Sebenarnya bukan mudah dan senang untuk kecapi kejayaan pada perlawanan hari ini. Ada drama sinetron masa awal tahun kita ada kecoh sikit pasal lee Zii Jia nak keluar dari BAM dan BAM pulak nak banned dia sertai kejohanan selama 2 tahun. Kita semua nitizen memang sangat marah dan kecewa dengan keputusan itu. Mujurlah ada jalan penyelesaian buat lee zii Jia. Akhirnya ada win-win situation , BAM tarikh balik gantung lee Zii Jia dan dia boleh untuk wakil negara.
KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA 3-0 INDONESIA
LEE ZII JIA 2-1 CHICO AURA DWI WARDOYO
- SET 1 14-21
- SET 2 21-12
- SET 321-10
BEREGU PERTAMA
Aaron Chia-Soh Wooi Yik 2-1 LEO ROLLY CARNANDO -DANIEL MARTHIN
- 17-21
- 21-13
- 21-18
PERSEORANGAN KEDUA
Ng Tze Yong vs Leonardo Imanuel Rumbay
- set 1 21-14
- set 2 21-15
Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menundukkan musuh tradisi itu 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City.
Indonesia tampil dalam aksi final itu sebagai juara bertahan tiga kali berturut-turut selepas menjuarainya bermula edisi pertama pada 2016 di Hyderabad, 2018 di Kedah dan 2020 di Manila.
Pencapaian terbaik skuad negara pula sebelum ini adalah mara ke final di Manila, dua tahun lalu namun tewas di tangan Indonesia 1-3. Pada aksi hari ini, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10. Rentak kecemerlangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin apabila menang 17-21, 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua. Mata kemenangan Malaysia dalam perlawanan itu disumbangkan perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang mengetepikan cabaran Leonardo Imanuel Rumbay 21-14, 21-15.
PERJALANAN MALAYSIA SEBELUM KE FINAL!!
Pada perlawanan pertama pasukan malaysia menentang Singapura kita bermula dengan baik , langkah kanan menang 5-0 dengan Aksi Lee Zii Jia berjaya menewaskan juara dunia dari singapura ini. Semua tiada masalah untuk tewaskan 5 pemain pasukan singapura. Manakala lawan kedua lawan dengan Kazakhstan pun menang mudah 5-0. Kita sudah layak ke peringkat separuh akhir, tetapi ada satu baki lagi lawan dengan jepun sengit juga ya. Biarpun mereka dibarisi semua pemain muda dan pemain baru sebagai team B katanya dalam kejohanan ini, kita pun sebenarnya pun muda-muda juga. Tak jauh beza, yang menjadikan kita pasukan elit adalah kerana pendedahan yang lebih awal masuk mana-mana peringkat negara untuk bertanding dan ada ranking juga ada pengalaman bertempur dengan negara-negara lain, eropah, dan juga asia. Lawan dengan jepun kita menang tipis 3-2. Nyaris-nyaris juga kita hampir kalah beb. Perseorangan yang terakhir kita menang.
Bila sudah sampai di separuh akhir, bertemu dengan pasukan dari korea selatan memang agak sengit sebab semua pemain mengheret ke set penentuan. Rubber set, tetapi kita menang 3-0. Apepun tahniah kepada semua dari pemain, jurulatih , dan juga penyokong badminton yang sokong sejak dari dulu hinggalah sekarang.
Leave a Reply