• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Orang awam boleh ziarah mula jam 2 petang- Almarhum Sultan Ismail Petra

Orang awam boleh ziarah mula jam 2 petang- Almarhum Sultan Ismail Petra

Zik · Sep 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
 

bendera separuh tiang kelantan,

KOTA BHARU: Orang awam boleh memberi penghormatan terakhir jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra yang akan disemayamkan di Istana Balai Besar, di sini, selama dua jam bermula jam 2 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad, berkata bagi lelaki Melayu, mereka dikehendaki memakai pakaian kebangsaan putih, samping tenung putih dan kain putih di kemuncak songkok, manakala perempuan pula berbaju panjang putih serta berkain tudung.

Bagi lelaki bukan Melayu, katanya, mereka perlu mengikut cara barat iaitu ‘lounge suit’, manakala perempuan hanya berpakaian sopan.

“Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, di sini selepas Asar,” katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Nazran berkata, selepas waktu kemangkatan, bendera hendaklah dikibarkan setengah tiang selama 40 hari di Istana.

Katanya, bagi pejabat kerajaan, gedung perniagaan, sekolah dan pertubuhan juga perlu ditutup tiga hari bermula hari kemangkatan, selain bendera dikibarkan setengah tiang.

“Semua bentuk permainan hendaklah diberhentikan selama tiga hari selepas hari pemakaman. Permainan di pentas secara sambilan, pertunjukan untuk derma serta permainan sukan tidak boleh diadakan sehingga 40 hari.

“Pegawai negeri dan rakyat Kelantan hendaklah berkabung dengan memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher hitam selama 40 hari mulai hari kemangkatan. Jika mustahak memakai tali lengan, maka hendaklah selebar tiga inci dengan warna hitam atau biru.

“Bagi kerabat Diraja, pegawai dan kakitangan Istana hendaklah memakai pakaian berkabung selama 100 hari. Semua masjid dan surau pula perlu mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Almarhum Sultan Ismail Petra selama tujuh hari,” katanya.

Pada upacara pemakaman, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dijangka menziarahi jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra.

Turut dijangka hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

copy paste bharian. com.my

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman Orang awam boleh ziarah mula jam 2 petang- Almarhum Sultan Ismail Petra

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: