Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Panduan rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41

Zik · Mar 21, 2015 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

psikologi , nota psikologi 2015,

Tahniah kepada semua yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan online pegawai psikologi s41. Kepada yang kali pertama, harap dapat lulus exam ini. Bagi yang kali kedua, atau dah banyak kali harap dapat berikan tumpuan sepenuhnya dalam peperiksaan kali ini. Sebab dia berbentuk peperiksaan online. Format peperiksaan pada tahun 2015 ini tidak banyak berbeza dengan peperiksaan online Pegawai Penguasa Kastam W41 yang diadakan pada tahun lepas ,huhu. Format peperiksaan dibahagikan kepada tiga seksyen :

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psychometric

Apa yang aku difahamkan, katanya info yang diterima daripada calon waktu untuk menjawab soalan peperiksaan seksyen A akan berlangsung selama 40 minit bermula daripada pukul 8.00 malam hingga 8.40 malam pada 25.03.2015. Masa dia adalah seperti berikut ikut dekat kertas surat peperiksaan/ sms yang korang dapat tuh ha. Ikut jer. Pastikan awal login dan standby, line internet kena pastikan A. Jangan slow siput babi.

Waktu menjawab soalan peperiksaan seksyen B iaitu bahagian daya menyelesaikan masalah bermula pada pukul 8.55 malam hingga 9.40 malam. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah selama 45 minit.

Masa menjawab??

Manakala waktu menjawab soalan seksyen C iaitu ujian psikometric pula akan bermula pada 9.55 malam hingga 10.25 malam.

Setiap calon akan diberi link server masing-masing yang perlu dilayari untuk menjawab exam online tersebut beserta dengan angka giliran. So, jangan ikut link member korang tuh ke. Takut jadi lain pula jadinya. Huhu.

Serba sedikit mengenai format/info peperiksaan ini.

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan-soalan yang bakal ditanya lebih menjurus kepada maklumat tentang psikologi dan juga kaunseling. Sebagai bakal Pegawai Psikologi S41, setiap calon hendaklah mengetahui secara detail mengenai tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Psikologi, Visi dan misi samada jabatan ataupun bidang yang diceburi.

Korang memang kena banyak buat research, baca mengenai isu-isu semasa, teknologi maklumat dan juga apa jua perkara yang melibatkan hal pentadbiran awam, sosial ,psikologi dan juga kaunseling. Itu bonus untuk korang.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masala
h

Ini memang aku rasa susah kalau korang tak buat persediaan yang rapi. Sebabnya ia merupakan seksyen yang paling sukar sekali kerana ada melibatkan pengiraan secara matematik dan juga statistik. Calon yang mempunyai daya kemahiran mengira mempunyai kelebihan. Soalan yang ditanya adalah setaraf dengan pendidikan di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Disini ada tiga cara menyelesaikan masalah yang perlu anda praktikkan semasa menjawab peperiksaan Pegawai Psikologi S41. Antaranya ialah:

  • Kemahiran Logik.
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data.
  • Konsep Matematik.

Seksyen C – Ujian Psikometric.

Ujian ini memang sesuai dengan jawatan yang dipohon oleh calon sebagai seorang Pegawai Psikologi S41. Anda akan disoalkan dengan jawapan YA ataupun TIDAK. Kalau ikut track record,  calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online telah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang psikologi. Tetapi seksyen ini juga telah berjaya menggagalkan ramai calon. Jawapan dia nak kena jujur dan juga soalan dia berkait-kait dari mula sampai akhir. Susah jugak tuh.

Menjadi seorang Pegawai Psikologi bukanlah sesuatu yang mudah sekarang ini..

Bagaimana jawatan Pegawai Psikologi???

[Read more…] about Panduan rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41

Share this on WhatsApp

Sinopsis cinta ilahi episod akhir tv3

Zik · Mar 20, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

image

Episod akhir.
Lama tak lama, habis juga cerita nih. Memang layan beb jalan,cerita dia nih. Penuh dengan telatah, kerohanian , semua aspek adalah.

Hud putus tunang. [Read more…] about Sinopsis cinta ilahi episod akhir tv3

Share this on WhatsApp

Tambang pengangkutan awam naik 20-67%, menjelang gst!!!

Zik · Mar 20, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

image

Ya, naik sudah sebelum gst nih weyhh. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai.Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. [Read more…] about Tambang pengangkutan awam naik 20-67%, menjelang gst!!!

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1532
  • Page 1533
  • Page 1534
  • Page 1535
  • Page 1536
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.