Yah!! Mari cari kerja!
Itulah keluhan seorang penuntut tahun akhir yang semakin buntu dengan final examnya.
BioCareer 2010, yang memberikan fokus terhadap peluang-peluang dalam lingkungan sektor bioteknologi, dibuka pagi semalam dan hari ini dengan lebih 5,000 pelawat dijangka membanjiri acara yang berlangsung selama dua hari.
Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp), agensi peneraju bagi industri bioteknologi di Malaysia melancarkan dengan rasminya BioCareer 2010 pagi ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. (KLCC)
BioCareer merupakan satu platform ideal bagi pemusatan para siswazah, pencari kerja dan peserta industri yang meninjau pekerja berkemahiran dan berkepakaran daripada pelbagai sudut disiplin.
Bukan hanya pada pekerjaan penyelidik dan saintis sahaja.
Peluang-peluang yang ada bukan hanya tertumpu kepada para penyelidik, saintis dan biojuruteknik, tetapi banyak bidang-bidang lain yang boleh kita cari. Hurm, bagi aku kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya dapat lah pengalaman di interview kan? nak biasa-biasakan menjawab dengan tukang interview tuh cuak jugak beb!!
Para siswazah, lepasan universiti, pencari kerja dan orang ramai dipelawa ke BioCareer 2010 yang dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang, semalam dan hari ini, 14 November ( hai hari nih baru nak maklumkan) . Alamak semalam aku ada exam. Hari ini pulak, dah tak boleh nak focus lagi. Sebab ada paper hari isnin dan lagi satu sebenarnya tak berkaitan dengan kos aku, (alasan jer tuh!).
Doakan aku berjaya untuk paper terakhir hari isnin nih.
Sumber bernama.
etomyam says
molek ni, sempat lagi mana tahu kot2 ada rezeki
wazy says
Adeh,14 ek (hari ni)
tak sempat nak pergi plak
madlut says
buat la kat penang..boleh aku g..huhu
muhammad fakhruddin says
Tak silap ada juga pameran kerjaya minggu depan,di PWTC
ishak says
wau kalau akudiam kat kolumpo kan best huhu
Ali ridha says
aku tak layak nak mohon la.
Ali ridha says
pegi tengok je la.nak mohon tak boleh.