• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / FRIENDLY / MALAYSIA MARA KE FINAL TEWASKAN THAILAND PENENTUAN PENALTI 5-3 , KING CUP 2022

MALAYSIA MARA KE FINAL TEWASKAN THAILAND PENENTUAN PENALTI 5-3 , KING CUP 2022

Zik · Sep 23, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

KEPUTUSAN THAILAND 1-1 MALAYSIA

Biarpun kita kecewa dengan Azam azih  (bukan salah dia 100%, faktor kepenatan, KPG tak mahu tukar dia) yang telah menyebabkan thailand menyamakan kedudukan (free kick dan disambar penyerang thailand) disaat lagi beberapa saat perlawanan habis, namun dipenentuan penalti, malaysia lebih bersedia dalam menewaskan pasukan gajah putih ini.

Pertarungan ini dilangsungkan di Stadium 700th Anniversary Of Chiangmai, Thailand. Malaysia berdepan dengan tuan rumah Thailand dalam aksi pertama King’s Cup 2022. Nama Corbin Ong pastinya menjadi tumpuan kerana dia menjaringkan gol pada masa sebenar dan menjaringkan penalti kemenangan.

KEPUTUSAN PENUH THAILAND 1-1 MALAYSIA

Penentuan penalti THAILAND 3-5 MALAYSIA

Secara keseluruhannya memang penguasaan bola dipegang oleh pasukan thailand. Malaysia belum settle down awal minit permainan bermula. Gerakan lincah messi thailand, Chanatip mengucar kacirkan pertahanan sebelah kanan . Namun masih dapat dikawal dengan baik. Namun , Chanatip mengalami kecederaan, dia diganti dengan Sumanya Purisai dia pun boleh tahan juga. Tapi tak selincah Chanatip. Ketiadaan chanatip dibahagian serangan thailand kurang kreatif .

Kekurangan itu pasukan harimau malaya apabila sudah mula mendapat rentak permainan 10 minit ke atas.  Malaysia memulakan perlawanan lebih baik. Di mana pressing dari Malaysia hampir memerangkap penjaga gol Thailand apabila Darren Lok menekan penjaga gol Thailand di depan gawangnya. Dia terus buang bola tuh , dan malaysia dapat sepakan sudut. Nyaris-nyaris juga nak gol masa  tuh. Kalau Mane yang main tuh, dah boleh masuk gol .

Di barisan pertahanan Malaysia pada separuh masa pertama cukup baik. Khuzaimi Piee menunjukkan kualitinya selaku pemain bek tengah.  Hampir semua serangan dia dapat patahkan.  Pad separuh masa pertama, Thailand bergelut untuk mendapatkan rentak. Gerakan gerakan mereka dimusnahkan dengan agak mudah oleh Malaysia.

GOL TUNGGAL CORBIN ONG MERANCAKKAN SERANGAN MALAYSIA. 

Pada minit ke-33, Malaysia di hadapan menerusi Corbin Ong. Assist dari Safawi Rasid yang berjaya melakukan hantaran memukau dari kanan. Corbin Ong melepasi kawalan dari arah belakang gol dan dengan kemas menampan bola masuk ke dalam gawang. Malaysia didepan ketika itu. 

Separuh masa pertama, Malaysia di hadapan dengan 1 gol tanpa balas oleh pasukan tuan rumah.

 

Separuh masa kedua Thailand memperbaiki rentak mereka. Mulai mencipta peluang awal. Faisal Halim menggunakan kelincahan dan kelajuannya untuk mencipta peluang gol pada minit ke-54, tetapi dipintas oleh pertahanan Thailand. Minit ke-60, Darren Lok memiliki peluang keemasan dari tandukkan namun percubaan Darren Lok dapat ditampan sebab bola tuh tak berapa nak kencang dan tepat dekat keeper.

Thailand kemudian memiliki peluang keemasan menerusi Suphanat namun berjaya diselamatkan oleh Syihan Hazmi. One to one tuh masa tuh. Mujurlah Syihan lebih tenang dan dia diantara penjaga gol yang hebat. Syihan kemudian melakukan point blank save menyelamatkan tandukan pemain Thailand yang betul betul depan matanya. Thailand terus cuba mengasak ke kubu Malaysia. Namun kreativiti tak berapa nak menjadi.

MASA KECEDERAAN, THAILAND MENYAMAKAN KEDUDUKAN 1-1

Thailand mendapat 2 sepakan percum dari luar kotak pada masa kecederaan. Sepakan percuma kedua adalah kerana kekasaran Azam Azih di luar kotak penalti seba ada bengkes pemain thailand. Dia pun dah penat masa tuh. Dapat terus kad kuning kedua.

Thailand menggunakan kesempatan terakhir untuk menyamakan kedudukan. Tensen beb masa 1-1. Mujurlah perlawanan terus ke penentuan penalti. 1-1,2-2,3-3, dan malaysia leading 4-3. Shiyan berjaya menafikan satu sepakan penalti dari Thailand dan Malaysia berjaya menang dengan penalti 5-3 beb. Selepas ini hari ahad pasukan harimau malaya akan bertemu dengan pasukan Tajikistan yang menang keatas Trinidad Tobago 2-1. 

PENENTUAN PENALTY THAILAND 3-5 MALAYSIA

Share this on WhatsApp

FRIENDLY, Sukan KING CUP 2022, MALAYSIA MARA KE FINAL TEWASKAN THAILAND PENENTUAN PENALTI 5-3

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss