• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia juara kumpulan A tewaskan indonesia 1-0 (sukan sea 2011)

Malaysia juara kumpulan A tewaskan indonesia 1-0 (sukan sea 2011)

Zik · Nov 17, 2011 · 9 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia vs indonesia, malaysia u23 vs indonesia u23 , sukan sea 2011, perlawanan malaysia u23 vs indonesia 2011 sukan sea , keputusan perlawanan malaysia u23 vs indonesia u23 Satu kelegaan buat skuad Ong kim Swee berjaya menundukkan indonesia pada perlawanan terakhir di peringkat kumpulan A. Sekali gus menjadi juara kumpulan A.

Keputusan penuh:

MALAYSIA U23 [1] VS [0] INDONESIA

Jaringan:

  • Syahrul Azwari ( minit ke 17)

Stadium penuh penyokong indonesia.

Sumber diberitahu penyokong indonesia, membanjiri stadium bung karno seramai 80 ribu orang.  Namun ,dalam keadaan sebegini tidak mematahkan semangat harimau muda mengatur serangan yang berbisa.

Syahrul Azwari mengecewakan penonton stadium Bung Karno.

Siapa yang tak kecewa, selaku tuan rumah dan penyokong yang datang kesana dari jauh. Melihat gol yang dihasilkan adalah sangat cantik dan dimanfaatkan sebaiknya dari Syahrul Awari yang mendapat bola hasil dari hantaran leret yang jauh (through pass)  oleh Mahali Jasuli ke depan dan seterusnya membuat sepakan menewaskan penjaga gol indonesia. Keadaan menjadi gamat seketika pada ketika itu.

Kali ini beliau tenang setelah banyak kali percubaan beliau gagal. Untuk menghasilkan gol.

Highlights serangan malaysia separuh pertama:

Memang ada banyak peluang dari malaysia terlepas.

Pertahanan malaysia sekali sekala leka. 

Kalau melihat pada keseluruhannya, memang ada beberapa siri kesipana dibahagian pertahanan. Namun, peluang itu tidak digunakan sebaiknya oleh Indonesia selaku tuan rumah yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Pujian harus diberi buat, Muslim ahmad, mahali dan pertahanan yang lain. Bijak menjaga pertahanan sebaiknya. Khairul fahmi che mat juga cemerlang dalam menggagalkan beberapa peluang yang dicipta oleh pemain indonesia ini. Bonai diantara pemain indonesia yang sangat merbahaya. Banyak kali dia terlepas dari kawalan.

Bahagian serangan, harus mantapkan lagi. 

Kalau ikutkan malaysia pun ada banyak jgua peluang dari izzaq faris, baddrol bakhtiar yang terkena tiang gol. Cuma, mungkin apa yang aku nak cakap ialah kualiti padang dah teruk aku tengok. Ada pemain, macam nak tergelincir masa lawan malam tadi.

Sebenarnya pemain indonesia itu semuanya bukan dari afrika. Setelah dijelaskan mereka adalah dari pulau timor kalau tak silap. Etnik yang dari puak asli Irian (papua). Jangan cakap meereka import pemain africa. Bukan yer

Tahniah dan kekalkan momentum.

Tahniah buat malaysia, dan akan bertemu dengan Myanmar pada 19 haribulan pukul 5 petang. Stadium, Bung Karno sekali lagi menjadi saksi. Dan perlawanan separuh akhir Indonesia bertemu Vietnam selaku Juara kumpulan B.

Yang pasti corak permainan harus ditukar dan mencari satu peluang-peluang keemasan. Ong Kim Swee pasti ada percaturan tersendiri dalam meneruskan perjuangan mara ke final nanti. Jangan terlalu yakin, tetapi harus berwaspada. Perjalanan baru sahaja bermula. Selaku juara sukan sea tahun 2009 bukan mudah untuk dikekalkan.

All the best!!

Cr to video : sokernet.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan analisis perlawanan malaysia u23 vs indonesia u23 sukan sea 2011, keputusan malaysia u23 vs indonesia u23, keputusan malaysia vs indonesia sukan sea 2011, malaysia juara kumpulan A sukan sea 2011, malaysia kalahkan indonesia 1-0 sukan sea 2011, malaysia u23 [1] vs indonesia [0], video goal jaringan syahrul azwari

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    November 17, 2011 at 11:34 pm

    Tahniah.. Momentum kemenangan berjaya diteruskan. Alhamdulillah. 😀

    Reply
  2. afiqaiman says

    November 18, 2011 at 1:28 am

    puas rasanya menonton game Malaysia malam ni. banyak peluang kita tidak disempurnakan dengan baik. haish rugi2. apa pun tahniah buat harimau muda. harimau tua bagaimana? kalah katanya ekeke, takpe teruskan usaha

    Reply
  3. Dulu Lain Sekarang Lain says

    November 18, 2011 at 5:36 am

    Kitaa banyak produce quality players skrg ni cuma striker jer yg susah sikit. Kebanyakkan nya kurang composure bila depan gol.Dan tiada killer instinct. Setakat ni cuma Safee Sali jer yg betul-betul ada class di Malaysia.

    Reply
  4. PEANUT JAMBU says

    November 18, 2011 at 6:13 am

    ~~bangga menjadi anak MALAYSIA!!! 🙂
    keep it up!!!
    jngan cpat leka sblum mnggenggam “EMAS” tok MALAYSIA….^^

    Reply
  5. akubiomed says

    November 18, 2011 at 11:08 am

    Tanniah kepada skuad Harimau Muda bermain dengan baik walaupun Ong Kim Swee telah diarahkan berpindah ke bangku penonton di separuh masa ke 2.

    Reply
  6. chii says

    November 18, 2011 at 11:45 am

    yahoo..malaysia menang..dok kalahkan orang seberang..eheh..tahniah buat skuad malaysia…semalam x tengok pun..sekadar mendengar dari dlm bilik je..eheh..riuh gak rumah dibuatnya

    Reply
  7. tehr says

    November 18, 2011 at 12:16 pm

    yes
    tahniah untuk semua
    aku tak puas hati pasal boss kita kena keluar je

    Reply
    • Zik says

      November 19, 2011 at 1:36 am

      yang tuh kita tak boleh nak cakap apa… salah ong kim swee jugak.. huhu

      Reply
  8. young tiger says

    November 20, 2011 at 7:02 pm

    they r not from timor they r indegenous poeple from papua or in da past known as irian jaya province..they r not from papua new guinea..no they r indonesian..click wikipedia and search papua province

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)17/11/11

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berikut dibawah ini adalah keputusan perlawan…

%d bloggers like this: