Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Live streaming Acara Perbarisan dan PErakakan Hari Kebangsaan 2018

Zik · Aug 31, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sayangi negaraku, logo merdeka 2018,

Bertemakan Sayangi Negaraku tahun 2018 ini Sekarang sedang berlangsung perarakan perbarisan hari kebangsaan 2018. Tahun ini kita sudah merdeka ulang tahun ke 61 tahun.

Perlbagai dari badan uniform dan juga badan kerajaan , swasta yang terlibat dalam perbarisan. Jom layan dibawah ini.

[Read more…] about Live streaming Acara Perbarisan dan PErakakan Hari Kebangsaan 2018

Share this on WhatsApp

Tema merdeka 2018, yang ke 61 “Sayang negara ku”

Zik · Aug 30, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sayangi negaraku, logo merdeka 2018,

ESOK Negara kita, Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaannya yang ke-61. Sambutan itu disambut setiap tahun bersempena dengan detik bersejarah merdekanya Tanah Melayu daripada cengkaman British pada 31 Ogos 1957. Tahun ini sambutan kemerdekaan akan berlangsung di dataran Putrajaya.

Sejak detik itu, Tanah Melayu dan seterusnya Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 1963 pula telah berkembang maju seiring peredaran masa sebagai sebuah negara bangsa.

Telah banyak kejayaan yang dicatatkan Malaysia dalam tempoh itu yang boleh dianggap sebagai luar biasa.

Maklumlah sebagai sebuah negara yang baru 61 tahun merdeka, pencapaian ekonomi dan kepesatan kemajuan yang dikecapi Malaysia dikagumi, dicemburui malah ditiru oleh dunia.

Tahun ini bertemakan SAYANGI NEGARAKU.

Mempunyai maksud yang besar dan mendalam, kita harus ada menanamkan rasa cinta dan sayang kepada negara kita, bukannya memalukan dan menjadi tali barut kepada negara lain, menjual negara. Mana maruah kita sebagai rakyat negara malaysia?

Tanpa mengira perbezaan pendapat, fahaman, agama dan juga bangsa kita bersama-sama mempertahankan negara kita malaysia dari dihina dan dicaci. Kita bersama-sama membangunkan negara kita dari gejala yang tidak elok, rasuah, dan juga pentadbiran yang lebih telus.

Pada permulaan, ramai yang tidak percaya Malaysia mampu mencapai tahap sepertimana hari ini.

Beberapa faktor dijadikan hujah sebagai alasan mengapa ianya akan berlaku. Pertama, komposisi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan sifatnya yang terpisah dalam segenap aspek; baik ekonomi, politik mahupun sosial bakal menghambat Malaysia berkembang sebagai sebuah negara bangsa.

Kedua, bukan sahaja masyarakat majmuk di Malaysia ini terpisah dalam segenap aspek secara fizikal, tiada usaha serius untuk mengurangkan jurang keterpisahan itu baik sebelum ataupun pada peringkat awal kemerdekaan.

Dan ketiga, setiap kelompok kaum yang rencam itu pula kuat mempertahankan status quo kaum masing-masing menerusi jalur ras ataupun etnonasionalisme.

Dalam masa yang sama, legasi ‘pecah dan perintah’ British terhadap sosioekonomi Malaysia dengan mengklasifikasikan sektor ekonomi mengikut kaum turut menyumbang kepada kebimbangan itu.

Ini akhirnya menjadi nyata apabila tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku banyak dikaitkan dengan isu kesenjangan ekonomi antara Melayu vs. Bukan Melayu dalam konteks “high expectation, high frustration” yang pada ketika itu gagal ditangani oleh kerajaan secara bersungguh-sungguh.

Lagu Malaysia- Faizal Tahir.

Sungguhpun begitu, walaupun ada catatan hitam sejarah itu dan segala macam ramalan serta pendapat, Malaysia terus bangkit dengan gagah sehingga berjaya membuktikan bahawa ia mampu menangani dan mengatasi semua ramalan-ramalan tersebut. Persoalannya mengapa ia berjaya?

Pertama, kunci utama kejayaan ini disumbangkan oleh politik permuafakatan antara kaum yang diasaskan menerusi formula kongsi kuasa.

Kebijaksanaan kepemimpinan terdahulu terutamanya Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengemukakan konsep bekerjasama dalam suatu pakatan bersifat akomodasi di mana setiap kaum akan sama-sama berkongsi kuasa mentadbir negara dan ada wakil masing-masing di dalam kerajaan.

Apabila pakatan ini diperluaskan setelah Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Persekutuan Malaysia, formula ini diperluaskan dengan mengekalkan konsep yang sama.

Walaupun ada kritikan, formula ini berjaya mengekalkan kestabilan politik dan menghalang sentimen perkauman daripada mengganggu gugat perjalanan harian kerajaan. Dengan hampir semua kaum yang ada di Malaysia diwakili menerusi parti politik kaum masing-masing dalam sebuah grand coalition sepertimana Barisan Nasional (BN) selepas 1974, Malaysia mengecapi pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan pesat membangun disebabkan kestabilan politik akibat dari kerjasama tersebut.

Malah, apabila BN tumbang dalam PRU14, peralihan kerajaan berlaku dengan baik dan aman tanpa ada sebarang masalah juga disebabkan faktor itu.

Kedua, dasar-dasar kerajaan yang proaktif dan berkesan dilihat menyumbang kepada kejayaan itu. Kejayaan dasar-dasar affirmatif kerajaan terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB), banyak memainkan peranan terhadap itu.

Ini adalah kerana, DEB berjaya merapatkan jurang kesenjangan ekonomi antara kaum apabila kaedah penyelesaian politik menerusi pendekatan ekonomi secara serampang dua mata benar-benar merubah segalanya.

Dengan strategi membasmi kemiskinan kepada semua kaum dan menyusun semula struktur sosioekonomi rakyat yang seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi telah berjaya melebarkan peratusan golongan kelas menengah dan keseimbangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu yang sebelumnya sinonim dan didominasi oleh kaum-kaum tertentu.

Dua faktor inilah yang banyak membentuk dan mencorakkan Malaysia yang kita warisi hari ini.

Benar ada juga beberapa faktor lain yang turut sama memainkan peranan tetapi tidak begitu signifikan sepertimana yang dua ini. Walaupun kita masih jauh untuk membentuk satu bangsa Malaysia sepertimana yang diharapkan, tetapi faktor-faktor inilah kanvas asas kita yang mencorakkan pembentukan bangsa Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa akomodasi kaum yang berlaku dalam membentuk bangsa Malaysia ini kelihatan longgar dan kurang mujarab berbanding assimilasi sepertimana yang diamalkan oleh jiran-jiran kita di Singapura, Indonesia malah Thailand, sekurang-kurangnya Malaysia telah membuktikan bahawa hal ini efektif dalam mengawal dan mengekalkan kestabilan politik dalam kerangka dan acuan Malaysia.

Ini adalah kerana keadaan ini tidak selamanya boleh dikekal tanpa ada sebarang usaha penambahbaikan berterusan. Akan sentiasa ada cabaran dan halangan baharu mendatang, baik dari dalam mahupun luar, yang berusaha untuk menjahanamkan apa yang kita miliki hari ini.

Selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia. Dengan sambutan kali ini menyaksikan peralihan pemerintahan di Putrajaya di tangan kerajaan yang baharu, maka bentuklah Malaysia yang lebih baik dan gemilang dari sebelumnya.

Semoga Malaysia terus maju, disegani dan dicontohi seperti selalu. Dirgahayu Malaysia, Sayangi Malaysiaku, Malaysiamu, Malaysia kita semua.

Share this on WhatsApp

Register sst online,

Zik · Aug 30, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sst, services sale tax, sst, sst logo,

Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan, SST mula kembali diperkenalkan semula setelah GST dimasuhkan pada bulan jun 2018. So untuk itu kena daftar semula sst kepada pihak berwajib untuk mengetahui apa barang yang perlu dicukai. Tidak seperti gst, semua barang kena gst dari peringkat atas sampai pengguna. Tetapi sst tersembunyi dan dikenakan 10 peratus untuk produk dan perkhidmatan 6 peratus.  [Read more…] about Register sst online,

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1100
  • Page 1101
  • Page 1102
  • Page 1103
  • Page 1104
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.