• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / MALAYSIA MELANGKAH KE SEMI FINAL , TEWASKAN SINGAPURA 4-1 , AFF 2022

MALAYSIA MELANGKAH KE SEMI FINAL , TEWASKAN SINGAPURA 4-1 , AFF 2022

Zik · Jan 4, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

keputusan malaysia vs singapura

KEPUTUSAN PENUH :

MALAYSIA 4-1 SINGAPURA.

Jaringan oleh :

  1. Darren Lok 35″
  2. Stuart Wikin 52,55″
  3. Sergio Aguero 88″
  4. Faris Ramli 85″

KEDUDUKAN KUMPULAN B:

  1. VIETNAM 10 MATA 
  2. MALAYSIA 9 MATA 
  3. SINGAPURA 7 MATA
  4. MYANMAR 1 MATA
  5. LAOS 1 MATA

Kemenangan keatas pasukan Singapura pada malam ini sudah dijangka. Cuma kita tak tahu berapa gol yang akan dapat. Tak sangka boleh menang besar 4-1 di gelanggang keramat kita pada malam ini bertemu dengan pasukan jiran kita Singapura bukanlah lawan yang mudah. Ikut track rekod, memang kelebihan buat Singapura, last match pun kita kalah 1-2 perlawanan persahabatan biarpun kita menguasai perlawanan, dari segi pass dan percubaan.

Tetapi perlawanan pada malam ini vibe yang berbeza sokongan padu pemain ke 12 pada malam ini wajar dipuji. Ianya memberi adrenaline kepada pemain pada malam ini bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan tiga mata penting untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir membuahkan hasil akhirnya. Petang tadi hujan. Mujurlah kita dah beli kanvas baru untuk tutup kawasan padang dari padang basah.

AWAL PERLAWANAN, MALAYSIA TERUS MENGASAK. 

Separuh masa pertama pasukan Malaysia bermula garang , banyak percubaan tetapi tidak tajam dan tak menepati sasaran. Faisal halim pun ada juga beberapa percubaan tetapi beliau juga dijaga rapi.  Skuad kendalian Kim Pan-gon yang turun dengan misi wajib menang, bermula garang pada separuh masa pertama perlawanan dengan mendominasi permainan, malah membuat beberapa percubaan berbahaya namun tidak menghasilkan sebarang gol.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-35 apabila Darren Lok menanduk kemas hantaran lintang Safawi Rasid pada minit ke-35, menewaskan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny, sekali gus menggegarkan seluruh stadium dengan jeritan penyokong yang hadir lebih kurang 60 ribu yang datang memberi sokongan padu.

SEPARUH MASA KEDUA. WILKIN LEDAK 2 GOL.

Enggan selesa, serangan bertali arus diatur Harimau Malaya sebaik masuk separuh masa kedua, dan gol kedua hadir pada minit ke-51 menerusi Stuart Wilkin yang merembat deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Hassan Suni. Kena beranai cuba try shoot jauh dari kotak penalti. Penjaga gol vietnam setakat ini belum bolos lagi. Harap kita mampu tewaskan pasukan vietnam dalam pertemuan akhir kalau ada rezeki dalam final mungkin. Kena tewaskan pasukan Thailand terlebih dahulu.
Wilkin sekali lagi menghadiahkan gol ketiga untuk pasukan negara apabila merembat masuk hantaran Safawi pada minit ke-54. Singapura yang tidak ingin mengalah akhirnya memperoleh gol pertama menerusi Faris Ramli pada minit ke-85. Kita pun tak pasti belanja ke apa. Tapi jangan seronok sangat. Nasib baik Faris ramli masuk pun second half dah tengah2 nak habis. Dia sepatutnya masuk full skuad, bukan sebagai sub. Faris Ramli dengan liga super memang dia dah biasa. Sama dengan Harris Harun.

MALAYSIA TAMBAH DERITA, GOL TERAKHIR SERGIO AGUERO, CANTIK BEB.

Harimau Malaya bagaimanapun tidak memberi peluang dan sekali lagi memperoleh gol keempat melalui Sergio Aguero pada minit ke-88, hasil gerakan dari Khairi Ajmal. Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7, hari sabtu ini (bukit jalil)  dan 10 Januari ini (Thailand). Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara kumpulan B, Vietnam yang akan berhadapan naib juara kumpulan A, Indonesia.
Share this on WhatsApp

AFF, Sukan AFF 2022, harimau malaya jinakkan singapura 4-1 piala aff 3.1.2022, MALAYSIA MELANGKAH KE SEMI FINAL, MALAYSIA tewaskan singapura 4-1 piala aff 3.1.2023, TEWASKAN SINGAPURA 4-1

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss