Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Muat turun Teks Khutbah Khas Aidiladha 1442H pdf file 2021

Muat turun Teks Khutbah Khas Aidiladha 1442H pdf file 2021

Zik · Jul 20, 2021 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

ucapan selamat hari raya aidiladha 2021 , 1432 hijrah

Tahun ini memang kita masih lagi menghadapi pandemik yang sangat sukar untuk kita lawan. Namun ibadah korban tahun ini janganlah kita lupakan. Walaupun begitu kita kena ikut prosedur sop yang telah ditetapkan oleh badan berwajib, JAKIM,(ikut negeri masing-masing), MKN dan KKM.

FASA 2 SAHAJA YANG DIBENARKAN SOLAT DI MASJID DAN SURAU. 

PUTRAJAYA: Umat Islam di lapan negeri yang sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melaksanakan takbir hari raya dalam masjid dan surau.

Perkara itu antara beberapa aktiviti dan protokol disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk prosedur operasi standard (SOP) sektor sosial sambutan Aidiladha 2021.

Bagaimanapun menerusi hantaran yang dikemas kini dan disiarkan laman agensi tersebut, kegiatan takbir hari raya itu dari rumah ke rumah penduduk masih lagi tidak dibenarkan.

Namun, umat Islam di negeri-negeri berstatus Fasa 2 itu dibenar menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah dan khutbah Aidiladha pada Selasa ini menurut SOP ditetapkan.

Ini termasuk garis panduan diwartakan pihak berkuasa agama negeri masing-masing dengan antaranya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pematuhan SOP lazim yang lain.

Ketika ini, hanya lapan negeri yang telah berpindah ke Fasa 2 iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan terbaharu, Sarawak pada Rabu lepas.

Mengulas lanjut, MKN memaklumkan bahawa pihak pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara setiap jemaah dengan selang jauh sekurang-kurangnya satu meter selain kaunter di pintu masuk bagi pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran kehadiran juga ada, termasuk kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitar termasuk di ruang wuduk.

Hanya jemaah yang sihat dan tidak bergejala dibenarkan masuk manakala pintu masjid atau surau dibuka sejam sebelum solat serta ditutup sejurus selesai aktiviti ibadah sunat tersebut.

Jemaah diingatkan tidak bersalaman, berpelukan atau bersentuhan, selain digalak membawa sejadah sendiri dan sudah mengambil wuduk di rumah sebelum datang ke masjid atau surau.

Tiada aktiviti perkumpulan sesama anggota jemaah yang dibenarkan selepas selesai solat sunat Aidiladha dan khutbah hari raya itu sama ada di dalam atau luar masjid atau surau. Sementara itu, MKN turut mengingatkan jemaah untuk tidak dibenarkan mengadakan jamuan selepas solat tersebut yang kebiasaannya dianjurkan sebelum aktiviti penyembelihan korban.

Begitu juga program ziarah ke kediaman keluarga dan saudara mara, mengunjungi tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan yang tetap tidak dibenarkan sama sekali.

Aktiviti korban haiwan pada kali ini dibenarkan mengikut ketetapan yang diwartakan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan dengan penjarakan dan pematuhan SOP.

Khutbah Hari Raya Aidiladha 2021M / 1442H

Edisi Kuala Lumpur

Khutbah edisi jawi 

Khutbah edisi Rumi 

Edisi Negeri Johor.

KHUTBAH AIDILADHA 2021 (RUMI)

KHUTBAH AIDILADHA 2021 (JAWI)

Edisi Wilayah persekutuan.

-> Muatturun Khutbah Hari Raya Aidiladha Versi Rumi

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan ekhutbah 2021, ekhutbah aidiladha 2021 pdf file format, khutbah aidil adha 2021, khutbah aidiladha 2021 pdf file, khutbah idul adha 2021 pdf malaysia, muat uturn khutbah aidiladha 1432hijrah 2021 pdf file format

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.