Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Masa depan Harimau Malaya?? transformasi drastik diperlukan

Masa depan Harimau Malaya?? transformasi drastik diperlukan

Zik · Nov 24, 2013 · 13 Comments

Share this on WhatsApp

http://img845.imageshack.us/img845/1902/286i.png

Itulah yang sangat membimbangkan buat peminat tegar skuad kebangsaan yang mana prestasi semakin lama semakin menurun. Apakah formula terbaik untuk mengembalikan kegemilangan skuad harimau malaya ini terus beraksi dengan lebih baik?? Beberapa kekalahan demi kekalahan yang terpaksa ditelan banyak kali. Ketika ini ramai penyokong setia yang masih lagi mendokong pasukan kita ini, dahagakan prestasi yang lebih cemerlang dan juga dapat melakukan sesuatu dalam menempuh menaikkan mutu bola sepak di negara kita malaysia.

Insiden kekalahan berturut-turut dalam kempen kelayakkan piala asia 2015, Australia menampakkan skuad harimau malaya perlukan perubahan drastik dalam terus terjerumus kekalahan demi kekalahan yang memalukan.

Pemain berbakat besar, tetapi corak permainan tidak meningkat.

Ya, kita akui punyai nama-nama pemain kebangsaan yang berkaliber dan karisma yang tersendiri. Khairul Fahmi contohnya, penjaga gol yang cemerlang. Namun, disebabkan ada kelemahan dibahagian tertentu, beliau manalah mampu nak bertahan jer. Skill individu gelicik seperti Norsyahrul Idlan talaha pun cukup bagus. Tapi kita perlukan team work dan juga semua memainkan perananan yang penting.

Diperingkat bawah, skuad harimau muda dan yang lain-lain dilihat cemerlang. Tapi bila diperingkat kebangsaan nampak penurunan prestasi yang teruk sangat. Apa silap agaknya??

Apakah formula yang aku ingin merealisasikan harimau malaya terus bangkit??

Presiden FAM digesa letak jawatan

Desakan agar presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan baru diperkatakan. Media bahasa Inggeris seperti the Malay Mail dan the Star memang acapkali memberi bayangan jelas dan halus sejak 90-an. Sehingga kini tiada yang lantang bersuara menyatakan pendapat yang mampu membuatkan mereka ini memberi laluan kepada mereka yang lebih layak. Kecuali Khairiy Jamaluddin yang  tegas dan berusaha sebaik mungkin dalam menaikkan mutu bolasepak negara.

Ada juga yang menayangkan di kain rentang, presiden FAM sila letak jawatan. Namun, apakan daya, adakah mereka ini dengar??? Kalau nampak dan tahu pun. Diam seribu bahasa jerla. Tak pasal-tak pasal kita pulak yang dikenakan tindakan. Nasib badan.

Jurulatih.

Erm, mungkin kita perlukan sentuhan dari jurulatih negara-negara luar yang punyai banyak pengalaman dalam menguruskan pasukan yang gah dimata dunia. Hatta, alex ferguson pun boleh (poyo sangat tuh). Tak perlu kita sayangkan duit kita untuk pelaburan dimasa hadapan bola sepak negara kita yang kian malap. FAM kan banyak duit.

Aku harap, kontrak Datuk K raja Gopal yang akan berakhir hujung tahun ini, 2013. Harap jangan disambung lagi. Bagilah dekat orang pulak yang mengemudi skuad harimau malaya ini. Strategi, taktikal permainan skuad kebangsaan perlu diubah. Ujikaji datuk k raja gopal sudah banyak dikesan dan mudah dibaca oleh pihak lawan. Perlukan post mortem yang lebih jitu.

rajagopal,

Pelajari, contohi liga luar negara yang punyai rekod baik dalam ranking dunia.

Hah, kita boleh belajar dari jepun bagaiamana mereka menguruskan liga jepun mereka tuh dari segi strategi penjualan tiket, liga mereka macam mana dia structure, syarat-syarat dalam kuota pemain import, dan juga bagaimana mereka menguruskan pemain-pemain mereka.

Itu jerlah, yang aku ingin suarakan. Kata anda bagaimana, ada cadangan lain?? atau tidak setuju. Bagitahu jerla. Kita menyuarakan pendapat kerana sayangkan pasukan harimau malaya.

Share this on WhatsApp

Sukan harimau malaya perlukan jurulatih baru, masa depan harimau malaya, perubahan yang diperlukan dalam harimau malaya, transformasi diperlukan untuk skuad harimau muda

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Zuan says

    November 24, 2013 at 8:22 pm

    raja ni ego dengan ‘experiment’ dia.. memang tak dinafikan pengalaman dia hebat. dah tiba masa dia berundur..

    Reply
    • Zik says

      November 24, 2013 at 11:27 pm

      sudah sampai pun masanya.. dia gagal menunjukkan kpi yang sebaiknya..

      Reply
  2. Zikri Ahmad says

    November 25, 2013 at 11:49 am

    Berdasarkan pemerhatian saya, corak permainan Harimau Malaya tidak konsisten.
    Player seolah-olah sudah cukup selesa apabila dapat menyumbat 1 gol.
    Harap Harimau Malaya dapat berubah bagi mengembalikan semangat bola sepak seperti suatu masa dahulu.

    Reply
    • Zik says

      November 25, 2013 at 10:10 pm

      semangat morale da turun… Strategi sama je yang digunakan dah mudah dibaca..

      Reply
  3. suri says

    November 25, 2013 at 4:18 pm

    semoga kita dapat baiki mana yang terkurang

    Reply
  4. suri says

    November 25, 2013 at 4:18 pm

    zik peminat tema bola mana?

    Reply
  5. akubiomed says

    November 25, 2013 at 5:44 pm

    Teruk juga kena hentam.

    Reply
    • Zik says

      November 25, 2013 at 10:02 pm

      Gagal tunjukkan prestasi yang baik

      Reply
  6. titan says

    November 25, 2013 at 9:09 pm

    perubahan drastik harus dilakukan.

    gua setuju.

    Reply
    • Zik says

      November 25, 2013 at 10:01 pm

      Sangat diperlukan

      Reply
  7. Hafizul says

    November 27, 2013 at 7:37 pm

    Mungkin ada pihak yang sedang ambil tindakan sewajarnya tentang masalah ni..hehe

    Reply
  8. SA says

    November 28, 2013 at 1:19 pm

    pengurusan tu yang kena tukar
    salah urus, salah strategi, memang tak ke mana kita sudahnya

    Reply
  9. aimannajmy says

    December 2, 2013 at 3:58 pm

    Tukar pengurusan… nak berani maju ke depan.. program pembangunan perlu mantap even perlukan kos yang tinggi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.