Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia u23 mara ke final bertemu Indonesia u23 (Bola sepak sukan sea 2011)

Malaysia u23 mara ke final bertemu Indonesia u23 (Bola sepak sukan sea 2011)

Zik · Nov 20, 2011 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

vietnam u23 vs brunei u23, result vietnam u23 vs brunei u23 sea games 2011, brunei u23 0 vs vietnam u23 8

Tahniah kepada pasukan malaysia yang telah berjaya menempah tiket akhir setelah menewaskan myanmar 1-0 pada perlawanan petang tadi. Namun, kita akan bertemu sekali lagi kepada pasukan indonesia yang berjaya mengalahkan Vietnam 2-0.

Keputusan penuh separuh akhir:

MALAYSIA U23 [1] VS [0] MYANMAR U23
Ahmad Fakri Sha’rani (85)

INDONESIA U23 [2] VS [0] VIETNAM U23
Patrick(61), Bonai (85)

Ulasan malaysia u2 vs Myanmar u23.

Tak dapat nak dipastikan pada babak pertama. Macam masih tidak mendapat rentak permainan. Malaysia diasak dengan teruk juga. Mujurlah Musim ahmad menjaga pertahanan dengan baik. Namun, Khairul Fahmi tidak bekerja keras pada separuh masa pertama. Agak gementar dan main secara berhati-hati. Belum mendapat rentak yang dimaksudkan.

Selain, fakri yang terpaksa bermain seorang sebagai striker di depan agak sukar untuk membuat percubaan. Namun, Syahrul Azwari ada juga membuat  beberapa percubaan yang hampir-hampir menjaringkan gol, cuma dia kurang mendapat support dan finishing agak lemah sedkit. Dan juga fandi othman yang banyak mengawal bola dan membuat hantaran jarak jauh.

Separuh masa kedua.

Baru nampak sedikit penguasaan malaysia dalam serangan. Namun, serangan masih buntu. Kemasukan izzaq faris sedikit sebanyak ada beberapa siri serangan yang berkualiti.

Fakri Sha’rani bangkit dari kritikan!

Akhirnya disaat minit-minit yang terakhir (5 minit lagi ) fakri sha’rani membuktikan beliau adalah pemain yang ada nilainya berjaya menyelamatkan maruah malaysia untuk mara ke peringkat akhir. Ia sama seperti Tahun 2009 ketika semi final, fakri juga menjaringkan gol untuk mara ke peringkat akhir. Lawan mana, tak berapa ingat.

Satu pergerakkan yang dimulakan oleh Izzaq, kemudian membuat cross kepada irfan fazail dan menyepak terkena pemain myanmar dan ketika itu Fakri dah berlari dari jauh, sepak terus masuk dalam gawang. Kedudukan yang sangat sukar menampan bola pusing itu, Fuh!!!

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Indonesia Menunddukan Vietnam 2-0.

Satu perlawanan yang agak aggresif mengikut apa yang dilihat dari mata kepala aku sendiri. Ditambah dengan keadaan hujan pada separuh masa pertama. Separuh masa pertama takda gol dihasilkan. (sorry tak tengok 1st half).

Separuh masa kedua.

Indonesia terus mengasak dan larian laju dari pemain-pemain  penyerang tunggak seperti okto, patrick dan bonai memang sangat merbahaya.

Indonesia mendapat peluang gol dari sepakan percuma dari Patrick yang rasanya terkena pemain vietnam dalam membuat benteng. Keadaan yang agak licin, mungkin sukar untuk penjaga gol melompat. Bola itu leret tapi.

Gol kedua.

Memang tidak dinafikan, pemain bernama Bonai tangkas dan laju menggelicik bola dan menyepak dengan kencang terkena kaki pertahanan dan bola itu lambung, penjaga gol agak tertipu dengan keadaan itu, menyebabkan gol.

Indonesia terus mengasak berbagai percubaan merbahaya dan hampir go lsekali lagi. namun berjaya diselamatkan oleh pertahanan. Kerajinan yang ditnjukkan perlanawanan malam itu tadi. Benar-benar berbeza ketika berlawan malaysia tempoh hari. Ternyata strategi indonesia berhasil untuk kali ini.

Perlu diingatkan bola itu bolat.

Macam-maca boleh terjadi. Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan ini. Yang penting ialah kekalkan perpaduan dan hilangkan rasa iri hati, busuk hati, dan kebencian didalam hati. Kita  sebagai penyokong biarlah menjadi penyokong pasukan yang bermaruah.

jangan lupa:

  • Lokasi: STADIUM BUNG KARNO INDONESIA
  • Tarikh: 21/NOVEMBER/2011
  • Masa: 8 PM (WAKTU MALAYSIA)
  • Live: RTM, TV3dan ASTRO ARENA 801

Sumber video gol sokernet.com

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan malaysia u23 vs myanmar u23 2011, keputusan perlawanan separuh akhir sukan sea 2011 (bolasepak), malaysia bertemu indonesia sekali lagi final sukan sea 2011, malaysia tumpaskan 1-0 myanmar sukan sea 2011)bola sepak, Malaysia u23 mara ke final bertemu Indonesia u23 (Bola sepak sukan sea 2011), malaysia u23 [1] vs myanmar [0] sukan sea 2011, tarikh akhir final bola sepak sukan sea 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. zulkbo says

    November 20, 2011 at 12:56 am

    salam Zikr..
    satu kejutan juga buat
    team muda kita..nak
    kena lawan lagi Indon..
    pasti dendam kalah tempohari
    mereka akan provok permainan

    Reply
  2. Juan says

    November 20, 2011 at 4:08 am

    kita nantikan episode akhir ini, harap malaysia menang

    Reply
  3. farhan says

    November 20, 2011 at 4:15 am

    malaysia jumpa balik indonesia di final

    Reply
  4. b3njy says

    November 20, 2011 at 8:46 am

    Betul tu Zik, pada mulanya b3njy geram betul dengan fakri sebab mensia-siakan peluang sekurangnya 3, namun dia telah menjaringkan gol penting walaupun gol tu tak cantik macam budak sekolah rendah tendang bola namun ia telah mengembirakan seluruh peminat bolasepak Malaysia. Tahniah harimau muda.

    p/s : b3njy sedang mengadakan kempen marilah menderma kepada anak2 yatim. Jika Zik ingin menghulurkan derma dan menyokong kempen sila layari entri di bawah. Semoga sedikit sumbangan kita dapat meringankan beban mereka. Terima kasih.

    Reply
  5. akubiomed says

    November 20, 2011 at 3:14 pm

    Skuad Garuda muda lebih berkeyakinan selepas menang besar 2-0 ke atas Vietnam. Harimau muda perlu bermain bermatian-matian supaya perak bertukar menjadi kilauan emas.

    Reply
  6. Arif says

    November 20, 2011 at 4:32 pm

    Selamat buat Malaysia dan Indonesia
    Moga-moga kedua tim bisa memberikan permainan yang terbaik, sportif dan dapat menghibur suporter dari kedua negara untuk pertandingan esok hari.

    Reply
  7. tehr says

    November 20, 2011 at 4:58 pm

    indonesia nampak lebih yakin tu
    satu perlawanan akhr yg sengit nanti

    Reply
  8. Miss Yati says

    November 20, 2011 at 5:53 pm

    Sekali lagi bertemu dengan indonesia. Perlawanan sengit, harap pasukan negara masuk ke padang dengan semangat perjuangan yg tinggi 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.