Fuh perlawanan malam tadi memang satu epik perlawanan yang bersejarah buat skuad bawah 23 tahun. Mana taknya. Separuh masa kedua, skuad kita terpaksa bertahan.
Tetapi separuh masa pertama, kita berjaya mendapat bekalan secukupnya denan adanya 2 gol kelebihan, dari
- Irfan Fazail minit ke 8 (M)
- Wan Zack Haikal minit ke 41 (M)
Skuad mula goyah apabila Gary Robert dilayangkan kad kuning kedua(kad merah)pada minit ke 50, menjadikan perlawanan jadi semakin kelam-kabut dibahagian pertahanan malaysia. Lubnan menguasai permainan pada separuh masa kedua.
Ong kim swee semakin resah, apabila gawang bocor pada minit ke 63, Chadie Atie menanduk bola masuk ke gawang, merapatkan jurang kedudukan lubnan untuk mengejar seri sahaja sekurang-kurangnya untuk layak ke peringkat seterusnya.
Walaupun begitu, pasukan kita berjaya bertahan sehingga minit ke 93 wisel penamat dibunyikan dari pengadil jepun. Kelegaan buat semua pemain, penyokong,jurulatih dan juga pengulas sukan amatur ini. Asakan keras dan juga hantaran jarak jauh dari Lubnan sangat merbahaya. Fuhhhh.
Siapa pemain terbaik.
Khairul Fahmi, sebagai kapten pasukan agaknya kot dapat pemian terbaik. Banyak percubaan gol diselamatkan malam tadi.
Apakah langkah seterusnya setelah kemenangan bermain dengan 10 orang malam ini? Malaysia bersama-sama 12 lagi pasukan dari negara Asia akan ditempatkan di dalam 3 kumpulan yang mana 4 pasukan setiap satu kumpulan dan juara akan ke London untuk kejohanan bola sepak Sukan Olimpik 2012.
Manakala tempat kedua setiap kumpulan akan bermain sesama sendiri dan yang menang akan lawan dengan pasukan di benua Afrika untuk ke Sukan Olimpik 2012.
Dalam Sukan Olimpik 2012, ada 16 pasukan akan bermain dalam perlawanan bola sepak iaitu:
- 3 dari benua Asia
- Great Britain
- 3 dari benua Afrika
- 2 dari Amerika Utara, Amerika Tengah dan Rantau Carribbean
- 2 dari Amerika Selatan (Brazil dan Uruguay sudah menempah tiket)
- 1 dari negara-negara Ocenia
- 3 dari benua Eropah (so far Sepanyol dan Switzerland sudah layak)
- 1 playoff antara naib juara kumpulan Asia lawan tempat ke-4 benua Afrika
Kemenangan dramatik 2-1 ke atas Lubnan membuktikan Malaysia berada dalam 12 pasukan terbaik Asia (team B-23). Namun, begitu masih belum layak ke Sukan Olimpik 2012, kemampuan layak ke fasa kumpulan peringkat kelayakan adalah peningkatan yang agak membanggakan. halangan seterusnya tentulah bukan calang-calang pasukan.
Apepun, buat skuad bimbingan ong kim swee, tetap diucapkan tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Olimpik Malaysia setelah berjaya ke peringkat seterusnya iaitu menang 2-1 menentang Lubnan dalam pusingan kedua malam tadi. Ia peningkatan dari perlawanan 1st leg di Lubnan tempoh hari.
Update: FULL TEAM LAYAK KE ROUND-3 OLYMPIC Q ASIAN :
Malaysia ,Japan, South Korea, Australia, Uzbekistan, Saudi Arabia, Syria, Qatar, Iraq, Bahrain, United Arab Emirates, Oman.
Undian kumpulan akan dibuat pada 7 july nanti di AFC HOUSE, kuala lumpur, malaysia. 3 kumpulan dengan 4 negara dalam 1 kumpulan. Juara setiap Kumpulan nanti akan terus layak ke Pusingan Akhir Sukan Olimpik 2012. (katanya malaysia nih dah layak ,entahla)
Jom kita tengok gol dari malaysia dan lubnan (akan diupdate)
Gol dari Irfan Fazail minit ke 8 :
Gol dari wan zack haikal minit ke 40 :
Gol dari Lubnan dari Chadie Atie minit ke 63:
credit info sharinginfo
wah zik memang selalu update pasal sukan femes ni… tahniah Malaysia layak ke pusingan seterusnya… terima kasih zik…
tahniah la Malaysia..
dah lama tunggu..
terus maju jaya!
alhamdulillah..menang. untuk next..harap tak jumpa korea dengan jepun..arab saudi pun jangan..tapi rasanya..semua pasukan gila-gila gak terernya..
x pe kalau jumpa korea ngan jepun…..at least baru ada ngam nyer……. ari tu pun malaysia leh beat team korea……kenapa lawan team2 gergasi lain x leh?? insyallah leh……. malaysia skrang bagus…..bukan macam taun 2007 ari tue…….tunggang langgang skuad malaysia…..
Mujur menang walaup agak mencemaskan… Apa pun tahniah buat skuad negara! Perjuangan masih belum selesai..
Tanniah kepada Malaysia. Perjalanan Malaysia selepas ini penuh dengan berliku. Apa yang penting buat terbaik kalau Lubnan berjaya ditumbangkan dan tidak mustahil untuk yang lain
Tahniah MALAYSIA ku..anyway tahniah utk org kampung koi, wan zack haikal….Org Maran mmg berbakat…
P/S: kalo FAM nak cari pemain berbakat mai la turun Maran, ramai lg ada..tp xde berpeluang & nk tonjolkan diri….
gumbire tak terkate….
rase nak nyanyi lagu negara ku jew…. 🙂
Tahniah la malaysia kerana berjaya menang ke atas lubnan..Harap dapat terus perbaiki cara permainan kerana selepas ini lawan bagi Malaysia bukan lagi calang2 pasukan..
Cayalah M’sia..
Suka player no.8 encem 😉
tahniah kepada pasukan malaysia. harap dorang dapat mengekalkan prestasi