

Pertemuan yang tidak dijangka sebenarnya. Sepatutnya kita target mungkin jumpa final sepatutnya, tetapi kalau indonesia bertemu dengan australia takut tak jumpa langsung. So better kita jumpa terus di semi final dan kalau ada peluang rezeki bakal bertemu dengan australia semula di pentas final. Itu kita dah set mentaliti mahu ke final. Bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Biarpun masih terlalu awal untuk kita katakan skuad ini mahu mengekalkan kejuaraan memang bukan mudah.
Ini bergantung kepada kebijaksaan jurulatih membuat percaturan selain kita mahu pemain bermain kerja berpasukan yang lebih penting,dalam pertemuan dengan pasukan indonesia selaku juara kumpulan A tiada kalah langsung, 4 menang satu seri.
Perlawanan demi perlawanan, pemain pun sudah keletihan sebenarnya. Emosi dan mental kena betul-betul berada dalam keadaan yang optimum. Lagipun umur mereka masih hijau. Kesilapan yang sama berulang mengundang pada buat skuad kebangsaan semalam apabila keeper main gelecek dengan striker thailand. Hushh.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN B:
- AUSTRALIA 12 MATA
- MALAYSIA 9 MATA
- VIETNAM 7 MATA
- CAMBODIA 6 MATA
- THAILAND 5 MATA
- SINGAPURA 4 MATA
Mara biarpun tewas 0-1 keatas thailand.
Skuad bawah 18 tahun (B-18) negara berjaya menempah tiket beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan AFF B-18 meskipun tewas 0-1 kepada Thailand pada perlawanan kelima peringkat kumpulan semalam.
Nasib baiklah kali ni, kemaraan skuad negara itu dibantu oleh kemenangan Kemboja ke atas Vietnam, 2-1 lalu meletakkan kedudukan Malaysia sebagai naib juara kumpulan B dan dijadualkan bertemu juara kumpulan A, Indonesia di peringkat separuh akhir pada hari Sabtu ini (17 Ogos 2019).
Imbas kembali malaysia vs Thailand kumpulan B semalam. 15.8.2019 .
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia turun tanpa kelibat dua tonggak utama iaitu Muhammad Ajmal dan Azam Azmi yang digantung satu perlawanan. Malah, mereka turut diperkuatkan oleh Luqman Hakim Shamsudin dan Firdaus Kaironissam.
Separuh masa pertama menyaksikan Thailand lebih menguasai perlawanan dan mereka hampir memperolehi jaringan pertama pada minit ke 18 dan 21 namun rembatan kapten Thailand iaitu Kritsada Nontharat gagal menemui sasaran.
Selain itu, percubaan tersebut turut memberi semangat tambahan kepada mereka untuk terus mengandakan asakan ke kubu Malaysia tetapi deretan percubaan berbahaya mereka berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Firdaus Iman.
Pada minit ke 45, Malaysia sekali lagi bernasib baik apabila percubaan Thana Isor dalam kotak penalti menemui palang gol dan keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua.
Bermula babak kedua, skuad kendalian Brad Maloney mula mengaturkan serangan ke kubu Thailand dan menguasai perlawanan. Mereka juga hampir dihukum pada minit ke 50 apabila pemain lawan memanfaatkan bola muntah dari Firdaus namun pengadil mengesahkan jaringan tersebut tidak dikira kerana penyerang Thailand berada dalam kedudukan ‘off side’.
Di sebalik penguasaan Malaysia, kesilapan Firdaus Iman, yang cuba mengawal bola di luar kotak penalti, mengundang padah apabila Sitthinan bijak mencuri bola untuk menebus kesilapan awalnya pada minit ke-69 lalu menjadikan kedudukan kepada 1-0.
Pada minit 71, Malaysia memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan melalui Firdaus Kaironissam yang menerima hantaran cantik daripada Luqman Hakim namun percubaannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand. Keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
Satu perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan Australia menentang Myanmar. Australia mara selaku juara kumpulan B selepas membelasah Singapura 5-0. Perlawanan akhir kejohanan AFF B-18 akan berlangsung pada 19 Ogos 2019 (Isnin).
Perang media sosial lagi hangat.
Ini mesti korang akan tahu biasa tak kiralah siapa yang siapa mula dulu. Memang akan ada gaduh-gaduh macam inilah. Malingsia- malingsia, dasar claim. Apa lagi? Indon-indon. Garudadaku, dasar goblok. Macam-macam lah. Tapi biasa kita gaduh-gaduh media sosial ini kasi lagi hangat perlawanan ini. Tak tahulah ini perang media sosial memang takkan habis. Cuma kita risau bila lawan dinegara mereka. Memang kena standby lah, baracuda. Kot-kot kena baling dengan botol , kaca ke apa. Itu kita risau dengan penyokong mereka yang tidak bertamadun. Lagi kalau kalah, lagilah diaorang apa nak diclaim nya nanti. Habis selingan.
Berbalik kepada perlawanan hari sabtu ini nanti. Bagaimanakah untuk mengatasi pasukan lawan indonesia kali ini?? Kita tidak boleh memandang rendah pasukan indonesia ini, biarpun mereka tidak lalui perlawanan yang pressure seperti malaysia. Mereka pasti mahu menang juga, seperti malaysia.
Setakat ini skuad Indonesia U-18 masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah muncul sebagai juara kumpulan A. Mereka tekad mahu menewaskan Malaysia esok sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir sebagai hadiah hari kemerdekaan negara tersebut yang ke 74.
“Ini tentu menarik, ibarat ‘derby melayu’, kerana setiap kali Malaysia dan Indonesia bertemu dalam mana-mana pertandingan sukan, selalunya akan menjadi tumpuan rakyat dua negara ini.
“Untuk memastikan pemain saya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, kami telah membuat persiapan lebih awal,” tambah Fakhri.
Jangan pandang rendah pasukan malaysia Dong!!
Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak memandang mudah kepada Malaysia selepas skuad kendalian Brad Maloney melakukan kejutan dengan menewaskan Australia beberapa hari lepas.
“Kami sudah lihat perlawanan mereka menentang Australia kelmarin, kemudian menilaikan corak permainan mereka melalui rakaman video. Beberapa kelemahan dan kelebihan pasukan Malaysia sudah dikenalpasti,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Malaysia B-18, Brad Maloney mengakui anak buahnya kepenatan dan tidak bermain seperti biasa setelah tewas kepada 0-1 Thailand semalam.
“Ia bukan persembahan terbaik semalam tetapi inilah kesukaran yang kami tempuhi apabila beraksi dalam lima perlawanan bagi tempoh sembilan hari. Tidak mudah buat pemain untuk proses pemulihan setiap dua hari tetapi mereka telah lakukan yang terbaik,” katanya.
Hanya prestasi cemerlang dalam saingan seterusnya mampu mengubah persepsi netizen terhadap skuad negara yang tercalar maruahnya ketika ini.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply