• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Mark adam Juara Bintang bersama bintang minggu ke 3 2018

Mark adam Juara Bintang bersama bintang minggu ke 3 2018

Zik · Jan 29, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

BINTANG BERSAMA BINTANG,

Program realiti komedi yang dihoskan oleh AG bersama pelawak-pelawak terkenal seperti Abam, Achey, Ajak, Issey, Mark Adam & Shuk sebagai peserta yang akan bergandingan dengan selebriti jemputan bagi merebut wang tunai Rm 10,000.00 sebagai hadiah pada setiap minggu!

Betul tepat ramalan aku untuk minggu ini. Mark adam berjaya untuk minggu ini. Membawa cerita pasal kekeluargaan dan kemasyarakatan pada minggu ini. Mark adam bergadingan dengan Wan Sharmila minggu ini memang menjadilah.

Mark adam punya storyline untuk minggu ini memang ada mesej. Pasal suami isteri yang sibuk dengan media sosial hinggakan terlupa dengan perhubungan yang sedia ada. Semua sebab nak like banyak tuh. Tapi mesej yang disampaikan memang ianya betul dan memang terjadi pada hari ini.

Keseluruhan peserta. 

Ajak dan Wicha 

Kalau ikutkan minggu ini semua ada peningkatan yang sangat ketara berbanding dengan minggu-minggu yang lepas, kecuali ajak sahaja yang sangat drop. Tak tahu apa masalah apabila ajak terpaksa tukar jalan cerita hampir keseluruhannya mungkin kerana jalan cerita yang dia ingin sampaikan tidak lepas oleh pihak produksi kerana ianya mungkin bahaya.. So sebab tuh pukul 7 tadi ajak kena tukar balik. Bergandingan dengan wicha. Storyline pasal tuan rumah dengan pembantu rumah , tuan rumah dah lama menjanda 10 tahun tuh. Mesej macam ada kureng sket. Dengan ceritanya agak terabur, mungkin last minit. Biasa ajak idea semua memang tiptop kalau dalam maharajalawak. Chemistry mungkin agak kureng sket minggu ini.

Syuk dengan Doli syarif kumpulan Zero, 

Pasal hubungan dua adik beradik, yang terpisah. Ingatkan doli nih baiya dari bangladesh, sekali adik beradik daa dengan syuk. Kalau nak dibuat perbandingan, minggu lepas mungkin lagi best. Tapi dari segi nyanyian minggu ini ok. Tapi keseluruhan, syuk buat yang terbaik aku rasa. Kelakar pun memang ada. Cuma komen dari apek ada banyak delay beberapa things, mungkin itu yang kurang markah dari juri.

Abam dengan Pak Kodi (Ropie). 

Murah rezeki pak kodie, dapat dua kali job sebelum tuh minggu lepas berganding dengan mark adam, tapi kali ini bawak lagi best. Pasal pengantin, semua apa persediaan tak berapa nak ada. Itu jer bajet yang ada, kompang pakai radio, makan beradab pakai nasi bungkus polistren dan, serba kekurangan itu menyebabkan abam dengan ropie bergaduh. Tapi air yang dicincang takkan putus. Overall lawak semua best untuk dua gandingan ini.

Tambah lagi video majlis perkahwinan Abam minggu lepas di tempat belah lelaki tempat dia. Semua dia jemput dan dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Tak sempat semua dia nak layan, memang sangat busy. Tahniah buat abam bocey dan selamat pengantin baru bro abam.

Issey dengan Sabri Yunus. 

Memang terbaik , gandingan dengan sifu kembali. Mengimbau kenangan bersama pimai-pimai tangtu. Ianya sudah tentu mengimbau nostalgia bersama gandingan yang mantap ketika dahulu. Wan ismail golok, imuda, sebagai , mat over, lucy, arwah pak busu, arwah , semuanya kita rindukan gelagat aksi mereka. Aku rasa sebak pulak bila lagu intro pasal pimai pimai tangtu tuh. Sedih sangat. Kalau lah dapat comeback semula pelakon komedi tuh memang nostalgia beb. Ravi ada, Mak busu, pak Busu, pak Uda, Lucy, Wan Ismail Golok,Budin, Ahmad busu (mat deris). Mot over dan sebagainya.

Tapi apa jalan cerita yang dibawa dalam dialek kelate, penulis memang pahe walaupun berasal dari johor sebab saya memang bercampur dengan rakan2 dari pantai timur masa zaman belajar baik dari kolej sampailan zaman universiti. So tiada masalah untuk paham. Ia berkisar tentang anak muda zaman sekarang dengan dulu, dah lain dia punya pendekatan. Budaya hipster, we chat yang menjadi perosak bahasa itu sendiri. Issey juga membawa satu scene JKKK, kampung kalut, pak codie , semua takda, mana pergi. haha..

Komen juri , tiada cuma mungkin aura sabri yunus terlalu sifu. Komen dari apek biasa2 jerla kan. Dia pun tak mahu cakap banyak , tapi persembahan diaorang memang terbaik.

Achey dan Aiman tino. 

Gilerlah macam tak percaya jer apabila achey menjemput Aiman Tino menjadi sparring partner malam tadi. Aku pun tak sangka Aiman tino boleh berlakon dengan baik sekali. Mungkin ada beberapa pendekatan yang dibawa oleh Achey untuk dalam minggu ini. So berjaya deliver dengan baik sekali. Cerita pasal pancing, tapi ada mesej tersirat yang dibawa nya. Pasal umpan tuh, dengan ikan-ikan semua tuh ada jasanya kepada achey dan Aiman. Dari segi nyanyian ok sangat. Baiklah minggu ini.

 

 

 

 

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment juara minggu ke 3 bintang bersama bintang 2018, mark adam juara bintang bersama bintang minggu ke 3 2018, siapa juara mingguan bintang bersama bintang minggu ke 3 2018, ulasan penuh persembahan bintang bersama bintang minggu ke 3 2018

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss