Awal pagi tadi mengecewakan semua rakyat malaysia apabila malaysia kecundang dengan denmark 2-3. Tak mengapalah, kita harap pasukan malaysia lebih berhati-hati dan susun strategi yang lebih baik untuk bertemu dengan indonesia. Kita harap beregu malaysia lebih baik untuk perlawanan bertemu pasukan indonesia ini.
KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA 2-3 DENMARK
- Lee chong wei VS Victor Axelson. 21-9, 21-19
- Goh V Shem-Tan Wee Kiong VS Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding. 24-22, 15-21, 15-21
- Le e Zii Jia VS Hans-Kristian Vittinghus 21-18, 21-18.
- Aaron C. T. F. / Yi T. E. VS Boe M. / Christiansen M. 21-19, 10-21, 18-21
- Zulkarnain vs Jan O Jorgensen 21 -16, 17-21, 14-21
BANGKOK 24 Mei 2018- Selepas berjuang sengit sehingga permainan kelima, Malaysia akhirnya akur dengan kekalahan 2-3 kepada juara bertahan, Denmark untuk menutup kempen Kumpulan D selaku naib juara di Impact Arena, di sini hari ini.
Ketika kedudukan tegang 2-2, Iskandar Zulkarnain Zainuddin hampir muncul wira pasukan negara, namun akur dengan kekalahan 21-16, 17-21, 14-21 kepada Jan O Jorgensen yang lebih tenang dan banyak pengalaman dalam pertarungan yang super hebat mengheret ke set penentuan.
Kebangkitan hebat yang ditunjukkan pendatang baharu Piala Thomas, Lee Zii Jia dan mata pertama yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei menjadi permulaan positif buat Malaysia.
Beregu muda yang hanya merasai pentas Piala Thomas buat kali pertama, Aaron Chiah-Teo Ee Yio bagaimanapun gagal melakar kejutan ketika berdepan Mathias Boe-Mathias Christiansen apabila tewas 21-19, 10-21, 18-21 untuk kedudukan 2-2.
“Pada set pertama dan kedua saya memang agak tertekan, tetapi saya lihat lawan juga sedikit hilang fokus jadi saya ambil kesempatan untuk kutip mata. Di set kedua selepas ketinggalan jauh, saya hanya cuba yang terbaik dan cepatkan permainan.
“Saya sangat gembira dapat menyumbangkan mata dalam perlawanan besar seperti ini, namun yang lebih penting ia meningkatkan keyakinan saya sebab ini Piala Thomas satu kejohanan yang sangat penting dan saya mewakili negara,” kata Zii Jia.
Turun dengan dihantui tiga kekalahan berturut-turut dalam pertemuan terakhir mereka, Chong Wei, 36, bagaimanapun membuktikan usia bukan penghalang untuk mengalahkan pemain yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Axelsen 21-9, 21-19.
Selepas mendahului 1-0, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bagaimanapun gagal mengukuhkan kedudukan Malaysia apabila tewas 24-22, 15-21, 15-21 kepada beregu No. 5 dunia, Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding.
Sedar dia tidak boleh kalah jika mahu mencerahkan peluang Malaysia, Zii Jia, 20, menunjukkan semangat juang tinggi apabila bangkit dari ketinggalan 6-16, 12-18 di set kedua sebelum menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 21-18, 21-18.
Selepas Aaron-Ee Yi gagal menghadiahkan mata kemenangan, Iskandar melangkah ke gelanggang dengan meyakinkan untuk memenangi set pertama tetapi tumbang dalam dua set berikutnya.
Leave a Reply