusahawanan yang disediakan adalah setaraf.

“Apabila saya siasat mengapa perkara ini berlaku, (saya dapati) ia berpunca kerana sektor keusahawanan di Malaysia masih belum menjadi satu gerakan dan hanya menjadi ranting kepada ekonomi,”

Cadangan untuk mengalakkan pelajar ipta/s menyertai bidang usahawan.

  • Modal(untuk memulakan perniagaan)
  • Latihan (selok belok dalam perniagaan)
  • Khidmat nasihat (pendedahan)
  • Testimonial usahawan yang berjaya
  • dan sebagainya…..

Saifuddin berkata, untuk menggalakkan golongan itu menyertai bidang keusahawanan, institusi kewangan berperanan membantu mereka memulakan perniagaan melalui kemudahan pinjaman.

Secara realitinya memang ramai termasuk lah aku bermindset mahu cari kerja yang tetap dan juga gaji yang tinggi selepas habis tamat pengajian. Mengapa ini terjadi?Mungkin adakah modal yang kurang mencukupi, ataupun pendedahan mengenai pentingnya membudayakan usahawan kepada pelajar IPT ini? [Read more…] about Hanya 2.5 % lepasan IPTS/A jadi usahawan, apa kes??

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2057
  • Page 2058
  • Page 2059
  • Page 2060
  • Page 2061
  • Interim pages omitted …
  • Page 2166
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.