

Cerita ini tiba-tiba menjadi trending ,kerana Syafiq Yusof cuba membawa kelainan di penghujung cerita sebab ada dua version katanya. Eh kenapa kau punya version lain ending dia. Sasqia yang jumpa banker tuh. Tapi kau Dlaila pulak yang juga banker tuh. Mana yang betul? Ini pertama kali dimalaysia baru buat cerita macam ini. Tetapi di luar negara memang sudah ada banyak ending yang berbeza-beza. Macam cerita hide and seek. Ada dua version ending dia. So penonton sendiri yang buat keputusan tuh. Huhu
Plot twist ending dia tuh ha.. Tak terjangka kau..
Misteri Dilaila ialah sebuah filem seram thriler psikologi Malaysia 2019 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri, ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang.
Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2019.
Mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang. Iman Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi ini? Siapa sebenarnya dilaila sebenarnya?? itu yang menjadi perdebatan hangat di media sosial facebook.twitter dan di persatuan makcik bawang semalaysia.
Kena tengok clue yang telah shafiq yusof bagi hint dekat twitter, dekat bawah ini aku ada ambil tweet dia tuh.
Senarai Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Jefri
- Elizabeth Tan sebagai Dilaila
- Sasqia Dahuri sebagai Dilaila II/Inspektor Farah
- Namron sebagai Imam Aziz (a.k.a jeng-jeng).
- Rosyam Nor sebagai Inspektor Azman
- Mas Khan sebagai Farid
- Iz Sulaini sebagai jurugambar
- Kenji Sawahi sebagai pegawai bank
- Nafiez Zaidi sebagai polis
Penerbitan
Pembangunan
Misteri Dilaila ialah filem kelapan arahan Syafiq Yusof dan filem ke-41 terbitan Skop Productions. Filem ini juga ialah terbitan bersama oleh Skop dan Astro Shaw selepas Abang Long Fadil 2 (2017). Menurut Syafiq, skrip filem ini mengambil masa enam bulan untuk disiapkan, dan beliau banyak mengkaji filem seram dari Eropah dan Korea untuk mendapat idea mengarahkan filem ini.
Beliau percaya bahawa tiada filem Malaysia menghasilkan plot twist sebegini. Kos pembikinan filem ini menelan belanja sebanyaK RM2.2 juta dengan penggambaran dijalankan selama 37 hari, bermula 26 Mac 2018 sehingga 2 Mei 2018 di Bukit Fraser, Pahang dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Cabaran yang dihadapi oleh Syafiq dan tenaga kerja Misteri Dilaila ialah cuaca dingin dan kerap hujan, beliau berkata: “Inilah kali pertama saya menjalani penggambaran di kawasan berhawa dingin dan kerap hujan. Mujurlah banyak babak pada waktu malam melibatkan pemggambaran dalam banglo.
Skop Productions membelanjakan wang sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai hospital lama zaman penjajahan untuk dijadikan banglo. Untuk ini, beliau menggunakan khidmat pereka dalaman untuk mebuat pengubahsuaian. Konsep gaya Inggeris dipilih bagi menambahkan suasana filem seram.
Pemilihan pelakon
Pemilihan pelakon dibuat oleh Syafiq hasil perbincangan antara Skop Productions dan Astro Shaw.
Zul Ariffin dan Elizabeth Tan dipilih menjayakan watak utama dalam filem ini. Menurut Syafiq, watak utama dalam filem ini dicipta khas untuk Zul, “Watak utama itu sangat sesuai dilakonkan Zul dan bukan pelakon lain. Sebelum ini, Zul banyak beraksi dalam cerita cinta dan aksi, kali ini dia cuba genre lain pula,”. Misteri Dilailaialah filem kedua Zul bersama Skop Productions selepas Evolusi KL Drift 2 (2010). Filem ini juga ialah filem sulung lakonan bekas finalis One in a Million musim pertama, Iz Sulaini. Pelakon lain yang terlibat termasuk Namron, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Mas Khan, Kenji Sawahi dan Nafiez Zaidi.
Elizabeth yang memegang watak sebagai Dilaila pertama, mengakui bekerja dengan Syafiq, sedikit sebanyak meyakinkan beliau untuk melakukannya.Sasqia, yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen, memegang watak sebagai Dilaila kedua, Misteri Dilaila ialah filem ketiga lakonan beliau dan filem sulung lakonannya sebagai pelakon utama. Sasqia berkata mengenai wataknya: “Saya sangat suka dengan peluang ini sebab sudah lama nak buat aksi. Bagi saya, ia sangat menarik dan penuh misteri. Menariknya, saya boleh bermain dengan karakter Dilaila kerana sebelum ini penonton hanya nampak saya berlakon jahat saja. Dalam karakter ini, saya boleh bermain dengan perwatakan psiko, hipokrit dan berpura-pura, semuanya dalam satu,”.
Keluaran
Misteri Dilaila ditayangkan di 131 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Februari 2019. Treler rasmi filem ini telah dilancarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw dan Syafiq Yusof pada 16 Januari 2019.Filem ini juga dijadualkan akan ditayangkan di Indonesia pada Mac 2019, selepas tayangan perdana rasmi di Malaysia.
Sambutan
Akan dikemaskini. Tunggulah berapa agaknya kutipan filem ini ok.
Ulasan kritis
Misteri Dilaila mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Yuzir Harafi dari Astro Awani memuji skrip dan lakonan filem ini dan berkata: “Secara keseluruhannya, filem ini boleh dimasukkan ke dalam carta ‘Filem Tempatan Wajib Tonton 2019’ kerana nilai dan kualiti filem ini adalah lain daripada yang lain.”. Jessica Chua dari Rojak Daily pula berkata: “Secara keseluruhan, saya cadangkan untuk tidak melihat Misteri Dilaila terlalu serius. Jika anda berbuat demikian, anda mungkin tidak menikmati apa yang filem itu cuba menawarkan, yang merupakan hiburan tulen.
Rujukan
SEJAK Khamis 21 Februari yang lalu, rancak di media sosial netizen memperkatakan tentang betapa ‘best’ filem Misteri Dilaila.
Rata-rata, ulasan atau komen daripada penonton filem Misteri Dilaila itu sangat positif, dan mendapat rating memberangsangkan.
Misteri Dilaila adalah filem terbaharu bergenre seram ataupun thriller arahan sutradara muda yang berbakat besar, Syafiq Yusof.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Bagi peminat karya pemenang Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Profima 2017 ini, pasti sudah tahu akan teknik ‘plot twist’ yang digunakan dengan sangat baik di dalam filem beliau seperti filem SAM: Saya Amat Mencintaimu.
Filem Misteri Dilaila ini juga menggunakan teknik yang sama tetapi kali ini ‘plot twist’ nya bersimpul-simpul dan ia sesuatu yang sangat menarik, umpama satu nafas baharu bagi industri perfileman tempatan.
Filem terbitan SKOP Production dan Astro Shaw ini sangat lain dari yang lain kerana pelbagai perkara positif boleh diperkatakan bagi filem ini dari segi skrip, teknik kamera, suntingan dan pelbagai.
Skrip dan lakonan yang mantap
Pujian harus diberikan kepada skrip filem ini kerana jalan ceritanya yang mudah difahami tetapi tetap membuatkan punggung penonton melekat di kerusi.
Kisah pasangan yang sudah berkahwin dan ingin berehat di homestay mereka di Bukit Fraser tetapi ada sesuatu yang terjadi kepada mereka di sana.
Bermula dari situ, konflik dan plot filem berkembang dengan baik walaupun boleh dikatakan skripnya seimbang tetapi ada unsur tipikal filem melayu. Filem ini juga boleh dikatakan bergerak dengan laju tetapi tidaklah sehingga meninggalkan ‘plot hole’ yang banyak.
Lakonan Zul Ariffin juga sangat baik dan berjaya menampakkan watak beliau sebagai seorang suami yang terperangkap didalam situasi yang beliau sendiri tidak tahu hujung dan pangkalnya. Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan barisan pelakon yang lain juga sangat memberikan lakonan yang hebat dan berjaya memberi jiwa yang lebih kepada filem ini.
Teknik kamera, warna filem, sound mixing yang ‘on point’ !
Syafiq Yusof bijak mengawal kualiti filem beliau kerana semua elemen teknikal filem ini beliau jaga dengan sangat baik dan berjaya memberikan satu persembahan filem yang sangat baik dari segi teknikal. Jika anda bakal menjengah ke pawagam untuk menonton filem ini perhatikan dari segi permainan kamera, warna filem dan sebagainya. Ianya adalah kualiti yang di tahap yang baharu.
Tiada gegaran kamera meskipun adegan yang menggunakan drone shot, tiada permainan atau kamera yang mampu memeningkan kepala dan menyakitkan mata. Ianya sangat bersih dan sedap mata memandang. ‘Transition’ dan juga suntingan dari satu adegan ke adegan yang lain sangat unik, cantik dan menarik.
Sang pengarah filem hebat dalam merancang gerakan kamera dan angle kamera yang perlu dilakukan untuk menampakkan lagi ‘transition’ adegan itu menjadi. Tetapi harus diingatkan juga tidak semua adegan seharusnya menggunakan ‘transition’ itu kerana ia boleh membuatkan sesetengah penonton keliru dan berada didalam keadaan yang tidak faham.
Sound mixing dan bunyi seram yang ‘on point’ boleh penulis katakan bagi filem ini kerana biasanya filem melayu agak lemah dari segi sound mixing atau memberikan bunyi seram yang tidak menyakitkan telinga tetapi bagi filem ini ianya tidak berlaku. Perasaan seram itu berjaya sampai dengan bantuan bunyi latar belakang yang diadun dengan sangat baik.
PERHATIAN! Kepada anda yang belum lagi menonton filem ini, anda disarankan untuk menonton filem ini kerana ianya sangat berbaloi untuk ditonton dan untuk pengetahuan anda filem ini mempunyai dua versi pengakhiran cerita yang berbeza. Menarik bukan ?
Kepada sesiapa yang mencari #MisteriDilaila , Clue pertama : 10 saat awal selepas logo Skop/Astroshaw. Jadi belilah popcorn awal2 supaya tidak terlepas clue pertama ?
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 21, 2019
Clue kedua..
Kepada sesiapa yang mencari #MisteriDilaila , Clue ke-dua : Perhatikan babak di luar balai polis pada waktu malam.
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 22, 2019
Clue ketiga..
Kepada sesiapa yang mencari #MisteriDilaila , Clue ke-3 : lagu kredit akhir.
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 23, 2019
Mungkin anda menonton pada hari ini di anda akan menonton pengakhiran versi satu dan bila anda menonton di pawagam yang berlainan akan dapat menonton pengakhiran filem versi nombor dua. Tidak lupa juga jika ingin penulis tekankan bahawa ‘plot twist’ filem ini bersimpul-simpul dan sangat menarik untuk ditonton.
Secara keseluruhannya, filem ini boleh dimasukkan ke dalam carta ‘Filem Tempatan Wajib Tonton 2019’ kerana nilai dan kualiti filem ini adalah lain daripada yang lain. Walaupun ianya filem ini mempunyai sedikit kekurangan seperti dialog dan jumpscare yang agak cliche, logik perubahan waktu dan lain-lain tetapi ianya terlalu kecil dan tidak mempengaruhi kualiti dan perjalanan filem ini.
Ayuh sokong filem tempatan. Syabas Syafiq Yusof!
10/10, unexpected plot twist, unexpected ending #MisteriDilaila pic.twitter.com/UXekN9qkuQ
— \\ (@_urhna) February 23, 2019
Disebalik tabir misteri dilaila…
Jom tengok trailer Misteri Dilaila.. Aummm mana lagi padu nih?? Elijabeth tan ke Sasqia Dahuri?? Aumm sekali lagi.
Tengok respons dari warga tweet macam mana pergi dia..
Dengar cite Misteri Dilaila ada dua ending. Dekat gsc lain. Dekat tgv lain. Betul ke betul? Damn son gonna watch this movie
— peng (@MhammadAfiff) February 21, 2019
Aku memang nak tgok citer Misteri dilaila
Tapi,yg best pasal @syafiqyusof , Ada dua ending yg sangat berbeza
Di pawagam,kita kena pilih,nak amik ending a atau ending b…gempak permainan filem @syafiqyusof 😉
— Neslo Ais (@NesloAisBro) February 21, 2019
Boleh buat gaduh ni kalau kau tonton Misteri Dilaila panggung lain2. Kami hampir bertumbuk antara satu sama lain tadi. “Kau tengok filem lain kot. Apsal ending aku lain.” Kalau nak tau tonton di pawagam 21 February nanti. Aku ramal kutipan box-office sekitar RM12juta-20juta.
— Rewan Ishak (@rewan_ishak) February 14, 2019
review misteri dilaila.
8/10.
korang kena tengok cerita ni! serius best. tapi cerita ni ada versi 1 dan versi 2.
tak sama endingnya.
ending versi 1 lain, ending versi 2 lain. pic.twitter.com/9kXJLAuTt6— ???? (@ohEppyyyyyy) February 22, 2019
Ok aku dah tengok dua dua version untuk Misteri Dilaila. Sejujurnya ending je beza utk dua2 version tapi effect gila jalan cerita.
— t s (@tudungsaljii) February 22, 2019
Korang dah tengok Misteri Dilaila? And dah dapat jawapan kenapa Hafizul cakap Syafiq is brilliant?
Hahahahaha ramai yang nak bergaduh sebab ada yang tengok version 1 & ada yang tengok version 2. Pastu ending lain-lain. https://t.co/StJQkYQuTJ
— #MiejaCuckoo (@mieja_ibrahim) February 22, 2019
Worth the money ? #MisteriDilaila pic.twitter.com/wHeA4orCB1
— ryn (@ryntafa) February 23, 2019
Misteri Dilaila Version 1 and Version 2 . Hope this will help you guys , happy hunting dilaila ! pic.twitter.com/DTul6dnGzm
— T?LHA (@TalhaAwesome) February 23, 2019
ia ibarat Puzzle yang korang kena susun..
okay guys aku pun victim gak hahaha . if you wanna know more , follow this thread ! since the beginning aku , kau dan semua telah di permainkan hahahahahttps://t.co/58vd5r2EN0
— T?LHA (@TalhaAwesome) February 21, 2019
Korang kena tengok version satu dan version 1, bersama tengok dekat clue yang syafiq yusof bagi tuh.. baru korang akan faham cerita ini macam mana pergi dia dari mula sampai akhir. huhu..
#teamimamaziz #Misteridilaila ending pic.twitter.com/CWs7qFtPOW
— The Italian Stallion (@farihan_faisal) February 22, 2019
Misteri panggilan dilaila.
Korang kena tengok 2 version dan clue yang telah diberikan oleh shafiq baru boleh paham apa sebenarnya yang sedang berlaku. huhu…
Komen nitizen..
Aku baru tgok Version 1 atau 2 aku pon tak pasti yang mane satu punye version yang aku dah tgok sbb aku baru tgok skali je, aku kene tgok kali kedua untuk tonton version satu lagi. Tapi version yang aku tgok ni ending dia dilaila1 (elizabeth tan) hidup and dia tanye mane suami dia jeffri (zul ariffin) kenape (elizabeth tan) dilaila1 ni tnye suami dia mane? Haa tu korang kene tgok sendiri. And version yang aku dah tgok ni ade babak kereta terbalik meletup, kereta masuk gaung, Aku taknak la bagitahu detail pasal ape kereta tu kemalangan sbb aku taknak spoil. And dalam version yang aku dah tgok ni (Sasqia) Dilaila 2 dapat cheque dari banker. Akan tetapi ramai yang kata dorang tak dpt pon tgok scene kereta terbalik la meletop la, masuk gaung la tak same mcm version yang aku tgok ni and dorang kata version satu lagi tu yang dapat cheque dari banker adalah (elizabeth tan) Dilaila1 Bukan (sasqia) Dilaila2. Ending antara version 1 and version 2 pon lain sgt sgt. Pelik kan? sbb ape jadi ceni? Sbb lain wayang lain version yang cinemas tayangkan. Sbb tu korang kene pegi kt syafiq yusof punye twitter dia ade bagi clue. And bukan stakat syafiq, ramai lagi penonton yang dah tweet dah bagi nama nama or lokasi lokasi wayang mcm gsc and tgv mane yang tayangkan version 1 atau 2. Korang boleh pegi twitter syafiq. Persoalannya, kenapa yang berlainan ending tu? untuk ape? Ni pandangan aku ea, selepas korang dah tgok kedua dua version tu kan, aku rasa syafiq nk kita decided mane version yang betul betul terungkai misteri dilaila. Tu pandangan aku, And ade yang kate ending satu lagi tu tergantung la bagai. Haihh peningg peningg. Well done syafiq. Kau mcm cite SAW la pulak ajak penonton selesaikan teka teki main game????.
Spoiler…
Ada juga yang lain komen dari warga twittur
My cousin for #MisteriDilaila pic.twitter.com/EzpBuCzdxd
— reen (@AizamyraR) February 22, 2019
Yela ini kan teknik berniaga..
tactic meniaga . nk suh org g tgk 2x . sedap dia kaut untung
— WH · ?? ?? ? (@wanihanafi) February 22, 2019
2 version tu tak beri kesan apa pun terhadap twist plot yg dipersembahkan. Ia hanya mengarah kepada satu isu jua adanya. Gi tengok lah…
— Is Wa Zi ?? (@ziwasi) February 22, 2019
Alhamdulillah ramai yg enjoy tgk #MisteriDilaila , but ramai jugak yg pening kepala , tulaa nak sgt film lain drpd yg lain, hambikkkkkk ??? thanks so much guys!!!! Let’s go!!! BOOM!!!!???
— zul ariffin (@zul_ariffin86) February 23, 2019
Versi kelakar..
baru lepas tgk misteri dilaila..
nak bagi spoiler la..byk gila plot twistpolis rosyam noor tu sbenarnya yang jahat..dia yang culik isteri zul ariffin..lepastu upah orang menyamar jd istri zul..rupanya zul ni lagi bijak..dia dah komplot ngan bini dia…rupanya bini dia polis gak
— Farahidor (@farahidor) February 21, 2019
Kos pembikinan di bukit frazer almost 300 k beb …
“Banglo ini sudah lama ditinggalkan kosong, jadi kos untuk mengubah suai menelan belanja tinggi (RM300,000)”
“Kami ubah semuanya, daripada lantai, dinding & perabot”
“Kerja ubah suai itu sahaja mengambil masa selama sebulan” – Syafiq (Berita Harian)
8 hari lagi #MisteriDilaila pic.twitter.com/ld4t2CYQBl
— FILEMKITA (@FilemKita) February 13, 2019
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.