Tahniah, tahniah tahniah!!!
Stadium Bung Karno menjadi sepi sunyi malam ini. Kejuaraan tahun 2009, 2 tahun lalu berjaya dipertahankan oleh pasukan Harimau Malaya. Skuad Ong Kim swee sekali lagi menundukkan skuad Garuda di pentas mereka sendiri dan penyokong mereka sendiri.
Segala cabaran yang dilalui dari peringkat permulaan yang kurang baik, bertemu singpura seri (0). Bangkit betemu thailand (2-1), kemboja (4-1 belasah) dan indonesia menang (1-0). Sehinggalah peringkat separuh akhir bertemu Myanmar menang (1-0) dan menang di pentas akhir.
KEPUTUSAN PENUH:
MALAYSIA U23 [1] VS [1] INDONESIA U23
*malaysia menang 2-1, penalti 4-3.
Babak pertama sengit.
Malaysia pada permulaan perlawanan agak cemas, apabila gawang malaysia bolos pada seawal minit ke 5, apabila gunawan yang tidak dijaga sebaiknya memberikan dia free header apabila indonesia mendapat sepakan sudut.
Malaysia terus mengasak. Pun begitu, malaysia apabila cuba mencari gol penyamaan, malaysia terus diasak hebat dari indonesia. Keadaan menjadi cemas, apabila patrick menjaringkan gol tetapi rupa-rupanya offside. Fuhh.
Beberapa kali siri percubaan dari malaysia tidak kurang hebatnya. Hinggalah minit ke 34/35, baddrol bakhtiar mencari peluang gol dengan cepat menampan bola ke depan dan memberi hantaran yang cantik kepada Asharuddin Putra menampan bola dengan menggunakan kepala dan bola itu leret. Cantik beb.
Babak kedua. (dramatik)
Tidak dapat dinafikan indnesia juga banyak membuat asakan yang keras dan pantas. Bonai, patrick dan okto membuat serangan yang pantas. Nasib baik pertahanan mantap dan penjaga gol keeper kaharul fahmi menjaga pintu gawang dengan baik sekali.
Fakri mensia-siakan peluang keemasan.
Banyak peluang yang berjaya dicipta hasil dari hantaran yang cantik dari fadhli, dan yang lain-lain. Selain dari gerakan satu dua yang cantik, aku rasa itulah peluang yang sangat terbuka. Apepun, dia dah lakukan yang terbaik.
Mengheret kemasa tambahan.
Perlawanan buntu tiada gol sehingga masa tambahan.
Dimasa tambahan, macam takda serangan merbahaya. Pemain pun sudah keletihan. Indonesia terus mengasak, dan banyak sepakan sudut buat merea. Mujur malaysia terus bertahan dari segi pertahanan , dan apabila mendapat sepakan percuma, gawang kekal kebal. Kedudukan kekal sehingga masa tambahan tamat.
Penalti jadi penentuan.
Sesungguh ketika ini, keadaan sangat cemas dan sangat bimbang. Pada percubaan gol pertama, KFC tidak berjaya tangkap walaupun dah betul tekaannya. Kemudian bla bla.. (malas lah) hinggalah khairul fahmi berjaya menahan bola sepakan terakhir ,kedudukan masih sama. Baddrol bakhtiar mengesahkan kejuaraan emas milik malaysia apabila menyempurnakan sepakan terakhir , walaupun terkena kaki keeper indonesia dan masuk ke dalam gol. Macam tak gol aku tengok.
Khairul fahmi berjaya menahan bola sepakan penalti terakhir indonesia.
Video sepakan penalti yang paling mendebarkan. Sangat dramatik.
Tahniah malaysia.
Sekalung tahniah buat skuad ong kim swee, pemain yang beraksi dari peringkat kumpulan hinggalah ke pentas akhir dan semuanya yang telah menyokong dari jauh pelusuk dunia.
Selepas ini ada misi bertemu syria sempena kempen sukan olimpik 2012. Fuhh semua dah cedera teruk nih.
Credit gol video dari sokernet.com dan fb sukan star
titan says
takpe, fakri pun berjaya masa lawan myanmar. tanpa gol dia.kita tak melangkah ke final. apapun..semua orang kacak malam ni. hehe..
Pisyek says
aaauuuummmmmm~~~~ π
Zik says
auuummm balikkk
anif says
Alhamdulillah.. Akhirnya kemenangan menjadi milik kita. Tahniah buat Pasukan Harimau Muda!
Semoga kemenangan ini membantu menyemarakkan lagi semangat untuk menempuhi perlawanan kelayakkan Olimpik.
Zik says
cuma player dah banyak injured… harap dapat lakukan sesuatu hari rabu nih (esok) ong kim swee pasti ada percaturannya
azura says
inilah yang dikatakan rezeki…kalau memang milik kita tetap kita punya juga…walaupun gol yang baddrol bakhtiar jaringkan dapat di tepis tapi tetap terkana jaring…syukur alhamdulillah…
blackrosehunter says
bukan terkena tapi masuk dalam jaring..hehee..terbaik la badrol..
akubiomed says
Tanniah skuad Harimau Muda dengan kemenangan pingat emas yang ke 59. Hanya sebutir emas diperlukan untuk sampai sasaran.
akubiomed says
Puas hati dengan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swee ini. π
zulkbo says
salam..
memang terbaiklah..
berbaloi kena kutuk
dengan rakyat Indon
di sana..akhirnya..
kita menang..yeahhhh
cplud miera says
Alhamdulillah.. Malaysiaku Juara!!!
zool says
Yeah.. menang gak perlawanan yang amat mendebarkan ni..
wazy says
Tahniah Harimau Malaya
tehr says
tahniah
mereka dah tak kutuk dah…
nuriz says
tahniah malaysia sungguh mendebarkan semalam, semua tensen tgk gol penalti terakhir tu memang bertuah la, penjaga gol dah tangkap tu bola tergolek pi belakang…fuhhh lega
suri says
aku bangga menjaid rakyat Malaysia…
Juan says
teruja aku bila tgk malaysia menangggggggggggggg