• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Menjadi lebih kreatif part2

Menjadi lebih kreatif part2

Zik · Nov 3, 2010 · 52 Comments

Share this on WhatsApp

kreatif, picture of creative, picture edit with photoshop, edit with photoshop, edit gambar dengan adobe photoshop, gambar kreatif, kreatif,

Dalam entri minggu lepas, ada membicarakan mengenai menjadi lebih kreatif. Jadi aku berikan 6 idea lagi untuk tambahkan lagi ilmu kreatif.

1. Anda tidak perlu pempertahankan idea sendiri.

Dalam berkreatif, yang penting ialah keluarkan idea. Tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika masih diperingkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. Yang penting ialah idea!

2. Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif.

Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif boleh dianggap satu kejayaan yang besar. Mungkin anda tidak berjaya kali pertama, namun ia bukan satu kegagalan. Yang penting cubaan anda itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Tapi perlu ingat, ciri-ciri orang kreatif ialah istiqamah dan tidak takut kepada masalah. Andakah and sudah lupa?

3. Benarkan diri anda melakukan kesilapan.

Memanglah orang yang mengikut pada kebiasaannya jarang  sekali membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah kepada kesilapan. Jika anda menghalang diri anda daripada melakukan kesilapan, anda tidak akan buat sesuatu yang baru dan anda tidak akan berkreatif. Jadi, jangan “kongkong” diri anda. Maafkan diri anda jika ia tersilap semasa dalam tempoh percubaan untuk menjadi kreatif ini.

4. Jika boleh ulang dan ulang lagi!.

Jangan jadi seperti watak kartun yang aku suka tengok dulu masa kecik-kecik Sylvester the Cat adan Tweety Bird yang cute! Si kucing tuh beriya-iya sangat nak makan tweety bird, tetapi si kucing nie asik tukar idea yang baru demi nak tangkap si burung. Setiap kali tidak menjadi, terus mengalah dan cipta idea yang lain pula. Kan penat tuh namanya.

Jangan cepat mengalah, dan beralih angin. Ingatlah, tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya. Kenal pasti kekurangandan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambah baikkan dan cuba sekali lagi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.

5. Belajar teknik berfikir.

Anda semua harus faham bahawa teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih. Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan (yang bakal aku tempuhi sedikit hari lagi) menunjukkan anda adalah seorang yang bijak berfikir. Belajarlah bagaimana untuk berfikir dengan bijak. Aku bagi contoh, the 6 thinking hat” (enam topi berfikir) dan juga Edward De Bono” (pemikiran lateral) adalah salah satu teknik berfikir yang baik untuk anda pelajari.

6. Mintalah daripada pemiliknya.

Kita perlu ingat, idea itu adalah milik Allah. Mohon dan  mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda. Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadduk setiap hari selepas solat. Semoga setiap hari kita menjadi manusia yang kreatif berbanding sebelum ini.

idea kreatif, gambar pentagon, oktagon,

Cuba anda tengok gambar 1 dan 2, mana lagi menarik perhatian? Sudah tentu nombor 2 bukan? Sebabnya, aku sudah warnakan dengan tone yang agak menarik lah bagi aku, berbanding gambar no1. Orang zaman sekarang, sukakan benda yang lebih menarik dan juga mudah dan senang. Itu contoh kreatif yang aku boleh buat. Kepada Ann, aku sudah menjawabnya. Hehe..

Anda sudah bersedia untuk menjadi kreatif??

Sumber dan diolah, dari  Pakar motivasi. Admad Fadzli Yusof Profesional Trainer RK Training& Management.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik 6 idea menjadi lebih kreatif, cara untuk menjadi kreatif, ciri-ciri orang yang kreatif, idea yang diperlukan dalam organisasi, kreatif, kreatif dalam organisasi, mahu jadi kreatif, menjadi lebih kreatif

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. hyprobulksms says

    November 3, 2010 at 1:03 am

    Orang yang kreatif dan mengembangkan idea mereka biasanya akan berjaya.

    Reply
    • dnobiz says

      November 4, 2010 at 12:58 pm

      tapi nak mepelbagaikan cara pemikirang tu agak susah untuk dilatih melaikan memang dah semula jadi..,
      tapi bukan bermaksud tak boleh

      Reply
  2. syahrilhafiz says

    November 3, 2010 at 1:59 am

    ak rasa aku ni seorang yg kreatif tapi tak berseni…huhu

    Reply
    • RedBoys says

      November 3, 2010 at 8:48 pm

      ko kreatif ke? aku x tahu pon.. huhu…

      Reply
  3. hanz says

    November 3, 2010 at 3:00 am

    amin…mudah2an di permudah kan supaya kita sama2 lebih kratif…nice entry nie yang wat hari2 nak singah nie

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 11:57 am

      terima kasih.. dah exchange link… πŸ™‚

      Reply
  4. humbleyat says

    November 3, 2010 at 8:59 am

    orang kata klau nak ank2 jd kreatif, bykkan tengok kartun untuk mengembangkan daya imaginasi mereka;)

    tak percaya?kene la cuba dahulu.Cuba tengok negara jepun,kartun yang banyak, dan mereka pun kreatif2 jugak..

    Reply
    • RedBoys says

      November 3, 2010 at 8:49 pm

      rasanya betul juga kan..

      Reply
  5. Kamal Mustafa says

    November 3, 2010 at 9:01 am

    Orang yang kreatif jugak boleh menghasilkan idea yang simple menjadi sesuatu yang besar.contoh dengan menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan.

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 11:59 am

      yup betul tuh… mahu fikirkan seperti itu!!

      Reply
  6. khairolghani says

    November 3, 2010 at 9:23 am

    kena rajin berfikir dan jangan putus asa..tu masalah orang kita..malas berfikir dan cepat putus asa..kalau dapat atasi,boleh jadi makin kreatif dan berjaya

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:04 pm

      fikir2… mahu jadi kreatif…

      Reply
  7. Mohd Hafiz says

    November 3, 2010 at 9:45 am

    Kreatif dan inovatif……
    ya.. setiap insan harus punya sifat sedemikian/…
    keinginan utk mencuba dan terus mencuba… ha3..

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:07 pm

      cuba dan mencuba ..tanpa berputus asa…

      Reply
  8. piewahid says

    November 3, 2010 at 10:14 am

    salam,
    sgt menarik, t kasih.

    mohon izin copy, paste.

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:15 pm

      boleh… πŸ™‚

      Reply
  9. etomyam says

    November 3, 2010 at 10:37 am

    aku pun teruja nak jadi kreatif jugak zik…naper perkataan kreatif kena garis ni? πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:16 pm

      owh… ho sebab tag…hehe..

      Reply
  10. afiq aiman says

    November 3, 2010 at 11:08 am

    aku suka bnda yg kreatif terutama dalam bidang seni lukis dan photoshop…masih belajar dan terus belajar untuk menjadi lebih kreatif…nice artikel

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:16 pm

      owh mantap tuh… nanti kasi tunjuk ajar ek…hehe

      Reply
  11. padin says

    November 3, 2010 at 11:38 am

    salam..
    ye, nak menjadi kreatif bukan senang.. bagus teknik2 yang bro ketengahkan ni,

    bukan apa, orang yang ada talent pon belum tentu berguna kalau bakat yang ada tersimpan je, perlu seiring dengan usaha, keazaman dan kesabaran.

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:20 pm

      insyallah boleh.. apa yang penting…. ialah kesabaran..

      Reply
  12. Hadi Rofiee says

    November 3, 2010 at 12:39 pm

    Mulakan dengan no.6 dahulu, i’Allah pasti berjaya. :happy:

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:31 pm

      erm betul tuh…. silap susun nie..patutnya no 6 , letak kat no1.. huhu

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        November 6, 2010 at 2:09 pm

        Eh2, tak pa2. Ok dah tu. Hehe. :cheerful:

        Reply
  13. dedoku says

    November 3, 2010 at 1:13 pm

    aku berazam nak jadi kreatif lagi..lagi kreatif lagi bagus, tapi kreatif bertempat la..hehe

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 12:36 pm

      yah the creative thinking..

      Reply
  14. gnesop.com says

    November 3, 2010 at 2:11 pm

    mmg best jadi kreatif nih..
    nice info sharing bro πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:06 pm

      hehe… jadi kreatif…boleh jadi tumpuan orang…

      Reply
  15. tehr says

    November 3, 2010 at 3:56 pm

    kreatif juga perlu ada batasannya
    jangan terlebih kreatif hingga melanggar hukum agama, undang2 dan adat resam

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:07 pm

      kreatif tahap ekstrim tuh..

      Reply
  16. suri says

    November 3, 2010 at 4:44 pm

    ya untuk mejadi kreatig perlu ada kemahuan dlm diri dulu baru blh jadi pro aktif hee..

    zik. suri sslu gak mengusutkan akal baut origami.melalui youtube,,kekadang mati akal jap tapi bila dah dpt buat rasa bangga lagi sebab dapat ikut step by step sampi mjadi bentuk kotak yang sungguh cantik..:heart:

    ythnks zik sb bg semanagt pada suri dn kwn2 yang lain,, :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:08 pm

      wah hebat tuh… nanti ajar ya car nak buat origami… huhu

      Reply
  17. nash says

    November 3, 2010 at 5:29 pm

    pergh..pandai gak zik beri motivasi kat kami nie..
    hehehhe..mmg warna putih kosong tanpa corak mmg membosankan…warna hitam yang gelap tp bercorak2 menjadi menarik πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:22 pm

      erm patutnya warna lain..hehe.. takpe..kira menarik gak kan..heee

      Reply
  18. tengkorak emas says

    November 3, 2010 at 6:33 pm

    apa 6 thinking hat tu?

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:30 pm

      nanti aku terangkan minggu depan kot.. hehe..

      Reply
  19. kami says

    November 3, 2010 at 8:29 pm

    kreatif terletak pada individu tersebut kalau dia malas nak befikir susah jadinya..:)

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:31 pm

      hurm betul juga… kalau dah malas… semua benda tak jadi..

      Reply
  20. RedBoys says

    November 3, 2010 at 8:51 pm

    aku tengah cuba utk menjadi lebih kreatif utk akan dtg.. 😎

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:32 pm

      apa2 jer janji kreatif..hehe

      Reply
  21. fitri says

    November 4, 2010 at 12:06 am

    bkn mudah nak jadi kreatif…tp xsalah mencuba untuk menjadi kreatif!

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:37 pm

      tak salah pun..cuma kena sabar.. insyallah kreatif tuh akan datang… dengan sendirinya…

      Reply
  22. ProfHariz says

    November 4, 2010 at 2:50 am

    Kreatif? Aku tidak kreatif.. InsyaAllah dengan tips2 di atas mungkin akan ada satu perubahan πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:41 pm

      setiap orang mesti ada punya idea kreatif tuh… huhu

      Reply
  23. Nine says

    November 4, 2010 at 8:46 am

    imaginasi org2 kreatif nih selalunya tinggi..luar dari pemikiran sebenar rasanya…

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:55 pm

      luar kotak.. πŸ™‚

      Reply
  24. Ladfe Amir says

    November 4, 2010 at 9:32 am

    aku cuba berfikiran kreatif dan berbeza drpd semua org. tak peduli samaada ianya berjaya atau tidak. yg penting, aku akan melakukannya. InsyaAllah

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:56 pm

      ya.. peduli apa orang kata…

      Reply
  25. dnobiz says

    November 4, 2010 at 12:56 pm

    cuba berfikir secara bertentangan.., tapi jangan sampai tersasar dari hukum dah la

    Reply
    • Zik says

      November 6, 2010 at 1:58 pm

      batas2 harus diambil kira…

      Reply

Trackbacks

  1. Tweets that mention Menjadi lebih kreatif part2 | zikrihusaini.com -- Topsy.com says:
    November 3, 2010 at 6:42 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by Ideas .Think .Shares, mohamad nasrullah. mohamad nasrullah said: RT @zikrihusaini Menjadi lebih kreatif part2 http://bit.ly/b4pW6o […]

    Reply

Leave a Reply to padin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
%d bloggers like this: