Malaysia’s Lee Zii Jia plays a shot to Japan’s Kento Momota during the men’s singles quarter-final match on day three of the All England Open Badminton Championship, at the Utilita Arena in Birmingham, central England, on March 19, 2021. (Photo by Adrian DENNIS / AFP)
Bukan mudah untuk perlawanan menentang pasukan Jepun, biarpun menang agak selesa 3-1. Ianya bukan hanya dari individu semata-mata, ternyata bermain berpasukan sebab masing-masing para pemain di luar gelanggang memberi sokongan padu.
Last kita mara separuh akhir pada tahun 2016 dah 8 tahun beb , lama tuh. Juga kita juara tahun 1992, itu lagi lama haha. Aku harap pasukan Malaysia mampu melakar kemenangan dalam perlawanan demi perlawanan. Siapa lawan kita, terus langgar. Perlawanan suku akhir berlangsung di Pusat Sukan Chengdu, China.
MALAYSIA JUMPA CHINA SEPARUH AKHIR.
Jumpa dengan pasukan tuan rumah, pastinya sangat sukar buat para pemain untuk beraksi sebaik mungkin. China sebelum ini, tewaskan pasukan India sama juga macam Malaysia 3-1.
Lee Zii Jia (ranking ke 10 dunia) terlebih dahulu menceriakan kem negara selepas beliau tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain ranking ke-11 dunia, Kenta Nishimoto menerusi permainan ‘straight set’. Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling kejar-mengejar mata dan terikat pada kedudukan 11-11. Namun, Zii Jia selepas itu tampil dengan cukup garang untuk menang 21-13.
Pemain Jepun serba tak menjadi.
Segalanya bagai tidak menjadi buat Nishimoto pada set kedua dimana beliau melakukan banyak kesilapan-kesilapan mudah yang jelas mengganggu rentak beliau sepanjang perlawanan. Kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh Zii Jia untuk mendominasi permainan sekali gus mengesahkan kemenangan pertama buat skuad negara dengan mata 21-3.
Ia juga merupakan kemenangan kelapan buat Lee Zii Jia ke atas Kenta Nishimoto selepas mengharungi 11 perlawanan sesama sendiri. Jepun mengikat kedudukan 1-1 menerusi beregu pertama selepas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi berhempas-pulas untuk menundukkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 18-21, 21-14, 21-19.
Pasangan ranking keenam dunia itu sentiasa menjadi masalah buat Aaron dan Wooi Yik yang sudah tewas tujuh perlawanan berturut-turut. Leong Jun Hao mempamerkan corak permainan mantap bagi menundukkan pemain yang berada di ranking lebih baik, Koki Watanabe untuk kembali meletakkan Malaysia dihadapan.
Pemain perseorangan kedua itu dilihat cukup tenang dalam mengajak Watanabe bermain di jaring dan sering kali memerangkap lawan tersebut. Aksi kemas pemain berusia 24 tahun itu membolehkan beliau melangkah keluar gelanggang dengan penuh bergaya hasil kemenangan 21-13, 21-10.
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani memastikan slot separuh akhir menjadi milik Malaysia selepas mereka menundukkan Akira Koga-Taichi Saito dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan 18-21, 21-15, 21-12.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply